Chapter 10: Pesta Cahaya

470 53 8
                                    

Pesta cahaya adalah pesta yang akan diadakan setiap tahun pada bulan jun di Eurasia. Pada asalnya, ia adalah sambutan kelahiran putera mahkota pertama untuk Empayar Eurasia. Katanya, seorang wanita yang berupa paras muda walaupun telah hidup hampir seratus tahun sangat terhutang budi dengan Raja Eurasia ketika itu dan memberikan magiknya kepada putera tersebut. Magik dari wanita itu membuatkan rambut dan mata putera, bersinar. Dan dari situlah kononnya asal usul magik yang unik keluarga diraja itu.

Malam di capital sangat meriah ketika ini. Hampir setiap jalan dipenuhi oleh orang ramai. Lampu berwarna-warni dipasang disetiap tempat.

"Wah! Ramainya orang." Ucap Louis dengan penuh rasa kagum.

"Sir Louis, tolong jangan pergi jauh dari patik." Kata Theo, membetulkan tudung jubah yang telah disarung oleh putera itu. Dia menggunakan panggilan itu agar orang lain tidak mengetahui terdapat putera mahkota dikalangan mereka.

Sebelum ini, selepas sahaja Louis bercakap dengan ayahnya, dia sudah pun membuat rancangan untuk pergi ke pesta ini tanpa pengetahuan Charles. Dia juga tahu akan ada seseorang yang mengekorinya, jadi dia teleport ke salah satu lorong di capital. Mungkin dia akan kena marah bila ayahnya dapat tahu dia telah hilang tapi dia nak pergi juga. Tidak tahulah kenapa. Ia bagaikan ada sesuatu yang memanggil-manggilnya untuk kesini, lagipun sejak dia mendengar pesta ini wujud semasa umurnya dua tahun, dia teringin untuk melihat orang ramai melepaskan tanglung mereka ke langit.

Mereka berdua kemudian berjalan-jalan sambil melihat jalan yang dihiasi oleh lukisan yang berunsurkan magik itu. Terdapat juga beberapa persembahan seperti tarian, silap mata, circus dan lain-lain.

Semasa Louis sedang melihat-lihat barang jualan disalah satu gerai, dia terlihat seseorang yang dikenalinya sedang termenung sendiri. "Eh, itu bukannya Carl ke? Carl Yeager."

Theo menoleh kearah yang Louis lihat. "Nampaknya begitulah."

"Carl?" Tegur Louis apabila tiba disamping budak itu.

Carl terperanjat seketika dan berkata, "Tuanku? Apa yang tuanku buat disi..."

"Shush...panggil je aku Louis."

"Oh, Louis..." Carl hanya menundukkan sedikit kepalanya apabila telah perasan kelibat Theo. "Jadi apa yang tuan...maksud aku, Louis buat dekat sini? Aku tak rasa ba...ayah kau akan bagi kau datang kesini." Soalnya sambil berjalan bersama mereka berdua.

"Aku curi-curi keluar."

"Berani ya." Carl membalas, tersenyum.

"Jadi, apa kau buat disini? Seingat aku, rumah kau dengan capital agak jauh."

"Hmm, Aku pun curi-curi keluar juga." Mereka berdua terus ketawa.

Theo hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja.

"Oh, ya. Esok mungkin kita akan berjumpa. Ayah aku akan jumpa raja sama-sama dengan Duke Lopez untuk membincangkan sesuatu."

"Eh, sekejap." Louis melihat sekeliling mereka. "Kau tak bawa pengawal bersama dengan kau ke?"

"Ada tadi, tapi aku sesat." Carl membalas seperti perkara itu bukan hal yang besar. Louis terdiam seketika. "Aku fikir tadi aku ternampak seorang yang aku kenal, jadi aku kejarlah tapi aku dah hilang jejak dia orang." Nadanya kedengaran kecewa.

"Sir Carl!" Terdengar seorang lelaki menjerit dari belakang mereka. "Disini rupanya tuan muda. Puas saya mencari. Tuan muda tak patut lari dari saya macam itu saja. Hampir saya panggil tuan Yeager tadi." Kata lelaki yang berpakaian satria itu kepada Carl yang hanya tertawa janggal sahaja. "Saya rasa kita perlu pergi sekarang sebelum marquess perasan ketiadaan tuan muda. Mari kita pergi."

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now