"Jadi seronok berjalan sama-sama dengan ayahanda?" Soal Asher sambil mengunyah bertih jagung yang baru sahaja dia ambil semasa berada di istana abangnya.
"Ia sama seperti biasa tapi papa nampak seperti mahu kau ada bersama." Balas Anastasia. Mereka berdua sekarang sedang berjalan menuju ke perpustakaan peribadi Anastasia.
"Kau tahu kan aku pergi berjumpa abang tadi? Lagipun aku dapat bawa banyak bertih jagung untuk dimakan." Kata Asher, ceria. Dia teringat kembali apa yang terjadi semasa dia diistana Sapphire. Apabila dia beritahu sahaja musim bunga Lapliea sudah tiba, abangnya segera mengambil sebuah buku dan bertanyakan beberapa soalan seperti gaun yang Anastasia pakai dan apa yang mereka lakukan tadi. Ia agak menghairankan, tapi dia hiraukan sahaja.
Mereka sampai di bahagian dalam perpustakaan. Bunyi selakkan buku membingungkan mereka, siapa yang masuk ke dalam tempat ini tanpa meminta izin.
Terlihat seorang lelaki berambut putih dan memakai weskot hijau sedang membaca buku.
"Ezekiel?" Soal Asher.
Ezekiel menoleh. "Berkat dan kemuliaan keatas Empayar Eurasia. Saya percaya tuan putera dan puteri sihat sahaja."
"Apa yang kamu buat disini."
"Ya, ini perpustakaan peribadi beta!"
Ezekiel menutup buku ditangannya. "Ini bukan perpustakaan awam?"
"Tak..."
'Takkanlah dia fikir perpustakaan istana sekecil ini? Seriuslah?! Hurmm, dan perkara ini ada terjadi dalam novel ke?' Fikir Asher sendiri tanpa didengari oleh kembarnya.
"Saya fikir begitu, kerana tiada siapa yang menghalang saya semasa masuk tadi." Kata Ezekiel, tersenyum.
"Pengawal diluar tak halang?" Soal mereka berdua serentak.
"Maksud tuanku, pengawal yang sibuk berbual sesama mereka sehingga tidak perasan kehadiran saya disini?"
"Huh?!"
"Kamu tak sesat bukan?" Soal Anastasia.
"Saya rasa begitulah, mungkin disebabkan saya masih belum biasa dengan laluan-laluan diistana." Balas Ezekiel. "Saya tak berani..."
Asher melihat disebelahnya. Kalau tak salah tadi, dia seperti terdengar bunyi disebalik salah satu rak buku disitu. 'Hmm, mungkin khayalan aku je.'
"...tambahan pula, tuanku berdua tidak mempunyai pengawal hari ini." Kata Ezekiel.
"Ianya tak diperlukan." Balas Anastasia.
"Saya dengar Sir Felix Fortin adalah satu-satunya pengawal peribadi tuanku. Walaupun kemahirannya diketahui oleh semua orang, tapi hanya dia sahaja tidak cukup untuk..."
"Tuan Ezekiel..." Panggil Asher. "...kamu bercakap banyak untuk seorang yang memceroboh masuk."
Entah kenapa mereka berdua terlihat Ezekiel tersenyum gembira. "Adakah tuanku akan membuang saya?"
"Membuang kamu? Kami boleh mendakwa kamu diatas kesalahan kamu sekarang." Balas Anastasia, sedikit kesal dengan kelakuan Ezekiel.
Ezekiel tersenyum. "Saya tak percaya yang tuanku akan lakukan."
"Mengapa begitu?"
"Sekiranya kita bercakap tentang pencerobohan, sepatutnya tuanku katakan dari tadi lagi."
"Kamu tahu, Tuan Ezekiel..." Anastasia merenung tajam. "...kamu benar-benar sama seperti ayah kamu."
"Ezekiel, beta cadangkan yang kamu betul-betul perlu pergi sekarang sebelum kami lakukan tindakan yang seterusnya." Kata Asher, serius.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...