Chapter 2: Twins

1.3K 111 39
                                    

Anastasia berdiri sambil kedua tangan memegang kain gaunnya.

Dihadapan gadis itu ketika ini adalah seorang lelaki yang sangat rupawan. Dia sedang berbaring sambil jarinya bermain dengan sekuntum bunga ungu yang digelar sebagai 'Morning Glory'.

Lelaki itu adalah Putera Mahkota Louis.

Disebelahnya pula terdapat seekor harimau putih sedang melihat diri Anastasia seperti dia adalah pembawa bala kepada tuannya sahaja. Terdapat juga beberapa orang maid, seorang butler, seorang satria dan seorang lelaki yang berambut hitam panjang berada berdekatan dengan putera itu.

"Kamu berani. Beta sukakanya tapi..." Louis mengerling wajah Anastasia. "Beta harap kamu tidak berlari kesana kesini menjadi pengemis kasih sayang, pfft..."

Bunyi desiran yang hampir kedengaran seperti ketawa itu membuatkan Anastasia menggenggam kain gaunnya dengan erat.

"Hmm, You're funny. No, i mean. Your life is a joke." Senyuman Louis jelas sekali merendahkan diri Anastasia.

Setiap kali dia berjumpa dengan Louis, dia sentiasa dimalukan seperti ini. Disebabkan tidak sanggup lagi mendengar perlian dari putera mahkota itu, Anastasia segera mengangkat kaki untuk berlalu pergi.

~The Flower of the Beast~
~Chapter 3~


"Apa yang anakanda telah lakukan yang membuatkan ayahanda memberi layanan seburuk ini."

Didalam ruang menghadap Istana Topaz, Anastasia melutut dihadapan Raja Charles.

Air matanya mengalir deras. Anastasia cuba untuk berhenti menangis tetapi matanya seperti tidak mahu mendengar kata tuan empunya badan. "Apa yang perlu anakanda lakukan untuk membuatkan ayahanda menyayangi anakanda?"

Meskipun Anastasia sudah merayu dan bertanya berulang kali, mata Charles hanya merenung gadis itu dengan dingin.

"Patut ke anakanda menjadi seperti Juliana?" Anastasia menyoal lagi sambil kedua tangannya memegang hujung seluar Charles. "Kalau, kalau anakanda berbuat begitu, adakah ayahanda akan menyayangi anakanda seperti ayahanda lakukan kepada putera mahko...?"

"Cukup." Suara tegas milik Charles segera mendiamkan Anastasia. "Perkara itu tidak akan berlaku sehingga hari beta mati."

"Mengapa begitu?" Soal Anastasia didalam esakkan. Nada suaranya kedengaran bergetar. "Anakanda juga anak ayahanda."

"Disebabkan kau, dia mati."

Kata-kata tuduhan itu seperti berdentum difikiran Anastasia. Dia dipersalahkan atas kematian putera mahkota yang langsung dia tidak tahu apa sebabnya.

"Kau bodoh."

Penghinaan itu membuatkan Anastasia terkaku. Suara Charles yang tajam itu bagaikan menusuk ke dalam telinganya. Ia kedengaran lebih kejam dari sebelum ini. Tangan Anastasia menggigil melepaskan pegangan dihujung seluar raja itu.

"Tiada satu hari pun beta pernah menganggap kamu sebagai anak beta."

Anastasia tertunduk. Kesedihan yang tidak pernah dialami membanjiri matanya.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now