Chapter 47: Juliana?

156 30 2
                                    

Asher membuka lipatan kertas ditangannya dan meneliti setiap perkataan dengan terperinci.

[ Malangnya, buku yang berkaitan dengan sihir 'memori' tidak tersedia di perpustakaan awam. Tambahan pula, hanya penyihir berdaftar sahaja yang dibenarkan akses ke buku sihir kelas tinggi. Sila pastikan anda telah didaftarkan dengan betul untuk maklumat lanjut. ]

Duduk di sofa yang selesa, Anastasia bertanya, "Jadi apa yang tertulis disitu?"

Asher cuma mengeluh. "Mereka mahu kita mendaftar." Ianya tidak mungkin bagi mereka untuk mendedahkan identiti mereka sekarang.

"Tuanku." Seseorang memanggil mereka. Sambil membawa dulang, dia berkata lagi, "Saya ada bawakan teh dan kek untuk tuanku berdua." Alice mula melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

"Wow!" Mata Anastasia bersinar selepas melihat kek yang dibawa oleh gadis itu.

Sementara itu, Asher serta merta menyembunyikan pesanan itu dibelakangnya.

"Coklat kek!"


"Apa pendapat puteri?"

"Ianya enak, baunya juga bagus." Puji Juliana, tenang.

Violette tersenyum. "Saya sudah jangkakan yang tuanku akan sukakannya. Keluarga saya telah menerima beberapa jenis teh dari luar negara empat hari lepas. Semenjak saya minum teh ini, saya seperti berada di awang-awangan."

"Oh, betulkah? Beta sangkakan kamu akan bersusah hati selepas pemergian Duke Fortin."

"Tuanku tidak perlulah mengusik saya." Violette tersimpul malu. "Saya faham dia perlu pergi dan sejujurnya kalau diikutkan kehendak hati, mahu saja saya pergi ke sana untuk membantunya tapi dia tidak mahu saya mengikutinya."

Juliana menggeleng-gelengkan kepalanya dengan senyuman. "Sudah tentulah Sir Ghislain tidak akan setuju...oh, bukankah Marquess Maxwell juga pergi?"

"Ya, disebabkan Leonard adalah Marquess dia pun perlu ikut sama."

"Ouh, harap mereka dapat pulang dengan selamatlah." Ucap Juliana sambil menghirup air tehnya. "Hmm~, aroma yang menyegarkan."

Violette tidak berkata apa-apa selepas itu dan cuma menikmati kuih yang ada diatas meja, tak lama itu dia bertanya pula, "Oh, ya puteri. Ada khabar ke tentang kehilangan Putera Asher dan Puteri Anastasia?"

Puteri itu mengeluh. "...tiada. Walaupun gambar mereka telah disebarkan hampir keseluruh Eurasia, tiada sesiapa yang melihat mereka."

"Um, puteri. Tuanku ada terserempak dengan abang saya ke?"

"Ya, ada. Dia bersama Cik Blair."

Violette kemudian secara tiba-tiba ketawa. "Tuanku tahu tak, sebenarnya ayah saya yang suruh mereka pergi bersama..." Dia terdiam seketika. "Berkaitan dengan yang mulia raja, saya ingin bertanyakan sesuatu."

"Ada apa?"

"Ahem...sejak dari minggu lepas lagi saya perasan yang baginda terlihat tidak bermaya. Baginda sakit ke?" Dia menyoal berhati-hati.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now