"...nku!"
"Tuanku!"
Louis diam tidak membalas, hilang didalam khayalannya.
"Putera Louis!" Jerit seorang lalu menampar bahu putera itu.
"Ah...! Sarah~ sanggup kamu buat macam itu."
"Maafkan patik, tapi patik telah memanggil tuanku beberapa kali sebelum patik memukul tuanku! Apalah yang tuanku fikir sejak dari tadi?!"
Louis cuma menggaru-garukan pipinya sahaja. Sarah, pengasuhnya sejak bayi telah berhenti kerja untuk berkahwin dengan seorang satria yang juga turut berhenti kerja diistana semasa dia berumur 15 tahun kerana cadangan darinya lagipun salah satu impian Sarah adalah untuk menjelajah daerah-daerah lain di Eurasia dan baru sahaja semalam wanita ini tiba diistana untuk melawat dia.
"Oh, adakah ianya disebabkan pesta tarian malam ini? Atau buku yang tuanku baca tak menyeronokkan? Atau pun sebab Julien tidak ada disini? Atau..."
"Tidak, tidak, tidak. Sarah kenapa kamu secara tiba-tiba...?" Louis kelam-kabut cuba menghentikan kata-kata bekas pengasuhnya.
"Pfft."
Louis menoleh kebelakangnya. Terlihat Theo sedang berdiri dengan wajah acuh tak acuh seperti biasa. Kalau tidak silap, dia ada terdengar seseorang sedang menahan ketawanya. Hurmm, mungkin dia silap dengar agaknya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Akhirnya malam pun menjelma. Malam dimana permulaan musim majlis sosial akan berlangsung. Selepas beberapa bulan orang bangsawan tidak mengadakan pesta, inilah waktunya. Waktu dimana semua orang bangsawan akan membeli pakaian baru, mencari jodoh, menaikkan nama, dan banyak perkara terjadi yang akan membuatkan mereka menjadi bahan gosip.Kemudian dia melangkah menaiki tangga sambil matanya memandang lelaki dan perempuan yang sedang berjalan ke arah yang sama dia tuju. "Aku tertanya apa yang aku dapat perolehi dari malam ini." Gumam Hubert sendiri lalu masuk ke dalam pintu istana.
Didalam pula...,
Sudah hampir sepuluh minit kehadirannya diumumkan dan sekarang Louis duduk diatas takhtanya. Sepatutnya dia perlu berdiri disesuatu tempat untuk, tahulah...untuk orang dapat berbual dengannya tetapi boleh sahaja mereka datang ke sini itupun kalau mereka beranilah.
Pada pandangan orang lain Charles seperti didalam mood yang tidak bagus. Well, memang pun. Louis dan ayahandanya baru sahaja bergaduh tentang mengapa Louis berpeluk-pelukan dengan bekas pengasuhnya. Tetapi apapun ia tidaklah perlu dibesar-besarkan.
Asher dan Anastasia telah pun pergi untuk 'beramah-mesra' dengan tuan dan cik muda yang lain manakala Juliana, seperti biasa bersama dengan Ethan.
'Hurmm, berdasarkan ingatan aku, bukan ke malam ini adalah waktu dimana aku akan bertarung pedang dengan Ethan? Ya, agaknya.' Louis mengangguk sendiri. 'Tapi sekarang aku tak rasa aku akan buat perkara itu lagi dan aku pun tak tahu mengapa aku lakukan itu! Lagipun kenapa aku mahu mendekati mereka berdua? Jika kata-kata boleh bersemut, maka sudah bertimbunlah semut yang berada dengan mereka apabila mereka meluahkan kata-kata.' Dia mengeluh pula. Ada beberapa minit lagi sebelum tarian pertama akan dimulakan. Perlukah dia ikut serta ya? Mungkin. "Ayahanda, anakanda akan pergi sekarang."
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...