Chapter 55: Gregorios

156 25 0
                                    

Pintu balkoni terbuka luas. Angin bertiup lembut masuk ke dalam bilik itu. Seorang lelaki berambut perang keemasan dan bermata biru sedang duduk memandang tenang pemandangan dihadapannya sambil duduk disebuah kerusi.

"Charles." Lelaki itu memanggil dengan suara yang lemah namun kedengaran menyegarkan.

"Ya, kekanda?" Charles menoleh kearah abangnya, Anastacius de Reinhold. Raja Empayar Eurasia pada waktu ini. Dia baru sahaja ditabalkan menjadi raja dua bulan lepas tetapi lihatlah dirinya sekarang. Dia jelas sekali sedang sakit, kulit wajahnya kelihatan pucat walaupun begitu, senyuman yang dilakukan oleh raja itu mampu menyinari hari seseorang.

"Cuaca hari ini cantik, bukan?"

Charles menoleh kearah yang dilihat oleh abangnya. "Ya, ia terasa damai."

Untuk seketika dia diam sebelum berkata lagi, "Berapa umur kamu tahun ini?"

"Adinda akan berumur 19 tahun beberapa minggu lagi."

"Oh, yakah? Hurmm." Anastacius menopang dagu. "Charles, kekanda rasa mungkin kamu boleh menjadi raja yang bagus suatu hari nanti."

"Huh?" Putera Charles segera mengalihkan matanya menghadap raja itu. "Apa maksud kekanda?"

"Dan Serena adalah calon yang sesuai untuk menjadi seorang ratu." Anastacius tidak menjawab pertanyaan adindanya malah meneruskan lagi kata-katanya yang dianggap merepek oleh Charles. "Dan..." Dia mula tersenyum. "...adinda benar-benar mempunyai anak-anak yang sangat rupawan." Sebelah matanya dikenyitkan. "Tetapi sudah semestilah anak kekanda yang lebih jelita."

Charles tercengang. Dia merenung abangnya seperti lelaki itu sudah gila.

Anastacius menoleh melihat putera itu. "Haha, adinda mesti tengah berasa keliru, bukan? Jangan risau nanti kamu tahu juga..."

Charles mengeluh tatkala menyedari dirinya dari tadi tidak membuat kerja sebaliknya mengelamun pula. 'Semua perbincangan tentang keluarga ini mengganggu, sehingga aku mengingati kisah lama.' Wajah abangnya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir melintasi difikirannya. 'Kekanda Anastacius, apa sebenarnya yang kekanda fikirkan? '

Sekali lagi dia mengeluh. Walaupun dia bertanya berkali-kali, dia tidak akan dapat mengetahui jawapannya. Meskipun diakhir hidup Anastacius, dia tetap meminta agar menjaga anaknya dengan sebaik mungkin dan melindungi dirinya serta anak-anaknya. Persoalannya, mengapa? Mengapa kekandanya tidak mahu mengarahkan pakar magik untuk memusnahkan sumpahan yang diletakkan kepadanya?

Dia pun bersandar dikerusi. Dahinya dipegang. "Lupakan saja tentang itu." Katanya lalu menyambung kembali kertas kerja yang ditinggalkan.

°°°•°°°

Lucas melemparkan segulung kertas ketepi. "Macam yang aku jangka, tiada satu pun disini aku belum baca." Dia memperhatikan sekelilingnya. Tompokan-tompokan magik berwarna hitam keunguan terapung diudara. Ianya jejak yang ditinggalkan oleh penceroboh tersebut dan dia tahu sangat orang itu sengaja meninggalkannya untuk dia ketahui.

"Lelaki itu sengaja buat sepah dengan barangan magik disini." Dia memandang pula almari tempat penyimpanan ramuan magik serta kertas mantera. "Nampak seperti dia ambil beberapa skrol juga. Hmm..."

Apa yang patut dilakukannya? Memeriksa sekeliling sedikit lagi atau pergi berjumpa dengan penceroboh itu?

"Tch! Kalau pun aku pergi berjumpa dengan lelaki tak guna itu ditempatnya, tiada apa-apa yang boleh aku buat." Lucas merungut. Oleh itu, dia memilih pilihan yang pertama. "Huh? Ada apa disana?" Dia terus menoleh tatkala terdengar bunyi seperti sesuatu terjatuh berdekatannya.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now