Chapter 20: Debut

324 41 6
                                    

Louis berjalan ke Istana Amethyst bersama pengawalnya, Julien sambil tangannya memegang dua kotak balutan hadiah.

"Salam kepada tuan putera mahkota Eurasia." Ucap maid yang kebetulan berada disitu.

Louis mengangguk dan mengarahkan maid itu untuk membawanya ke tempat adindanya berada sekarang. Apabila tiba sahaja dihadapan pintu, dia mengucapkan terima kasih kemudian maid itu pun membalas dan berlalu pergi dengan pipi yang memerah.

Knock!

Knock!

Knock!

Dia mengetuk. Tak lama itu pintu pun terbuka. Lydia segera mengalu-alukan kedatangan mereka berdua.

"Selamat hari jadi Asher, Anne!" Ucap Louis, gembira.

"Terima kasih, abang." Balas Anastasia, pipinya terasa panas seketika dan mengambil kotak hadiah yang dihulurkan oleh Louis untuknya.

Asher turut mengucapkan terima kasih kepada abangnya sebelum membuka bungkusan kotak tersebut. Isi didalam kotak itu adalah sebilah pedang kecil yang bertakhtakan sebuah batu pertama merah serta dihiasi dengan beberapa jalur emas. Dia mengangkatnya untuk melihat dengan lebih teliti. Hadiah untuk Anastasia pula adalah seutas rantai yang mempunyai batu permata berwarna biru.

Louis melihat sahaja reaksi kedua adiknya. 'Selama ini setiap kali hari jadi mereka berdua, ayahanda tidak pernah melawat mereka. Masuk akallah, Diana meninggal semasa melahirkan mereka. Sejujurnya aku tak sedih sangat masa Diana pergi tapi aku cuma risaukan ayahanda saja. Bukan salah aku, kalau aku tak suka Diana. Apapun selepas sahaja pesta debut mereka berdua, banyak benda yang akan berlaku tapi penyihir yang sepatutnya yang buatkan ayahanda hilang ingatan mungkin sudah tiada. Ugh, so tak ada dramalah ini. Hurmm, tapi bagus juga kami boleh fokus dengan masalah empayar akan datang.'

.

.

.

.

.

.

.

.

.

***

.

.

.

.

.

.

.

.

Akhirnya, hari pesta debut sudah pun tiba.

"Tuan putera, sila bangun sekarang, kita tiada masa, hari ini hari yang penting." Maid secara tiba-tiba mengejutkan Asher. Perkara yang sama berlaku dengan Anastasia.

"Tolong tutup mata, tuanku."

"Perlu ke kita letak wangian?"

"Guna wangian rose!"

"Kita letak sekali bunga-bungaan!"

"Tunggu, kenapa korang semua mandikan tuan putera seperti puteri?"

Asher melihat sahaja perkara yang berlaku dihadapannya. Dia tak tahu apa yang perlu dilakukan. Selepas sahaja dia mandi, dia disuruh pula untuk berehat dan tidur sekejap.

"Beta belum makan." Kata Asher kepada John yang sedang mengeringkan rambutnya.

"Tunggu sekejap sahaja lagi, tuanku."

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now