Chapter 77: Behind the scenes

106 13 0
                                    

Viktor menuruni tangga dengan langkah yang tidak pantas dan tidak juga perlahan. Matanya melihat sekeliling. Pekerja-pekerja istana yang bertembung mata dengannya menundukkan sedikit kepala mereka sebelum meneruskan kembali kerja mereka. Warna putih yang dicatkan pada dinding memperlihatkan betapa terjaganya tempat ini serta garisan warna emas yang turut dicat bersama menjadi penghias yang sempurna.

Apabila kakinya mendarat dibaris tangga yang terakhir, dia menghela nafas. Sinaran matahari yang menembusi jendela besar di Istana Topaz itu membuatkan Viktor berasa penat.

"Sir Viktor?"

Suara seseorang menegurnya membuatkan dia segera mengalihkan wajahnya ke arah pemanggil itu. "Oh, Putera Asher. Salam saya ucapkan kepada tuanku putera kedua Empayar Eurasia."

"Ah, ya. Apa khabar? Kamu mahu berjumpa dengan kekanda putera mahkota ke?" Soal Asher, berbasa basi.

"Ya tapi..." Sekali lagi Viktor mengeluh. "Nampaknya putera mahkota tiada di pejabat pada waktu ini. Kata maid, tuan putera sedang bertemu dengan seseorang ketika ini."

"Oh, betulkah? Beta baru sahaja ingin ke sana." Balas Asher lalu mengerling arah yang dia lalui sebentar tadi. "Ah, jadi itulah mengapa ada ramai maid yang sedang berdiri bersama ditaman tadi." Gumamnya.

"Hmm, jika tiada apa-apa yang mahu tuanku katakan, saya akan berundur pergi..."

Asher mengangguk tetapi kemudian ada sesuatu terlintas didalam mindanya. "Tunggu...!" Dia terjerit sebelum berdehem. "Ada sesuatu yang beta mahu tanya." Dia tidak mendengar apa-apa balasan dari tuan muda Gregorios itu untuk beberapa saat namun kemudian dia terlihat tangan lelaki itu diangkat lalu subang hijaunya disentuh. "Well, tidak apa jika kamu mahu menolak..."

"Saya akan...jawabnya." Viktor membalas seperti teragak-agak tetapi selepas itu dia tersenyum bersahaja. "Jadi, apa soalannya? Tunggu, lupakan saja pertanyaan saya tadi dan biar saya jawabnya sekarang. Itupun jika tuanku izinkan."

Asher terdiam buat sementara waktu. Lelaki itu mahu menjawab persoalannya tanpa mendengar soalannya? Kelakuan lelaki itu agak pelik sekarang. Well, ianya tidaklah mengejutkan dia namun menghairankan sahaja. "Erm, silakan."

Viktor yang sejak dari tadi memerhatikan riak rupa putera itu tersenyum nipis selepas mendapat izin daripadanya. "Tuanku, tak salah rasa ingin tahu namun..." Senyumannya mula pudar dan riak wajah serius pula mengganti. "...izinkan saya berikan amaran ini, jika tuanku mahu terus hidup dalam suasana aman dan tidak mahu terlibat didalam hal politik sila jauhkan diri dari apa-apa yang tuanku sedang cari waktu ini."

"Huh?" Asher tersentak sedikit. Mata Viktor merenung dirinya membuatkan dia berasa seram sejuk tanpa dia sedari. "Apa maksud kamu?"

Viktor menghela nafas. "Sama seperti apa yang saya katakan tadi, anggap saja ini ialah pertaruhan. Ianya menakutkan bila kita tidak tahu jika pihak lawan ada lebih kad didalam lengan baju mereka dari apa yang kita jangka untuk memenangi permainan yang dimainkan. Kita lihat mereka tidak lakukan apa-apa namun sesuatu mungkin berlaku disebalik tabir tanpa kita sedari dan pada pendapat saya, apabila tuanku sudah tahu segalanya, tuanku tidak akan sama lagi."

Setiap ayat yang diucapkan oleh Viktor membuatkan dia semakin terkelu. Apa maksud dia dan bagaimana dia tahu apa yang mahu dia soal sebentar tadi? Itulah apa yang bermain didalam fikiran Asher pada waktu ini.

"Hurmm..."

Sebotol kaca kecil yang hanya sebesar ibu jari dipegang olehnya. Matanya sejak dari tadi hanya merenung sahaja cecair merah yang berada didalam botol tersebut. Tidak lama itu, dia pun meletakkan kembali botol itu diatas meja dan mengalihkan pula perhatiannya kepada lelaki berambut coklat pucat yang sedang tersengih sambil memerhatikan dirinya.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now