Kini tarian untuk para gadis yang berumur 14 tahun, dimulakan.
Louis berdiri dihadapan manisan yang berwarna-warni, cuba untuk memilih mana satu yang perlu dimakannya sekarang.
Tap.
Tiba-tiba terasa bahunya ditepuk oleh seseorang dibelakangnya. Untuk seketika Louis terfikir, 'siapa yang berani menyentuhnya sebegini?' tapi bila menoleh, "Oh, Juliana. Sudah lama kita tidak berjumpa."
"Ya, apa khabar Louis sekarang?" Soal Juliana.
"Saya baik-baik sahaja mungkin ada beberapa masalah tetapi ianya tidak perlu dihiraukan." Louis melihat sekelilingnya. "Dimana Ethan? Saya fikir awak akan datang bersamanya."
Juliana mengeluh. "Tak perlu cakap pasal dia. Lelaki itu degil betul."
Louis terhibur. "Hmm, jadi kamu berdua gaduhlah sekarang ni?" Tekanya.
"Yalah...oh! Sir Viktor tadi mencari kamu, Louis. Ada sesuatu yang mahu dikatakan olehnya. Baik kamu pergi segera. Nampak seperti penting."
"Penting?" Louis berfikir seketika. "Mengenalinya, itu mungkin benda merepek sahaja."
"Kalau pun merepek, dia mungkin ingin berbual dengan kamu."
"Baiklah, saya akan pergi mencarinya sekarang. Juliana mungkin boleh berbual dengan Asher atau ayahanda sekiranya awak tak rasa selesa berbicara orang bangsawan lain." Kata Louis, selepas Juliana mengangguk dia pun berlalu pergi.
Juliana memilih untuk menghampiri pakciknya apabila terlihat Asher sedang berbual bersama beberapa orang lelaki seumurnya.
"Semoga keberkatan sentiasa ada di Eurasia, salam patik ucapkan kepada yang mulia tuanku raja empayar Eurasia." Ucap Juliana sambil menunduk.
"Kamu tak perlu beri salam sepanjang itu." Kata Charles setelah menoleh melihat anak saudaranya.
Juliana tersenyum memandang Charles. "Tidak apa, inikan kali pertama kita berbual setelah berbulan kita tidak berjumpa."
Charles hanya mengangguk sahaja dan bertanya, "Bagaimana urusan kamu disempadan antara empayar kita dan negara itu?"
"Hmm, ianya berjalan dengan lancar sekali, tuanku. Mereka bersetuju dengan syarat-syarat yang kita berikan kepada mereka."
"Bagus, tapi perhatikan mereka. Mereka cuma negara kecil tapi tidak pandai berdiam diri. Terlalu bercita-cita..."
"Yang mulia." Sapa seseorang.
Charles dan Juliana menoleh.
"Salam dari patik, Robert Lopez yang rendah hati ini. Semoga berkat dan kemuliaan ke atas empayar..."
"Cukup." Arah Charles.
"Cepat betul masa berlalu. Tuan putera dan puteri sudah pun memulakan debut mereka. Mereka masih kecil semasa pertama kali patik melihat mereka. Semua orang berbual mengenai tuanku menari bersama tuan puteri. Sudah semestinya patik pun terkejut sekali."
Charles hanya mengerling sahaja Robert disebelahnya manakala Juliana mendengar setiap kata yang dikeluarkan oleh lelaki itu.
"Tentu tuanku sangat menyayangi mereka, bukan? Sekiranya ada sesuatu yang terjadi kepada mereka, tuanku sudah pasti akan lakukan apa sahaja..."
"Apa yang kau ingin katakan sebenarnya?" Soal Charles, riak wajahnya langsung tidak berubah sejak dari tadi.
"Tiada apa-apa. Cuma, ibu bapa jenis apa yang tidak menyayangi anaknya, bukan?"
"...kau jenis orang yang gemar bercakap tentang perkara yang sia-sia ke?"
"Ianya cuma apa-apa sahaja boleh berlaku di masa depan nanti."
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...