"Patik telah ternanti-nantikan tuanku." Seorang wanita berkata selepas sahaja Juliana melangkah masuk ke kawasan taman itu. "Kami baru sahaja menyelesaikan semua persiapan."
Seorang lelaki yang berada disebelah wanita itu berkata, "Hidangan istimewa yang patik sediakan hari ini adalah karya terbaik patik."
"Oh, betulkah? Dan ianya bagus, chef." Puji Juliana. "Jadi, kita cuma perlu mengalu-alukan kedatangan tetamu sahaja sekarang, bukan?"
"Ya, ia sudah tiba masanya untuk tetamu kita tiba, oh! Nampaknya adik beradik Gregorios sudah sampai." Kata wanita itu apabila terlihat Viktor dan Violette menghampiri mereka.
"Kami ucapkan selamat kepada tuanku puteri kedua." Ucap mereka berdua.
"Selamat datang, kamu berdua adalah orang yang terawal tiba."
Viktor tersenyum dan mengerling ke arah Violette. "Seperti yang saya fikirkan, perasaannya terhadap seseorang yang tertentu juga membuatkan kami tiba lebih awal."
Violette menjeling abangnya, kemudian memandang Juliana. "Saya dengar yang tuanku berusaha untuk menyediakan teh parti ini, jadi saya sangat teruja."
"Beta juga teruja dan beta sangat gembira yang kamu berdua datang hari ini. Silalah masuk ke dalam dan duduk. Marionette akan mengiringi kamu berdua ke sana." Kata Juliana.
"Ya, puteri."
Setelah Viktor dan Violette masuk ke dalam, yang seterusnya tiba adalah adik-beradik Lopez, Carl Yeager, Belle dan Estelle Murphy serta Cik Freya Miller. Sepertinya mereka tiba bersama disebabkan mereka dari wilayah yang sama.
"Tuan-tuan dan cik Murphy, terima kasih kerana datang."
Ethan meletakkan tangan didadanya. "Terima kasih atas jemputan tuanku, kami mendapat penghormatan untuk menghadirinya, semoga hari ini menjadi hari yang baik untuk semua orang."
"Tuan puteri, ini pertama kali kita bertemu, patik harap kita dapat menjalinkan hubungan yang baik bersama." Kata Belle sambil mengangkat sedikit kain gaunnya dan menunduk sedikit, turut diikuti oleh Estelle.
"Patik juga mengharapkan perkara yang sama tuanku." Kata Estelle.
Juliana tertawa sedikit apabila perasan renungan dari Carl. "Sir Carl, kamu sama seperti apa yang putera mahkota katakan tentang kamu."
Carl tersentak dan segera tunduk. "Oh, maafkan patik tuan puteri. Ia cuma, tuanku nampak cantik dan lebih menawan dari apa yang khabar angin katakan."
"Oh, my. Terima kasih." Juliana tersenyum. "Silalah masuk ke dalam kamu semua, Viktor dan Violette sudah ada disana."
"Ya, baiklah. Kita akan berjumpa lagi nanti." Kata Ethan, kemudian mereka semua bergerak bersama-sama ke tempat parti diadakan.
'Hurmm, nampak seperti tetamu yang berikutnya telah pun tiba. Adakah itu...Louis?' Fikir Juliana apabila terlihat putera itu berjalan dengan elegannya bersama Julien disebelahnya.
"Hello, puteri." Sapa Louis tatkala dia berada dihadapan Juliana. "Kamu kelihatan lebih jelita dari sebelum ini. Ianya satu penghormatan untuk saya dijemput ke parti teh pertama puteri." Dia mula mendekati puteri itu dengan lebih dekat lagi sambil tidak melepaskan pandangan mata mereka dan tersenyum. "Mungkinkah kita patut luangkan masa bersama disini, sekarang, oleh kerana kita hampir seminggu lebih tidak berjumpa?"
"Stop. Ianya cukup putera mahkota." Juliana segera mengangkat tangannya dihadapan Louis untuk menghentikan lelaki itu mendekatinya.
"Hmm~ kamu menjadi lebih formal sejak kali terakhir kita berjumpa, kamu betul-betul belajar bagaimana berkelakuan seperti seorang puteri dalam masa yang singkat." Louis tersenyum dengan menawan.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...