Habuk-habuk yang berada di dinding mula jatuh ke lantai. Malah lantai juga terasa sedikit bergegar. Oleh itu, mereka bertiga berhenti berjalan dan melihat sekeliling.
Asher dan Anastasia berasa tertanya-tanya. Ada gempa bumi ke? Walaupun begitu, perkara ini tidaklah membatalkan tujuan mereka sekarang.
Sarah Blanche yang kelihatan seperti sudah pasti akan keberadaan mereka kini berpaling menghadap kembar itu. "Tuanku berdua, disinilah ia. Tuanku masuk saja ke dalam pintu ini." Beritahunya dengan suara yang perlahan. "Patik tidak dapat masuk bersama tuanku kerana patik tidak rasa yang patik mahu tahu apa yang berada didalam."
"Baiklah, kami faham." Balas Asher.
"Umm, tapi, macam mana kamu tahu tentang tempat ini bilamana abang sendiri pun tidak tahu?" Soal Anastasia.
Sarah tersenyum. "Sebelum patik menjadi pengasuh putera mahkota, patik ialah maid peribadi Ratu Serena."
"Ah..." Asher dan Anastasia mula memahami. Meskipun mereka belum mendengar sepenuhnya penerangan tapi mereka masih mempunyai tekaan berdasarkan pernyataan tersebut.
"Yang mulia Ratu seorang yang licik serta ada rasa ingin tahu yang tinggi, jadi di waktu dia menjadi tunangan Raja Anastacius yang pada masa itu masih lagi putera mahkota, dia mengambil peluang untuk mengembara di seluruh istana topaz sehingga dia dapat mencari dan memasuki pintu bilik yang tersorok serta jalan-jalan rahsia." Jelas Sarah. "Sekarang, tuanku patut selesaikan urusan tuanku dengan segera sebelum ketua maid Lydia mula perasan tentang kehilangan tuanku."
"Oh, ya betul juga. Mari Anne." Ujar Asher sambil menghulurkan tangannya.
Selepas sahaja Anastasia menyambut tangan kembarnya, Asher membuka pintu. Disebabkan kekurangan cahaya disekitar situ, suasana disebalik pintu itu kelihatan gelap. Disebabkan Asher dan Anastasia belum belajar cara mengeluarkan cahaya, Asher mengambil keputusan untuk meminta Sarah agar memberikan lampu minyak tanah yang dipegangnya kepada mereka. Dan kini, barulah mereka boleh melihat yang terdapat anak-anak tangga yang menuju ke bawah. Jelas sekali bilik yang dicari mereka berada dibawah tanah.
Sebelum mereka berdua melangkah masuk, Asher sempat berkata kepada Sarah, "Terima kasih, Sarah. Kami pergi dulu."
"Sama-sama dan hati-hati tuanku putera, puteri."
*
*
*
*
*
Louis tiba di tengah kota tepat pada waktu letupan dilakukan. Dia bernasib baik kerana sempat teleport kembali ke istana. Jika dia terlewat sedikit sahaja mungkin ia akan membuatkan dirinya cedera atau lebih teruk lagi.
...akan tetapi, hari ini adalah hari pertama perayaan cahaya. Ramai orang berkumpul. Lagi-lagi di kapital berdekatan istana. Dan bunyi letupan itu datang dari sana serta kawasan dia dan Estelle berjalan-jalan tadi.
Meskipun hanya sekejap, Louis dapat melihat orang disekelilingnya memandang dengan rasa takut dan panik ke arah asap kelabu yang akan menelan mereka itu. Seolah-olah masa menjadi perlahan untuk seketika.
Sekarang, Louis cuba mengatur semula nafasnya. Selepas ini, dia merancang untuk menguruskan masalah yang dihadapi oleh mereka semua yang tercedera. Dia tidak boleh melakukan apa-apa kepada orang yang sudah mati namun dia masih boleh menolong mereka yang masih hidup.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...