Chapter 27: Sumpahan?

261 29 0
                                    

Louis berjalan menghampiri Juliana sambil matanya melihat sekeliling. Keningnya berkerut. Baru sahaja tadi dia terlihat seorang yang berselubung hitam lalu disebelahnya. Dia pun segera mengikutinya dan sekarang benda itu membawanya ke sini.

"Tadi saya ada nampak ada seseorang berlari kearah sini." Balas Juliana.

Louis berfikir seketika dan berkata, "Mungkinkah, disekeliling tubuh orang itu diselubungi dengan bayangan gelab?"

Juliana segera mengangguk. "Kenapa? Awak nampaknya juga ke?"

"Ya. Itulah sebabnya saya ke sini."

Juliana meletakkan dua jari indeksnya didagu sambil berkata, "Kalau awak juga lihatnya, ini mungkin bermakna ada seseorang yang memerhatikan kita tanpa kita semua sedari."

"Ini cuma tekaan, tapi saya rasa ianya magik gelab."

Juliana segera memalingkan wajahnya kearah Louis, terkejut.

"Tidakkah awak juga berfikir sebegitu. Awak belajar di akademi magik, saya yakin awak ada belajar tentang magik itu."

Juliana tak mahu menakutkan Louis dan agak gelisah untuk beritahu putera itu. Dia mengeluh. "Ya, benar. Ia ada kemungkinan adalah magik gelab berdasarkan ciri-ciri gelombang magiknya." Katanya sambil melihat sekeliling. Terdapat sedikit tompokan hitam diudara sebelum lenyap.

Louis merenung seketika Juliana dan berkata, "Saya rasa, awak patut kembali ke parti teh Anastasia. Jangan beritahu sesiapa, kita tak mahu ada khabar angin tersebar ke orang luar."

"Baiklah, saya pergi dulu." Balas Juliana, melangkah pergi dari situ tapi kemudian dia terhenti dan berpaling melihat Louis. "Jaga diri awak baik-baik." Katanya, serius.

Louis mengangguk. Apabila dia tidak nampak lagi kelibat Juliana, dia segera mengurut-ngurut dahinya. Entah kenapa sejak dari tadi dia berasa sakit kepala tapi dia abaikan sahaja. Setelah hampir seminit dia berdiri disitu akhirnya, sakit kepalanya hilang juga. Dia mengeluh. "Aku mungkin perlu berehat hari ini." Katanya, kemudian berlalu pergi ke istananya.

.

.

.

.

.

***

.

.

.

.

.

Asher bermain dengan pen dijarinya. Beberapa hari telah pun berlalu selepas teh parti kedua Anastasia. Baru-baru ini dia mengambil keputusan untuk menjadi satria, jadi dia meminta Felix untuk jadi gurunya. Walaupun sebelum ini dia ada memasuki kelas pelajaran pedang dan diajar oleh kapten satria diraja sendiri, tapi dia mahu belajar dari pelbagai satria yang sudah handal seperti Felix.

"Ahh, aku tak boleh buat." Rungut Anastasia, meletakkan pennya dimeja dan bersandar dikerusi.

"Bosan?" Soal Lucas yang muncul secara tiba-tiba disebelah puteri itu.

"Ya, aku bosan. Tak ada apa-apa yang nak dibuat." Kata Anastasia. Kembarnya mengangguk setuju.

"Jadi, keluarlah. Jangan duduk je dekat sini."

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now