"Tolonglah, kau sudah katakan benda itu berhari-hari." Charles menoleh ke belakang melihat satrianya. "Boleh sakit telinga aku. Kalau nak buat lawak agak-agaklah." Katanya, dan meneruskan berjalan di pekarangan istana dengan Felix mengikutinya.
"Aku tak buat lawaklah! Berapa lama aku nak beritahu tuanku?" Hampir saja lagi Felix rasa muak dengan semua ini. "Putera Asher dan Puteri Anastasia adalah anak tuanku." Dia cuba sedaya upaya untuk meyakinkan rajanya itu.
"Felix, jangan cabar kesabaran aku. Aku mungkin boleh percaya yang Louis sudah pun besar dan Juliet itu anak kepada kekanda oleh kerana wajahnya serupa dengan kekanda tapi aku langsung tak terfikir yang aku ada anak lain selain dari Louis. Sudah! Aku masih rasa tak sihat, kalau kau ganggu aku lagi..."
Felix dengan mendadak mencengkam lengan Charles dan menariknya. "Kau rasa tak sihat sebab kau sanggup bahayakan diri kau untuk selamatkan putera dan puteri!"
Charles terkedu.
"Serta anak saudara tuanku bukannya Juliet tetapi Puteri Juliana dan walaupun aku pegang kau macam ini, kau tetap masuk juga ke letupan magik itu, semuanya demi mereka, bukan?"
Charles merenung Felix dengan penuh kekeliruan. Kemudian, dia segera menarik kembali lengannya. "Kau akhirnya telah gila. Cukup bercakap yang bukan-bukan."
_____________________
'Sebelas tahun...sebelas tahun...' Charles membelek semua tarikh kertas kerja yang telah disiapkan oleh Louis sebelum ini diatas mejanya. 'Semua kertas kerja diluar dan dalaman negara menunjukkan sebelas tahu dimasa depan. Patutlah Louis sudah pun hampir dewasa.' fikirnya.
"Lihat, sudah aku katakan yang tuanku hilang ingatan." Kata Felix.
Charles duduk dikerusinya dan bertanya apabila dia terpandang sesuatu. "Kenapa ada dua kerusi sebegitu didalam ini? Tiada sesiapa yang duduk cukup lama, memerlukan kerusi begitu malah Louis sendiri pun jarang datang ke pejabat ini." Dia berkata berdasarkan ingatannya.
"Oh, ia dibawa supaya Putera Asher dan Puteri Anastasia boleh duduk semasa melawat tuanku..." Balas Felix sambil mengerling dua buah sofa yang mempunyai satu tempat duduk. "...dan tuanku sendiri arahkan saya untuk menyuruh mereka buatkan secara khusus untuk memastikan keselesaan semasa putera dan puteri duduk."
Charles melihat sofa itu sebelum memandang Felix dengan kekeliruan sekali lagi.
Selepas itu, Felix berjalan mendekati sofa tersebut. "Cuba tengok betul-betul, tidakkah ini mengingatkan tuanku tentang sesuatu?"
"..."
"..."
"Ianya kelakar." Ulas Charles.
"Ini bukan jenaka!"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Louis boleh dilihat sedang duduk disofa ruang tamu peribadinya sambil ditemani oleh Theo. Dia termenung. Ayahandanya sememangnya seorang yang degil serta tetap pada keputusannya. Betapa banyak kali pun mereka mengatakan yang Asher dan Anastasia juga anaknya, tetap juga dia tidak percaya. Akhirnya, ayahandanya hilang sabar dan mengarahkan mereka berdua untuk dibunuh tapi apabila terlihat dirinya dan Juliana melutut dihadapannya, dia segera menarik kembali arahannya. Ayahanda mengambil keputusan untuk mengurung sahaja mereka didalam istana Amethyst. Juliana juga disuruh berpindah ke istana Topaz dibahagian tempat ratu.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantastikApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...