"Yang Mulia, puteri dan putera telah berada disini untuk berjumpa dengan tuanku." Kata Felix dihadapan pintu bilik Charles sambil membawa kembar diraja di lengannya.
"Encik, encik." Panggil Anastasia.
"Ya?"
"Kenapa tiada maid atau pengawal yang berada dikawasan papa?"
Sementara Anastasia menyoal sesuatu kepada Felix, Asher sedang memikirkan scene apakah ini.
"Tiada sesiapa yang bersedia menunggu disini kerana yang mulia raja lebih suka buat semuanya sendiri." Jawab Felix. "Dan sebab mengapa tiada pengawal yang menjaga tempat ini adalah kerana...baginda tak memerlukannya." Dia menguntumkan sebentuk senyuman.
Namun begitu, Anastasia tidak seberapa faham apakah makna disebalik kata-kata satria itu.
"Dan lagi tuanku berdua tak perlu panggil patik encik. Panggil sahaja Felix. Ianya lebih selesa." Felix berkata dengan mesra.
"Baiklah!" Balas Anastasia.
Keadaan masih sunyi dan tiada langsung balasan masuk dari penghuni disebalik pintu ini. "Hurmm, mungkin tuanku sedang tidur." Kata Felix, membuat andaian.
'Huh, dia panggil kita berdua lepastu tidur. Pemalas punya orang.' Rungut Anastasia dalam fikirannya.
'Sabar...' -Asher.
'Tapi ini lagi bagus.' Anastasia menepuk-nepuk sedikit bahu Felix untuk mengambil perhatiannya. "Felix, kami berdua nak balik."
"Janganlah begitu. Apa kata tuanku berdua masuk ke dalam?"
"Eh?" Gadis kecil itu terkejut sekaligus berfikir bahawa lelaki itu telah gila.
"Baginda mesti gembira apabila dibangunkan oleh tuanku berdua." Kata Felix sambil membuka pintu bilik raja tersebut.
"Tak...! Tu, tunggu." Anastasia sedikit merayu sementara kembarnya tenang seperti tidak ada apa-apa yang sedang berlaku.
Lalu Felix memasukkan mereka berdua ke dalam bilik Charles. Kemudian menutupnya kembali. "Patik menunggu tuanku berdua diluar."
Wajah Anastasia mula pucat dan cuba untuk membuka pintu tetapi gagal.
'Felix ini kadangkala boleh jadi memaksa ya...atau tak mudah putus asa? ' -Asher
'Apa-apa jelah. Sekarang ini kita dalam sarang naga. Matilah kita.' -Anastasia
'Hurmm, tapi aku tertanya-tanya dimana kekanda ya? ' -Asher.
'Ugh! Lelaki itu macam ular. Sentiasa ada sesuatu yang disembunyikan disebalik wajah yang mesra, senyuman yang menawan...' Pipi Anastasia mula terasa hangat sedikit. 'No! Lelaki itu penjahat! '
'Tapi kekanda kan masih kecil, kita masih boleh ubah dia.' -Asher.
'Aku dengar dia adalah budak terbijak di empayar ini. Kalau kita nak ubah pun, sudah terlambat. Baik kita lari sebelum umur kita lapan...tak! Enam belas tahun. Sebab masa itulah Asher akan mati.' -Anastasia.
Asher hanya memberikan jelingan sahaja dan segera mendapat pukulan dibahunya oleh Anastasia. "Anne, tengok itu." Asher menunjuk kearah peta yang diperbuat daripada emas itu.
"Whoa..." Kemudian Anastasia segera berlari melihat bingkai-bingkai gambar yang diperbuat daripada emas di dinding. Terdapat lukisan beberapa raja sebelum ini. Disatu sudut, terlihat lukisan sebuah keluarga. Seorang lelaki yang memakai pakaian raja serta disebelahnya yang nampak seperti seorang ratu sedang duduk. Terdapat juga dua orang budak yang sedang berdiri bersebelahan. Seorang wanita yang berambut hitam pula berdiri disebelah raja. Anastasia simpulkan bahawa raja tersebut adalah ayahanda Charles dan budak yang lebih tinggi itu adalah kekanda berlainan bonda. Dia tak nak mengaku, tetapi ayahnya memang nampak comel semasa kecil.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...