~Tahun 1785~
Empat tahun sudah berlalu, kini Louis berumur sembilan tahun. Banyak perkara yang sudah berlaku. Dia juga telah hampir melupakan kehidupannya dahulu kecuali jalan cerita novel ini. Sebelum ini dia tinggal di istana Topaz, istana untuk raja dan permaisuri empayar Eurasia tetapi sekarang dia berada di istananya sendiri iaitu istana Sapphire. Tempat tinggal putera atau puteri mahkota selama bergenerasi. Satu lagi istana ialah istana Amethyst (Ae-me-tis) tempat tinggal putera dan puteri yang bukan barisan hadapan untuk menjadi pemerintah Eurasia.
Louis juga telah memulakan pembelajarannya sebagai putera mahkota diusia lima tahun sama seperti budak-budak bangsawan yang lain tetapi disebabkan dia adalah orang dewasa didalam badan seorang budak maka dia telah menjadi budak nombor satu terpintar di empayar itu. Untuk seorang budak, dia telah mempelajari seni mempertahankan diri, pedang serta mengendalikan magiknya dengan sangat bagus.
Pada waktu ini, Louis sedang membaca buku di perpustakaan istana Sapphire bersama playmatenya Viktor, Edelene Dan Ethan. Fluffy, harimaunya sedang tidur berdekatan dengan mereka. Edelene bukanlah seorang yang suka belajar malah katanya ingin menjadi seorang satria. Walaupun begitu, suatu hari nanti dia akan menjadi Marchioness, ketua keluarga Blair yang seterusnya oleh disebabkan dia adalah anak tunggal. Viktor dan Ethan pula bakal menjadi Duke selepas ayah mereka bersara nanti.
Louis POV
Hurmm, what a beautiful day. Aku tertanya-tanya bila Anastasia akan terserempak dengan papa. Berdasarkan suasana dan daun-daun pokok dekat istana Topaz mungkin dalam bulan ini.
Ahem! Sebagai putera mahkota, aku terpaksa untuk belajar sejarah dan keluarga bangsawan serta tempat empayar Eurasia dimata dunia. Tiada sesiapa pun yang paksa. Kalau ada yang paksa pun, Felix akan beritahu papa dan...aku pun tak pasti apa yang berlaku selepas itu. Mungkin dipecat agaknya.
Empayar ini terbahagi kepada empat. Lopez Dukedom berada di barat Eurasia, Gregorios Dukedom di utara manakala Fortin' Dukedom di timur. Selatan Eurasia pula dikawal sepenuhnya oleh keluarga diraja. Kapital Eurasia juga berada disitu.
Empayar ini juga adalah salah satu empayar yang terkuat didunia turut sama Empayar Teskia. Terdapat juga beberapa empayar yang lain tetapi dua empayar ini sangat diberi perhatian oleh dunia. Bila-bila masa sahaja akan tercetusnya peperangan. Ianya disebabkan dua pemerintah dua empayar ini saling bermusuhan sejak dahulu lagi. Setiap kali mereka ingin menyelesaikan masalah antara empayar mereka, sentiasa ada sesuatu terjadi yang membuatkan perkara itu tidak diselesaikan. Bagaikan ada sumpahan. Negara dan empayar lain hanya menunggu peluang sahaja untuk merampas tanah mereka.
Dan ini menghairankan aku. Kenapa dalam novel tiada pun disebutkan pasal hal ini. Aku tahulah genre novel ini kekeluargaan dan bukannya politik. Perkara yang hampir membunuh Anastasia sendiri adalah papa yang hilang ingatan dan perebutan takhta diantara Anastasia dengan beberapa orang ahli sihir yang berdendam dengan papa. Eh, itu pun politik jugakan?
Untuk tidak mengulangi masalah yang dihadapi oleh Anastasia, aku kena halang papa dari mempermalukan ahli sihir sebab gagal menyelamatkan Anastasia yang bakal berlaku dalam dua tahun lagi. Waktu itu, Lucas yang selamatkan Anastasia.
"Ada kau orang dengar tak, pasal puteri mahkota empayar Teskia. Kalau tak silap umur dia sekarang tujuh tahun. Baru seminggu lepas raja Teskia umumkan kewujudan anaknya ke orang ramai dan negara luar." Kata Ethan, memecahkan kesunyian.
"Ya, aku ada dengar. Puteri mahkota Ariella Irelyn Quinn Teskia. Katanya dia sangat bijak malah lebih pandai dari putera mahkota kita semasa baginda seusia dengan puteri itu." Usik Viktor dengan senyuman yang mencurigakan.
"Ya, dia bijak. Tahniah untuk dia." Aku membalas dengan senyuman.
"Puteri Ariella...apa? Panjang betul namanya." Soal Edelene.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasiApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...