Hari pertama perayaan cahaya, langit kelihatan cerah tanpa awan mendung. Segala persiapan untuk malam ini telah pun disiapkan. Rakyat juga memakai pakaian yang bagus malahan baru sempena perayaan ini.
Perayaan yang menggalakkan perdamaian, keamanan dan kemaafan ini sentiasa akan dimeriahkan pada setiap tahun tidak kira oleh bangsawan atau pun rakyat. Ditambah lagi dengan musim bunga, ia membuatkan perayaan ini menjadi lebih indah lagi. Perayaan ini juga sangat berkait rapat dengan gelaran putera mahkota. Oleh itu, kehadiran Putera Mahkota Louis ke kapital sudah tentulah tidak menjadi tanda tanya kepada mereka yang lain, bahkan Putera Asher, Puteri Anastasia dan Puteri Juliana juga turun bersama Putera Mahkota.
Disebabkan perayaan ini ialah perayaan yang penting bagi penduduk di Eurasia, ianya adalah tugas putera mahkota untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perayaan itu agar berjalan lancar serta menjadi ketua dalam acara keagamaan dan diikuti oleh Putera Asher. Sebelum ini Raja Charles lah yang melakukan semua ini. Sementara itu, Puteri Juliana bersama Puteri Anastasia menjalankan aktiviti kebajikan kepada rakyat serta orang-orang yang memerlukan.
"Wah, bandaraya nampak lebih meriah dari biasa." Ujar seorang wanita bangsawan yang baru tiba di kapital menaiki kereta kuda.
"Ya dan malam nanti mesti lagi meriah dan cantik." Balas seorang lelaki bangsawan pula.
Tidak jauh dari mereka pula seorang lelaki berjalan ke arah seorang penjual makanan dengan wajah kehairanan. Lalu dia pun bertanya, "Pak cik, kenapa ada ramai orang berkumpul disana?
"Eh, kamu tak tahu ke?"
"Tahu apa?"
"Kerabat diraja 'kan tengah ada dekat sana."
"Laa, tak tahu pula. Okey, terima kasih pak cik. Saya pergi dulu."
"Sama-sama."
Kemudian, lelaki itu terus berlalu pergi menuju ke kawasan yang orang ramai berkumpul itu. Pada masa yang sama juga, seorang wanita yang memakai gaun merah serta kelubung putih berjalan ke arah yang sama lelaki itu pergi.
Masa berlalu dan matahari pun semakin hampir berada di puncak namun inilah waktu permulaan festival cahaya yang ditunggu-tunggu serta waktu untuk kerabat diraja Eurasia untuk pulang ke istana selepas menyiapkan tugas mereka.
Diwaktu muzik tradisional mula dimainkan, masa dimana orang ramai berkumpul tidak kira jantina, umur dan status serta bunga-bunga yang berguguran jatuh menghiasi tanah, pandangan Louis hanya dihalakan pada seorang wanita yang memandangnya dengan senyuman gembira.
"Estelle..." Gumam Louis.
Tatkala dia terlihat wanita itu melambaikan tangan kepadanya, Louis turut tersenyum. Dia terasa bagai nak gila. Sungguh dia tidak percaya dengan sekali pandang sahaja dia sudah dapat mengenali siapa wanita itu. Mungkin kerana gaunnya yang berwarna merah atau mungkin rambutnya yang membuatkan dia lebih menonjol daripada orang ramai. Bagaimana dia mahu lari dari wanita yang sentiasa dapat mengejarnya? Walaupun begitu, dia tidak dapat menafikan semuanya terasa seperti dalam euforia apabila dia memikirkan tentang wanita itu meskipun ia hanya sesaat.
Asher yang kehairanan mengapa kekandanya berhenti secara tiba-tiba, bertanya, "Kekanda?"
"Ah..."
Kekandanya akhirnya tersedar lalu dia mengatakan sesuatu yang tidak dapat didengari oleh Asher seolah-olah sedang berguman sendiri, kemudian dia terdengar kekandanya berkata,
"Mari kita pergi."
•
•
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasíaApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...