Chapter 95: Memories from the past

104 13 0
                                    

"Bonda ratu, apa yang berlaku?"

"Ya, bonda. Dimana ayahanda?"

Anastacius dan Charles berpandangan sesama sendiri apabila bonda mereka tidak menjawab persoalan mereka sebentar tadi sebaliknya terus melangkah ke hadapan sambil memegang tangan mereka berdua. Apa yang membuatkan bonda mereka kelihatan begitu kelam-kabut?

"Bonda...?"

"Sini." Ratu itu memintas kata-kata Anastacius tatkala sudah tiba dihadapan sebuah dinding.

"Huh? Apa yang...?" Charles ingin bertanya namun tiada kata yang terkeluar daripada mulutnya selepas melihat dinding itu terbuka bagaikan ia adalah sebuah pintu.

"Kamu berdua masuk cepat." Kata ratu itu, hampir kedengaran seperti berbisik.

Dihadapan mereka, terdapat sebuah lorong yang gelap. Ia mempunyai dekorasi dinding sama macam laluan di dinding istana yang mereka lihat selama ini tetapi ia sedikit berhabuk. Mungkinkah ini ialah salah satu jalan rahsia yang mereka dengar semasa kecil dahulu?

Sementara itu, ratu memandang sekelilingnya, cuba mencari sesuatu.

"Bonda." Panggil Anastacius. Ditangannya ketika ini terdapat cahaya putih yang mampu menerangi persekitaran mereka.

"Oh, betul." Ratu itu baru teringat yang anaknya mempunyai magik. "Baiklah, mari masuk."

Charles tidak faham apa yang sedang berlaku. Begitu juga dengan kekandanya, Anastacius. Mengapa hari yang cerah sebentar tadi bertukar gelap? Tidak mungkinlah malam secepat ini.

Namun langit pada ketika ini, tidak sama seperti langit malam yang Charles kenali sebelum ini. Ia mempunyai awan-awan kelabu yang gelap. Bagaikan...asap.

"Bonda!"

Charles secara tiba-tiba terdengar kekandanya menjerit memanggil sang ratu.

"Dimana ayahanda?! Apa yang bonda lakukan ini? Kenapa...?"

"Anastacius." Ratu itu berpaling menghadap mereka berdua. "Charles. Dengar cakap bonda. Kalau ada sesuatu yang berlaku, keluar terus dari istana dan pergi berlindung di istana Fortin."

Mereka berdua berpandangan seketika sebelum Anastacius bertanya lagi, "Apa maksud bonda? Apa yang berlaku? Katakan saja pada kami...!"

Ratu itu menghela nafas berat dan cuba untuk menenangkan dirinya untuk memberikan penjelasan. "Ada, ada sesuatu yang memecah masuk ke dalam bilik menghadap semasa kami semua bermesyuarat tadi. Dan sekarang, mereka sedang cuba untuk menghalaunya pergi. Ayahanda kamu juga menyuruh agar kamu pergi dari istana dan berlindung ditempat yang selamat."

"Kenapa?" Charles menyoal. "Siapa yang cuba memecah masuk? Adakah ianya berbahaya sehingga kami perlu pergi tinggalkan istana?"

Sekali lagi ratu menghela nafas. "Ya." Dia juga tidak pasti apa yang berlaku namun melihatkan riak rupa suaminya yang begitu serius dan terkejut, dia terus tahu bahawa mereka berada didalam keadaan yang merbahaya saat ini.

"Tapi kami tak akan pergi tanpa bonda dan ayahanda!" Ucap Anastacius.

"Dan bonda juga tidak akan pergi tanpa raja!" Balas Ratu itu. Dadanya kelihatan turun dan naik, cuba untuk mengawal pernafasannya. "Sekarang pergi. Jalan saja terus, kamu akan tahu juga nanti. Dan ingat, walau apapun yang berlaku jangan berpatah balik."

Itu ialah pesanan terakhir daripada bonda ratu sebelum Charles melihat ratu tersebut menutup semula pintu dinding itu. Dan hanya cahaya daripada magik kekandanya sahaja yang menerangkan persekitaran mereka ketika ini.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now