Chapter 1: I'm a prince?!

2.1K 131 46
                                    

Setelah beberapa hari aku disini, aku tersedar yang rupanya aku telah dilahirkan kembali sebagai kerabat diraja berdasarkan panggilan yang maid-maid itu gunakan. 'Tuanku'. Wah, aku jadi puteri ke? Macam mimpi jadi kenyataan pula.

Sekarang ini dia sedang berbaring diatas tilam yang dikhaskan untuk bayi sambil memandang sesuatu benda yang sedang berpusing perlahan diatasnya. Pandangannya masih kabur tapi tidak sekabur seperti sebelum ini. Dia masih lagi tidak tahu siapa ibu dan ayahnya.

Secara tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Seorang lelaki berambut perang keemasan dan bermata biru masuk dengan megahnya.

Maid yang berada disitu segera berdiri. "Kami ucapkan salam kepada tuanku Raja Empayar Eurasia."

Raja Charles de Reinhold memandang bayi yang sedang berbaring itu tanpa ekspresi wajah. Bayi itu juga nampaknya sedang memandang dirinya dengan penuh rasa ingin tahu. Ayah dan anak itu terus merenung diantara satu sama lain sahaja sehinggalah beberapa ketika selepas itu.

'Janganlah tenung lama sangat. Takut kita.'

"Louis." Katanya secara tiba-tiba. "Louis de Reinhold. Mulai hari ini dia adalah putera mahkota. Pewaris takhta yang seterusnya." Selepas bertukar pandangan dengan lelaki berambut merah di sebelahnya, dia terus berlalu pergi.

Selepas sahaja pintu ditutup, maid yang berada disitu bersorak gembira dengan perlahan.

'Apa? Apa? Aku dengar tadi itu putera ke puteri? Louis? Itu bukan nama lelaki ke? Putera mahkota? Pewaris? De Reinhold? Empayar Eurasia? A.pa.kah. Tunggu, Eurasia ini bukan ke nama empayar dalam novel The Princess Mission To Live? Kalau aku putera mahkota, yang tadi itu mesti ayah aku, kan? Wait, what? Dalam novel tak ada pun tulis apa-apa pasal putera mahkota. Yang aku tahu Charles cuma ada seorang anak. Watak utama novel itu. Yang diberi nama, Anastasia de Reinhold. Jadi aku dilahirkan kembali menjadi watak yang tak pernah wujud. Errr, that's good, i think. Aku boleh buat apa je dan yang paling penting aku boleh tengok scene dalam novel secara langsung. Aku harap aku boleh makan popcorn masa scene itu terjadi. Yeayy. Eh, cepat betul aku terima kenyataan yang aku ni lelaki.'

~3 tahun berlalu~

Tahun ini adalah tahun 1779. Aku tak tahu bila Charles I mean papa. Yes, aku panggil dia papa. Jumpa Diana. Ibu kepada watak utama novel ini. Tapi aku harap dia orang berjumpalah. Aku nak tengok drama.

Aku tak tahu dari mana datangnya permaisuri tapi mama sudah ubah jalan cerita sikit. Iaitu kewujudan aku. Papa dan mama berkahwin kerana agenda politik selepas kematian raja sebelum ini, iaitu abang kepada papa semasa papa berumur 19 tahun. Papa mewarisi takhta kerana abangnya tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak. Kononnya. Papa sama seperti yang diterangkan didalam novel. Rambut perang keemasan, mata biru bak permata, handsome... Papa jenis orang yang tidak menunjukkan perasaan sangat tapi aku tahu bila dia gembira. Hehehe. Kesemua raja di empayar ini mempunyai rambut perang yang lebih kurang sama dan bermata biru. Ya, itu semua disebabkan magik yang diwarisi oleh mereka. Magik yang hanya keluarga diraja sahaja yang ada.

Mama pula adalah anak kedua dari keluarga Duke Gregorios (greg-OR-ee-ohs). Keluarga ini adalah keluarga satria. Mereka mempunyai kekuatan fizikal yang lebih tinggi berbanding manusia biasa tetapi mereka tidak mahir dengan magik atau lebih tepat lagi mereka tidak dianugerahkan dengan kuasa magik. Mereka mempunyai rambut dan mata yang berwarna ungu. Sekiranya tiada, anak itu hilang kelayakan untuk menjadi pewaris duke Gregorios yang seterusnya.

Empayar ini diketuai oleh Raja/Permaisuri de Reinhold. Kemudian tiga keluarga Duke/Duchess iaitu Lopez, Gregorios dan Fortin. Marquess, count, viscount dan baron. Nama keluarga dari empat pangkat itu aku tak ingat. Seriuslah aku nak ingat. Aku putera mahkota. Just kidding.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now