~Lapan hari yang lepas~
"Hmm..." Estelle meregangkan otot kaki dan tangannya. Dia termenung seketika sebelum dia mengambil anak patung kucing diatas tilamnya. 'Aku dan putera mahkota beli patung ini sama-sama, jadi ini bermaksud yang kami ada patung pasangan lah? '
"My lady." Panggil seseorang. "Saya diberitahu untuk memanggil my lady ke bawah oleh Lady Belle." Seorang maid yang mempunyai rambut coklat berkata.
"Oh, betulkah? Dia telah pulang dari pesta itu nampaknya." Gumamnya lalu dia segera berdiri dan meletakkan semula patung itu di atas tilam.
Tatkala Estelle sudah pun tiba ke tingkat bawah, orang pertama yang dilihatnya adalah Belle serta Leonard yang nampak ceria berbual bersama.
"Oh? Marquess Leonard, apa yang kamu lakukan disini?" Soal Estelle sambil menuruni tangga dengan tertib.
Leonard segera berpaling dan menunduk sedikit sebagai tatacara. "Saya ada sesuatu yang mahu dibualkan bersama Count Murphy." Sebelah tangannya mengusap leher semasa dia bercakap.
"Sediakan kami teh dan makanan ringan." Arah Belle dengan sopan kepada maid selepas sahaja kembarnya telah pun duduk di sofa bersama mereka berdua.
"Jadi, ada apa-apa yang terjadi di pesta rumah agam keluarga Yeager ke?" Estelle menyoal untuk berbasa basi.
"Well..." Belle menggaru lembut pipinya seperti teragak-agak mahu meneruskan kata-katanya. "Ini bukanlah perkara yang baru tapi Edelene menuang wine ke atas kepala Iris anak perempuan kepada Viscount kerana bercakap buruk tentang gaunnya."
"Oh, my..."
Pada masa yang sama, maid datang membawa kuih dan air teh. Lalu dia dengan tertib menuang air tersebut ke dalam cawan.
"Jenis gaun yang Edelene pakai ialah berbentuk duyung dan ianya cantik. Ianya sangat sesuai dengannya lagipun perempuan itu patut tahu apa yang menanti dirinya jika berkata buruk didalam tempat yang sama dengan orang yang digossipkan."
"Betul itu." Balas Estelle sambil meniup perlahan air teh didalam cawan yang sedang dipegangnya. "Ah, ini menyegarkan." Katanya dengan penuh kelegaan.
Leonard tersenyum buat seketika sebelum berkata, "Nampaknya putera mahkota macam suka dengan kamu, Estelle."
"Pff!" Air yang berada didalam mulutnya hampir tersembur keluar dan terbatuk kecil, apabila dia sudah menelan air itu dia segera menyoal, "Si-siapa yang cakap begitu?"
"Tiada sesiapa yang berkata begitu namun...ianya dari apa yang saya lihat semasa di festival malam hari itu serta khabar angin yang dibicarakan."
"Khabar angin?"
"Ya, well..." Leonard tersenyum kekok. "...saya tak tahu secara spesifiknya tapi itulah apa yang saya dengar dari orang bangsawan semasa berada di pesta keluarga Yeager tadi."
"Khabar angin tentang apa?" Estelle mula rasa tertarik. "Saya tertanya-tanya. Cepatlah, jangan malu-malu."
"Ia tentang..." Leonard meletakkan jari indeksnya ke dagu untuk mengingati semula. "...hubungan kamu dengan tuan putera."
"Adakah ianya bagus? Atau tidak?" Soalnya serius.
"Itu bukan apa..."
"Kalau khabar angin itu tentang ada sesuatu diantara kami berdua, bermakna ianya bagus. Tapi kalau itu tentang saya adalah seorang perempuan yang gatal maka ianya buruk. Jadi mana satu?"
'Hmm.' Leonard mengingati kembali apa yang disebut oleh perempuan bangsawan yang bergosip berdekatannya.
"Saya dengar putera mahkota cuba mengelak dari berada berdekatan kita dengan berjalan bersama Cik Estelle Murphy." Seorang wanita berkata sambil tangannya cuba menyembunyikan pergerakan mulutnya.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...