Louis menghela nafas lega kerana sudah menyiapkan semua tugasan yang perlu disiapkan hari ini. Ia sememangnya memenatkan walaupun cuma duduk dikerusi sambil menghadap kertas kerja hampir lima jam lamanya. Dia mengerling jam dinding pula. 'Ah, nampaknya tak lama lagi jam dua. Bukankah dia tulis yang dia akan tiba pada waktu itu? ' fikirnya lalu dia pun mula bangkit dari kerusinya. "Jadi aku patut bersiap sekarang."
.
.
.
°°°•°°°
.
.
.
Kakinya melangkah lembut diatas rumput-rumput yang menghijau. Dengan angin yang bertiup perlahan ke arahnya, dia menolak sedikit rambutnya ke belakang telinga. Pemandangan bunga-bunga yang berwarna-warni, tidak akan jemu bila dipandang.
"Cik Estelle."
Tatkala telinganya menangkap panggilan itu, dia segera berpaling. "Saya sedang tertunggu-tunggu kedatangan tuanku!" Ucapnya sambil melemparkan senyuman yang manis.
Louis cuma membalas senyuman itu dengan seadanya. Dalam perjalanan dia untuk menghampiri wanita itu, sempat lagi dia membetulkan tali lehernya.
Pada masa yang sama, Estelle juga melangkah laju mendekati putera itu. "Tuanku!"
Louis hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah wanita itu. "Cik Estelle, kamu tak perlu berlari kepada beta. Beta sendiri yang akan datang kepada kamu."
"Hehe, tuanku..." Estelle tertawa kecil lalu meletakkan kedua tangannya didada. "...sudi tak tuanku mengahwini saya?" Dengan pandangan yang penuh dengan perasaan dan senyuman yang mampu mencairkan hati seseorang, dia menyoal.
Untuk seketika Louis terdiam sambil matanya tidak teralih dari menatap riak wajah wanita itu yang bagaikan bersinar. "Estelle."
Angin lembut sekali lagi bertiup, membawa haruman bunga ke arah mereka.
Sebagai balasan Estelle melangkah setapak menghampiri putera itu dan memberikan pandangan yang mahu dikasihi. "Ya...?"
Louis pun menyentuh bibirnya dan tersenyum. "Ianya tidak bagus mengulangi jenaka yang sama."
"Tetapi bagaimana jika itu bukan jenaka?"
"Kalau benar awak mahu mengahwini saya, apa kata awak suruh saja ayah awak datang untuk merisik saya kepada raja?" Cadangnya, separuh mengusik.
Estelle terkedu sebentar lalu dia bertanya dengan nada tidak pasti. "Tetapi bukankah yang mulia telah pergi ke Arlanta?"
"Ya, namun itu bukanlah alasan. If you want something, work for it." Louis menolak sedikit rambut perempuan itu kebelakang telinganya. "Ayahanda saya akan pulang dua minggu lagi."
"Haa! Itu terlalu lama!"
"Jadi, tunggulah."
Estelle melihat putera itu memberikan senyuman yang terlihat seperti dia sedang bermain-main dengannya sahaja. "Tch, tapi yang lebih penting sekarang ini, bukankah tuanku ada sesuatu yang perlu diucapkan?" Soalnya dengan rasa tidak puas hati.
"Selamat berjaya!" Sorak Louis, ceria.
Sekali lagi Estelle terkedu. Sebelah tangannya memegang dahi. "Bukan itu tapi terima kasih..."
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...