Chapter 84: The truth ii

102 18 9
                                    

Masa akan terus berlalu, walaupun kita tidak melakukan apa-apa. Matahari terbenam dan bulan pula memunculkan diri.

Juliana berjalan bersendirian sambil tenggelam didalam fikirannya sendiri. Namun tidak lama selepas itu, matanya mengerling sekeliling. "Nampaknya tiada sesiapa yang berada disini." Gumamnya.

Pada waktu ini, Juliana berada diluar iaitu kawasan taman Istana Topaz untuk menghirup udara segar dimalam hari. "Dimana patut aku pergi?" Soalnya sendiri. 'Greenhouse.' Tempat itu muncul difikirannya. "Melihat bunga pun bagus juga."

Kemudian, dia membawa dirinya melangkah ke tempat yang mahu ditujunya itu. 'Rumah hijau' ini terletak diantara Istana Sapphire dan Istana Topaz serta tempat ini juga tidak mempunyai pengawal yang meronda pada waktu malam, jadi ianya tempat yang sempurna untuk Juliana yang mahu bersendirian ketika ini.

"Oh, nampaknya cahaya lampu terpasang." Ujar Juliana apabila terlihat yang rumah hijau itu bercahaya walaupun diwaktu malam dan ini membuatkan dia tertanya-tanya jika terdapat seseorang yang berada disana.

Juliana kemudian cuba melihat ke dalam dari luar pintu, namun tiada sesiapa yang kelihatan dimatanya. Mungkin saja ada pekerja yang lupa untuk menutup lampu. Jadi dia pun membuka pintu dan masuk ke dalam.

Namun bayangan seseorang yang lalu dibelakangnya dengan laju memberhentikan langkahnya. Dia segera berpaling dan melihat segenap arah untuk mencari orang tersebut tetapi sunyi. Hanya dia saja yang berada disini.

"Aku mengkhayal agaknya." Dia bergumam walaupun begitu dia sangat pasti dia dapat merasakan ada seseorang yang berlalu dibelakangnya tadi.

Juliana juga dapat merasakan gelombang magik orang tersebut. Oleh itu dia terfikir, 'Mustahil, tidak mungkinlah...'

"Ethan...?" Nama itu terkeluar dari mulutnya. Biarpun terdapat lagi beberapa orang yang mempunyai gelombang magik yang sama seperti lelaki itu, dia tetap juga memanggil lagi. "Ethan, itu awak ke?"

"...ya, awak benar."

"Ethan."

Ethan tidak membalas dan lambat-lambat mendekatinya dengan riak wajah yang janggal.

Juliana juga berjalan menghampirinya. "Ethan, kenapa awak disini?" Soalnya. Dia tidak percaya yang lelaki itu disini. Mungkin ini hanya halusinasi tapi jika bukan, mengapa?

"Saya..., Awak bersendirian bukan?" Ethan bertanya untuk kepastian sebelum dia memberitahu tujuan sebenarnya.

"Saya seorang puteri dan puteri sentiasa mempunyai pengiringnya." Juliana memiringkan kepalanya secara serong sambil tersenyum licik. "I’m not alone."

Ethan membuka matanya dengan luas. Riak rupa yang penuh rasa terkejut terpamer di wajahnya.

"Bergurau saja." Kata Juliana, tertawa kecil selepas melihat reaksi lelaki itu.

Ethan menghela nafas. "Itu jenaka yang agak menakutkan." Kepalannya menunduk untuk melihat wajah wanita itu dengan lebih jelas. Lalu tangannya diangkat seolah-olah mahu menyentuh pipinya dan dia terhenti.

Juliana terkaku dengan pergerakan itu. Mungkin saja ini hanyalah perasaannya tetapi ini membuatkan dia mengingatkan tentang satu memori yang dia hampir terlupa. Ya, dikelilingi dengan tumbuhan-tumbuhan yang menghijau dan pada malam hari. Namun perbezaannya, lelaki yang bersamanya ketika ini adalah orang yang membuatkan dirinya sentiasa berasa tenang dan selamat.

"Maaf..." Ethan menjatuhkan kembali tangannya namun ia kembali diraih oleh Juliana.

"It's warm."

Pipi Ethan juga semakin hangat apabila tangannya dapat merasakan pipi yang gebu milik puteri itu. Detak jantungnya semakin berdegup laju. 'Aku saja ke yang merasa nervous sekarang? ' Fikirnya. Jika diikutkan bukan ini niatnya mahu ke istana.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now