Anastasia dan Asher tersentak. Mereka berdua segera berpaling ke belakang untuk melihat gerangan siapakah yang bercakap itu.
Whoooosh...
Untuk seketika suasana disitu menjadi sepi. Hanya angin sahaja yang bertiup kearah mereka.
Anastasia mendongak. Dia boleh merasakan betapa dinginnya pandangan yang lelaki itu berikan.
Clang!
Seuncang beg yang penuh dengan barang kemas terjatuh dari tangan Anastasia. Isi didalam beg itu tertumpah keluar ke lantai.
Kalau bukan disebabkan suasana yang tegang ini, Louis akan terus ketawa.
Felix mengerling ke lantai. Cincin emas, batu permata pelbagai jenis dan warna, rantai... Ia membuatkan dia tertanya-tanya.
"Wajah itu." Charles berkata. "Beta pernah lihat sebelum ini."
Mulut Anastasia terbuka sedikit. Badannya bagaikan terkaku disitu. Bentuk tubuh yang bagus, persalinan yang lain daripada yang lain, rambut perang keemasan serta mata biru sama seperti dia dan kembarnya.
Whooosh...
Sekali lagi angin bertiup.
'Aku tak pernah melihat dia sebelum ini, tetapi dia mesti... Charles de Reinhold.' Fikir Anastasia.
Asher melihat sekilas kembarnya. Dia bagaikan terdengar sesuatu sebentar tadi.
Seluruh tubuh badan gadis kecil itu menggigil dek kerana ketakutan. Kemudian matanya ditundukkan. Seorang budak lelaki yang tidak kurang daripada sembilan tahun memenuhi pemandangannya. Jikalau dia tidak salah, dia sudah semestinya Louis de Reinhold. Anak kesayangan Raja Charles.
"...ya." Untuk seketika bayangan seorang wanita muncul difikiran Charles. "...penari dari Askana, bukan? Kamu berdua serupa dengan wanita itu." Perlahan dia berkata namun cukup untuk didengari oleh orang disekitarnya.
Hanya satu sahaja yang bermain diminda Anastasia pada waktu ini. 'Apa yang mereka buat disini?! Kami baru lima tahun, bukannya sembilan! Dan tempat ini bukannya taman raja! '
Asher yang hanya memperhatikan gadis itu, mahu saja mengeluh. Riak wajahnya sangat ketara. Malah dia seperti boleh mendengar apa yang dikatakan oleh Anastasia sebentar tadi.
"Meskipun begitu, tidak kisahlah dia datang dari mana pun..." Tangan Charles dihulurkan ke hadapan untuk menyentuh dagu Asher.
"Tuanku." Felix akhirnya berkata sesuatu.
Charles tersenyum namun ia tidaklah terlihat mesra. "Dan beta masih ingat lagi apa ucapan terakhir yang diucapkan olehnya." Mata biru milik Charles bersinar kebiruan. "Katanya dia mahu kamu berdua tinggal disini bersama kami."
Jantung Anastasia berdegup semakin laju dan laju. Sehingga dia sendiri boleh mendengarinya. Walaupun bukan dia yang disentuh oleh Charles, namun dia tetap berasa gementar.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasíaApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...