Louis duduk termenung ditepi tingkap. Sudah beberapa jam telah berlalu selepas dia bangun dari tidur dan sekarang dia berasa agak bosan. Malam semalam diakhiri seperti biasa serta akhirnya dia langsung tidak dapat mengetahui mengapa Estelle pergi ke kedai jam itu. Meskipun begitu, dia tidaklah terdesak sangat untuk mengetahui perkara tersebut cuma... Ingin tahu sahaja.
Namun perkara yang benar-benar dia perlu ambil tahu ialah apa yang akan dilakukan oleh Hubert selepas ini? 'Dia berkata bahawa dia tidak mempunyai magik sekuat Countess Hastings...' Louis tersenyum dengan penuh rasa jengkel. '...dasar penipu. Walaupun begitu, Hubert nampak akrab dengan Larissa. Ada tak kemungkinan wanita itu turut serta dalam rancangan Hubert? '
Knock.
Knock.
Kemudian pintu biliknya dibuka dan Theo muncul bersama sebuah kotak berwarna hitam. Apabila dia telah meletakkan ia diatas meja, penutupnya dibuka.
Sebuah topeng muka berwarna hitam, emas serta dihiasi dengan manik-manik putih dipandang oleh Louis. Perlahan tangannya mengambil untuk dilihat dengan lebih teliti lalu dia meletakkan topeng itu ke bahagian atas wajahnya. "Apa pendapat kau?" Soalnya kepada Theo.
Butler itu merenung seketika puteranya sebelum berkata, "Ia nampak hebat dengan tuanku."
"Hebat? Hurmm." Louis meneliti sekali lagi topeng itu. "Bunyi macam membodek saja itu. Apapun, aku akan pergi festival malam ini."
"Baiklah, tuanku."
Lalu putera itu menoleh melihat Theo. "Kau tak mahu ambil cuti sehari untuk pergi ke festival itu?"
"Tidak, patik tidak mahu dipotong gaji."
Louis cuma diam tidak membalas tetapi dalam fikirannya, 'Laaa, sanggup sungguh...'
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Festival yang diadakan pada malam ini ialah tempat dimana rakyat biasa dan orang bangsawan berada dikawasan yang sama. Disitu ramai orang akan memakai topeng muka dan hiburan yang dipersembahkan sesuai dengan citarasa hampir semua orang.
Louis yang sudah lengkap berpakaian bergerak mengambil topeng mukanya tadi dan mengikatnya dikepala.
"Louis~"
Suara panggilan seorang wanita yang kedengaran manis menyapa telinganya. Dia segera berpaling. "Cassandra?" Louis melihat wanita itu memakai pakaian dari askana yang hampir terlihat seperti sari dan topeng muka putih keperakan dengan mutiara sebagai hiasan.
"Ouh, awak tahu siapa saya?"
Louis cuma berdiam diri selepas mendengar soalan usikan manja itu.
Cassandra tertawa kecil, menganggap reaksi putera itu lucu. "Well, awak mesti mahu pergi ke festival, betul tak? Jadi, saya nak ikut." Lalu dia berjalan mendekati.
Louis tidak menolak permintaan wanita itu selagi dia tidak melakukan perkara yang bukan-bukan. Lagipun Cassandra adalah penyihir masa oleh itu, dia sentiasa berguna. Apa-apapun ianya bagus untuk mereka kekal rapat.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...