"Huh?"
"Ya, Yang Mulia Raja Charles akan tinggal disini untuk beberapa hari. Jadi, tuan boleh pulang ke Eurasia tanpa kami." Ujar Felix, mengulang semula kata-katanya tadi apabila melihat riak wajah bingung daripada ketua menara magik itu.
"Oh..." Lucas cuma mengangguk kecil. "Ini berkaitan dengan sihir cahaya yang dia gunakan dahulu ke?" Gumamnya.
"Hmm? Maaf, boleh tuan ulang semula apa yang tuan katakan tadi." Pinta Felix.
"Huh? Tak ada apa-apalah." Lalu Lucas menoleh memandang sekelilingnya untuk melihat tempat itu sebelum dia berangkat pulang. "Baiklah, aku balik dulu. Ah, ya. Katakan pada raja, yang aku akan jaga anak dia baik-baik sepanjang ketiadaan dia nanti. Selamat tinggal." Senyuman yang penuh makna terukir dibibirnya sebelum dia menghilang dari pandangan pengawal diraja itu.
Felix hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat tingkah laku lelaki itu.
*
*
*
*
*
Pada waktu malam yang sepi ini, cahaya bulan kelihatan malap dari biasa tatkala awan-awan bergerak bersama mahu menutupi cahaya bulan. Angin turut bertiup. Berkemungkinan yang selepas ini akan hujan.
"...itulah mengapa Darius Fortin masih belum mati. Ada seseorang yang mempunyai magik cahaya ditempat itu." Ucap seorang wanita. "Dan lagi, nampaknya putera mahkota itu sedang merancangkan sesuatu tetapi saya tidak tahu apakah ia."
"Begitukah?" Hubert dengan tenang berkata.
"Y, ya."
"Baiklah. Apapun Countess Larissa, kamu patut bersedia apa yang akan berlaku seterusnya."
"Ke, kenapa? Apa yang tuanku rancangkan?"
"Walaupun terburu-buru bukan cara beta, tapi sekarang berlainan." Perlahan raja itu berkata namun masih cukup untuk didengari oleh Larissa. "Disebabkan itu, Larissa. Gunakan musim majlis sosial ini agar mereka menunding jari diantara satu sama lain."
"Baiklah." Hujung bibirnya terangkat sedikit. Dia sudah lakukan hal yang diarahkan itu terlebih dahulu. Malah telah ada beberapa keluarga bangsawan yang menjadi musuh dalam senyap.
"Kamu boleh pergi."
Serentak itu diri Larissa berubah menjadi asap gelap yang berkepul sebelum lesap dari pandangan.
"Tsk." Hubert mengalihkan matanya ke luar tingkap. Oleh kerana pintu jendelanya terbuka, dia dapat merasakan angin dingin masuk ke dalam biliknya.
'Berdasarkan dari apa yang diberitahu oleh Countess tentang keadaan Eurasia baru-baru ini, seperti ada seseorang yang berada selangkah kehadapan dari mereka semua.' Fikir Hubert.
Malah tentera dan satria diraja yang berkawal lebih ramai dari yang sepatutnya. Oleh itu, siapa lagi yang boleh mengawal orang-orang diraja selain daripada kerabat diraja sendiri?
Hubert meletakkan jari indeksnya didagu. "Jadi tekaan aku tepat sekali."
"Tekaan apa?"
Persoalan dari suara milik seorang lelaki mengejutkan diri Hubert sedikit.
"Joshua..., kenapa kamu tak ketuk dulu?"
"Eh, aku sudah ketuk. Kau saja yang tak dengar." Selamba Joshua membalas sambil berjalan menghampiri sofa.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...