Chapter 16: Richard Lopez

368 44 6
                                    

Theo datang ke bilik Louis sambil membawa sebuah dulang perak. "Tuan putera, ini semua adalah surat jemputan dari orang bangsawan." Katanya sambil meletakkan dulang tersebut diatas meja.

"Baru dua hari lepas beta dapat surat jemputan, hari ini dapat lagi. Semua bangsawan buat parti ke sekarang?" Soal Louis, malas. Tangannya membelai-belai kepala Fluffy yang berada di sebelahnya.

Sejak pesta tarian debut hari itu, banyak surat jemputan yang memintanya untuk hadir ke pesta mereka telah dihantar kepadanya.

Louis mengambil beberapa sampul dan melihat nama keluarga yang menghantar.

"Jemputan keluarga mana yang tuanku akan hadiri dahulu?" Soal Yoona, seorang maid peribadi putera mahkota.

"Gregorios dan mungkin pesta dari keluarga rakan-rakan beta." Jawab Louis sambil membuka salah satu sampul surat.

"Ianya pilihan yang logik, tuanku." Kata Theo, bersetuju dengan putera tersebut.

______________________

Anastasia merenung meja sambil dia diperhatikan oleh Asher. "Jadi abang ada pasangan menari, ya?" Soalnya sendiri.

"Ya, tuan puteri. Nama cik muda yang putera Louis menari bersama ditarian pertama adalah Cik Estelle Murphy." Balas Felix dari belakang mereka dengan senyuman.

'Nama perempuan itu tiada dalam novel. Jadi dia cuma watak sampingan sahajalah. Hurmm...' -Anastasia.

'Abang pilih dia mungkin sebab kecantikan agaknya. Dengarnya macam itulah dari cerita-cerita maid.' -Asher.

'Mungkin, tapi perkara yang sepatutnya berlaku telah berubah. Jadi kita ada harapan untuk buatkan abang tak jatuh cinta dengan Juliana.' -Anastasia.

'Ya, apa-apa saja.' -Asher.

'Ceh!'

"Asher, jom kita pergi jalan-jalan ditaman." Ajak puteri itu sambil berdiri dihadapan kembarnya.

"Tak nak." Asher segera membalas.

Wajah Anastasia bermuram seketika sebelum kembali ceria. "Baiklah, kita berdua sajalah. Felix, jom!"

"Ya, tuanku." Balas Felix selepas memberi senyuman kepada Asher.

Creak...

'Hurmm, Juliana. Kedua-dua Juliana didalam novel bukannya jahat pun. Dia baik orangnya, sopan lagi, semua orang suka dia. Adalah naif sikit. Kalau nak dilanjutkan lagi, selepas abang meninggal dunia Juliana berkahwin dengan Ethan dan disebabkan tiada sesiapa yang dapat mewarisi takhta, dialah yang menjadi pemerintah seterusnya. Oh, ya. Anastasia pun sudah tiada. Dihukum mati semestinya dan aku pun mati juga. Semua anak Charles mati. Kelakar rasanya, gurau. Itu mengikut apa yang diceritakan oleh Anne. Kalau novel satu lagi, katanya banyak orang tak suka Juliana sebab kononnya dia curi kasih sayang Charles dari Anne. Pada waktu itu pula, Charles hilang ingatan. Dayummmm. Tapi rasanya kejadian itu tak akan berlaku. Lepas itu, Juliana ini ada magik gelab yang membuatkan semua orang menyukai kehadirannya tanpa dia sedari pun. Konspirasi betul. Jadi dia bukannya masalah yang perlu dirisaukan pun, melainkan kalau abang dan Ethan suka dia. Sebenarnya aku tak kisah pun pasal percintaan dia orang itu tapi abang obses sangat dengan dia, tambahan lagi dengan dia selalu dapat apa yang dia mahukan. Kata Anne, kalau bukan disebabkan ada peperangan terjadi Ethan dan keluarganya mesti sudah mati dibunuh oleh abang. Hmm, kesian juga sebenarnya. Bukankah abang dengan Ethan kawan baik dulu? Entah apalah yang buatkan dia itu jadi penjahat, mustahil sebab abang cintakan Juliana sahaja, kan?' -Asher.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now