"Aku dengar Duke Fortin telah diracun, betul ke?" Seorang lelaki bertanya kepada rakan-rakannya.
"Ya, betul. Benda itu ada tertulis pada surat khabar yang dijual pagi tadi dan sekarang dia berada diistana."
"Siapa yang meracun dia?"
"Tak tahulah tapi ada orang kata..." Dia memperlahankan suaranya, seolah-olah mahu berbisik. "...tunang cik muda Fortin yang lakukannya."
"Eh!? Kenapa pula?"
"Kenapa? Sebab kalau Duke Fortin yang sekarang meninggal dunia, dialah pula yang akan menjadi Duke yang seterusnya."
"Ah! Merepeklah kau. Pendapat aku, ini semua rancangan orang Teskia."
Sementara itu, didalam sebuah kedai minum;
"Jadi ini bermaksud khabar angin itu benarlah tentang empayar ini akan dimusnahkan."
"Ish! Tak bagus cakap macam itu. Ini negara kita, kita jaganya bersama."
"Tapi perkara ini berlaku selepas keberangkatan raja ke Arlanta. Aku rasa mereka memang sudah lama rancang, kita saja yang lalai."
"Pandailah engkau." Sindirnya
"Well, memang pun." Balasnya, kemudian mereka semua tertawa bersama.
Berita cubaan membunuh Duke Ghislain Fortin dengan racun tersebar secara meluas lagi-lagi di kapital serta Dukedon Fortin sendiri. Semuanya bermula dari surat khabar yang dijual pagi tadi kepada rakyat dan ini juga bermakna perbicaraan di mahkamah akan berlangsung selepas sahaja bukti-bukti dan suspek telah ditangkap.
"Jenis racun itu belum didedahkan lagi, bukan?" Ujarnya sambil menopang dagu.
"Ia sudah pun didedahkan pagi tadi. Abang sangkakan kamu sudah baca surat khabar yang dicetak hari ini." Balasnya lalu dia menghulurkan surat khabarnya kepada seorang wanita yang berpakaian seperti perempuan bangsawan itu.
"Red Butterfly, huh?" Bibir wanita itu membentuk senyuman yang sarkastik. "Disebabkan abang tidak pergi ke acara itu, abang tidak tahu yang mereka menjual racun itu. Dan ada seseorang membelinya. Abang rasa siapa?"
"Helena, manalah abang tahu. Abang tak pergi." Balas Leonard. "Hanya ada satu orang yang abang syaki sekarang tapi itu agak tidak munasabah untuk dia meracun Ghislain bilamana dia langsung tidak terlibat dalam mana-mana perniagaan."
"Mungkin ini cumalah lakonan. Adik selalu baca situasi begini dalam buku."
"Mungkin, tapi buat masa sekarang kita cuma tunggu dan lihat saja. Serta kita perlu berhati-hati sekarang, si Ronan itu sedang menyasarkan kita."
*
*
*
*
*
Garfunya hanya dibuat main pada makanan sepanjang waktu makan tengahari ini lalu dia menghelakan nafas pula tanpa sedar yang kelakuannya itu diperhatikan oleh orang lain yang makan bersamanya ketika ini.
"Kak Juliana, ada apa-apa yang merisaukan akak ke?" Soal Anastasia dengan nada suara yang bimbang.
"Ianya tentang masalah yang berlaku baru-baru ini."
"Saya sudah agak yang puteri akan katakan begitu." Kata Viktor secara tiba-tiba.
"Jika saya katakan semua masalah ini dapat digunakan dalam sesuatu cara, mungkin ianya tidak sesuai." Louis terlihat tenang semasa mengucapkan ayatnya sambil menghirup air.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...