"Haa, kita sudah tiba diluar." Ujar Hubert tatkala dia perasan yang mereka bukan lagi berada didalam istana. "Kita sudah leka berbual nampaknya."
"Ya. Sejujurnya saya mahu bersiar-siar lagi dan menghidangkan kamu teh yang saya sangat gemari baru-baru ini tapi sayang sekali, kamu kata kamu sibuk dengan kerja kamu."
Pada asalnya, pertemuan seperti ini memerlukan hidangan teh dan minuman, malah makan bersama. Namun disebabkan Juliana menolak pelawaan Hubert untuk minum teh bersama, jadi ia boleh dikategorikan sebagai tindakan yang tidak beradab dalam dunia bangsawan.
"Tidak apa, tuan puteri boleh menjemput saya dilain hari. Jadi, tidak perlulah tuanku berasa teruk." Tenang Hubert berkata.
Ianya tatkala Hubert menghulurkan tangannya untuk mengucup belakang telapak tangan Puteri Juliana,
"Ah, kamu sedang sibuk nampaknya."
Suara seorang lelaki yang dikenali oleh mereka membuatkan Juliana dan Hubert sama-sama menoleh. Louis sedang menghampiri mereka bersama Lucas disebelahnya.
Dan, pada waktu itulah Juliana baru teringat sebab apa dia menjemput Hubert ke sini.
"Patik ucapkan salam kepada Putera Mahkota Empayar Eurasia."
Semua pekerja disitu memberi salam dan menundukkan diri mereka sebagai tanda hormat. Hubert juga melakukan perkara yang sama.
"Hubert Hastings mengucapkan salam kepada tuanku, Putera Mahkota."
"Bangunlah." Louis tersenyum manis. Dia boleh mengesan yang ucapan lelaki itu palsu semata-mata. "Kamu masih lagi sedang berbual bersama puteri ke?" Soalnya kepada Viscount itu. "Beta datang ke sini kerana mahu bercakap dengan puteri tentang sesuatu tapi tidak tahu pula kamu disini."
Sudah tentulah apa yang dikatakan oleh Louis ialah satu penipuan. Dia sememangnya mengetahui kedatangan Raja Adoria itu.
Sebelum Hubert menjawab, dia sempat mengerling Lucas yang memandangnya dengan bosan. Terlihat seperti mage itu tidak kisah atau lebih tepat lagi, tidak menyukai kehadiran dirinya namun dia boleh merasakan magik sepupunya itu sudah bersiap sedia untuk menyerang, dan itu hanya membuatkan dia tersenyum.
"Patik baru sahaja ingin berlalu pergi." Balas Hubert.
"Ah, begitukah? Beta baru sahaja mahu mengajak kamu berbual bersama." Dengan nada kecewa, Louis berkata. "Ingat lagi perbualan kita dahulu? Mungkin sahaja kita boleh sambungnya lagi."
Lucas segera menoleh melihat Louis. Adakah putera ini serius?! Berbual. Bersama. Lelaki tak guna ini?! Dan mereka pernah berjumpa?!
Ia tidak lucu pun. Bila kali terakhir dia berbalas salam dan kononnya berbual mesra bersama putera itu? "Maafkan patik tapi patik perlu menolak."
"Ah, sayang sekali."
"Ada urusan yang tidak boleh patik elak daripada melakukannya sekejap lagi. Tapi..." Hubert terjeda. 'Aku tertanya apa yang mahu mereka katakan. Mungkin sahaja tentang ramalan disebabkan Lucas berada disini. Dan bila aku fikirkan kembali, tidakkah Lucas mahu memberitahu putera ini tentang aku? ' fikirnya. "Adakah tuanku berfikir, a low noble can play the royal game?" Soalnya pula.
Pada masa yang sama, titik-titik air hujan mula jatuh dari langit. Namun hanya beberapa titik sahaja, ia belum cukup untuk membuatkan mereka semua perasan.
Louis agak keliru mengapa lelaki itu bertanyakan soalan berikut kepadanya tetapi dia membalas sahaja dengan apa yang diketahui olehnya. "Beta tidak fikir begitu. Jika mereka dapat bermain permainan itu, ianya mesti kerana pemiliknya sendiri yang membenarkan mereka bermain. Serta mereka patut sedar yang sebenarnya mereka tidak layak bermain permainan itu." Suara Louis diperlahankan sedikit pada ayat terakhir
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...