Chapter 12: Morning Glory

408 51 14
                                    

Louis berdiri. "Abang ingin ke taman, sebentar lagi, mahu ikut?" Soalnya kepada Asher.

Asher berfikir sebentar sementara Lucas disebelah memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. "Hurmm, tak apalah. Adik tak mahu tinggalkan Anne lama-lama disana..." Dia menjeling Lucas. "...tapi mungkin Lucas boleh menemani abang."

Louis berfikir seketika. 'Hurmm, bersiar-siar sendiri bersama salah satu watak favourite aku...of courselah aku setuju...'

"Hmm, mana-mana pun boleh bagi abang. Lucas?"

"Patik dengan senang hatinya bersetuju, tuanku." Lucas membalas.

"Baiklah, tunggu beta diluar. Beta ingin menukar baju." Kata Louis.

.
.
.

_____________________

Louis menghirup udara segar ditaman bunga itu. Taman bunga ini penuh dengan bunga Morning Glory serta bunga rose. Ia adalah hadiah hari jadi yang diberi oleh Charles semasa umurnya 10 tahun. Raja itu menggunakan magik sahaja dan seterusnya diuruskan oleh tukang kebun.

"Tuanku." Panggil Lucas yang berada di sebelahnya. "Tuanku sangat sukakan bunga ke?" Soalnya apabila melihat Louis memetik bunga-bunga disekelilingnya.

"Sudah semestinya, lagi-lagi kalau ianya mempunyai maksud yang menarik." Balas Louis sambil meletakkan bunga morning glory ungu, diatas rambut Lucas.

Lucas mengambil bunga itu dan merenungnya seketika. "Jadi apa maksud bunga ini?"

"Sama seperti kebanyakan bunga ungu yang lain, ia bermaksud bangsawan, diraja dan kecantikan."

Lucas memandang pula wajah Louis. "Ianya sesuai dengan tuanku."

Louis tidak membalas dan hanya tersenyum sambil mengambil lagi beberapa kuntum bunga. "Tapi ia juga boleh membawa maksud sama ada cinta, kematian atau pun cinta yang sia-sia." Selepas sahaja dia menghabiskan ayatnya, senyumanya pun hilang. Entah kenapa dia rasakan dia telah melupakan sesuatu.

"Huh?" Lucas berasa hairan. Gelombang magik putera mahkota itu agak tidak terkawal untuk seketika tetapi kemudian ia tenang semula.

"Mari kita pergi ke sana." Kata Louis sambil menunjukkan kearah sepohon pokok.

Lucas mengangguk dan mereka berdua mula berjalan menghampiri pokok tersebut. "Tuanku mahu duduk disini ke?"

"Ya, kenapa?"

Snap!

Sebuah tikar/kain muncul diatas rumput.

"Aww, sebenarnya beta boleh saja berbaring diatas rumput tapi terima kasih." Ucapnya, kemudian perlahan-lahan dia merebahkan dirinya.

Lucas duduk disebelah Louis. "Tuanku..."

"Panggil saja beta Louis."

"Huh?"

"Hanya kita berdua sahaja sekarang, tiada sesiapa disini. Kalau pun kita melakukan sesuatu, mereka yang lain tak akan tahu." Louis membalas dengan matanya tertutup, dia seperti mahu tidur sekarang.

Lucas terpaku sebentar. Pipinya mula terasa panas. Entah kenapa dia terfikir sesuatu yang...tak, tak apa-apa. Dia melihat putera yang rasanya telah tertidur itu. Wajahnya nampak tenang sahaja. Putera ini memang cantik, dia tak boleh nafikannya. Jari-jarinya kemudian mula menyentuh pipi Louis. Dia mengalihkan sedikit rambut putera itu untuk melihat keseluruhan rupanya.

'Apalah yang dibuat oleh budak ini. Patut ke aku buka mata sekarang? Tak payah kut.' Louis berfikir sendiri. Ya, dia sebenarnya belum tidur. Dia cuma menutup matanya sahaja, agak silau dengan cahaya matahari.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now