Chapter 91: Time Tower

88 14 0
                                    

"Sudah dua jam puteri duduk disitu membalas surat-surat yang dihantar." Maklum Lydia dengan sedikit riak rupa risau kepada Asher disebalik pintu bilik puteri itu.

Ketika ini dipandangan Asher, Anastasia kelihatan tekun menulis surat balasan kepada orang bangsawan yang menghantar surat. Mungkin lima atau sepuluh surat masih lagi boleh diterima namun ini sehingga ada yang menghantar surat lebih dari sekali!

Asher tidak dapat membantu Anastasia tadi pagi disebabkan dia diperlukan di kawasan latihan satria untuk melihat sekiranya ada yang patut dinaiktarafkan atau tidak.

"Apa yang Anne tulis sekarang?" Soal Asher.

"Puteri menulis surat penolakan untuk semua jemputan parti yang tuanku berdua terima."

"Surat penolakan? Saya ingat abang sudah menyuruh mereka untuk menunda parti mereka, bukan?"

"Ya, tapi baru semalam putera mahkota mengizinkan parti dilakukan kerana sekarang ialah musim majlis sosial."

"Ah, benar." Gumamnya. "Mereka mesti telah melakukan segala persiapan untuk musim ini dan ingin menjemput kami setelah majlis debut kami tahun lepas. Tapi bukankah ia lebih banyak dari yang sepatutnya?"

Mereka berdua berdiam diri untuk seketika sebelum Lydia menjawab persoalan putera itu.

"Itu mungkin kerana berita Duke Fortin pengsan sekali lagi atau jemputan putera mahkota tiga hari lepas atau pun kedua-duanya sekali sudah sampai ke pengetahuan mereka."

"Hmm, mereka mesti mahu tahu sekiranya ia benar atau tidak dan mahu kami memberitahu tentang apa jemputan abang hari itu." Kata Asher. "Khabar angin sememangnya mudah tersebar. Tapi mungkin saja inilah apa yang abang mahukan..."

*

*

*

*

*

Tap

Tap

Tap

Bunyi setiap kali Louis melangkah boleh didengari sepanjang koridor itu.

Louis kelihatan formal kali ini berbanding dengan hari-hari yang lepas. Rambutnya terlihat telah disikat dengan kemas ke belakang. Dia memakai jaket hitam bersulam emas beserta dengan lencana yang menunjukkan dia adalah raja sementara ketika ini. Terdapat juga kerongsang yang terukir dengan lambang kerabat diraja diatas tali lehernya.

Lalu, Louis melemparkan pandangannya ke luar tingkap seiring dia berjalan.

'Sudah sembilan hari selepas pemergian ayahanda ke Arlanta. Mungkin beberapa hari lagi, ayahanda akan pulang bersama ramalan itu.' Fikir Louis.

Pada waktu ini, Louis dalam perjalanan ke ruang menghadap untuk bertemu dengan Marquess Hart. Termasuk ini, sudah dua kali marquess itu meminta untuk menghadap.

Permintaan pertama Louis menolak disebabkan dia sibuk serta merasakan ianya tidak penting kerana lelaki itu boleh sahaja memberikan laporan kepadanya. Dan kali ini, marquess itu menyatakan bahawa apa yang dia mahu katakan amatlah penting. Namun Louis menjangka, apapun yang mahu dikatakan itu sudah tentu mengenai notis yang diberikan semalam atau juga berkaitan dengan Duke Fortin oleh disebabkan dia berada dibawah duke itu.

Lagi pula, lelaki itu gemar bertukar-tukar topik dan bercakap banyak. Oleh itu, Louis berasa sedikit rimas dengannya. Belum lagi disebut, sebelum ini marquess itu juga ada 'membaling pisau ke arahnya' (ini metafora) dengan menyokong tuduhan yang dia terlibat dalam penculikan manusia.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now