Setelah tiga hari berlalu, Ezekiel dikhabarkan telah pun bertolak ke Arlanta bersama beberapa anak bangsawan yang lain.
"Hurmm, baguslah anak dia pergi dari sini. Lelaki itu tak habis-habis cakap pasal mahu jadikan budak itu playmate kamu berdua." Kata Charles kepada Asher dan Anastasia.
Felix tersenyum. "Patik rasa kedua-dua tuan muda Lopez, menarik dan sopan budaknya."
"Um, betul itu, Felix." Kata Louis, mengangguk.
Anastasia bersetuju didalam diam.
Charles meletakkan jari indeksnya didagu seperti sedang berfikir sambil memandang kembar itu. "Kamu berdua suka dengan playmate itu?"
"Maksud papa Lucas?" Soal Anastasia.
Charles mengangguk sedikit.
"Dia okay saja bagi Asher. Tak bising tapi Anne suka sangat cari gaduh dengan Lucas." Asher tersenyum sambil menjeling Anastasia.
"Mana ada!" Balas Anastasia sambil memukul bahu Asher.
Louis menggeleng perlahan. 'Kesian Asher selalu dipukul. Setakat ini aku tak pernah lagi kena pukul oleh Anne. Nasib baik.'
"Kalau kamu berdua tak suka budak itu, beta boleh cari playmate baru yang lagi bagus dan berkelas."
Anastasia mengunyah keknya dan membalas, "Tak apa papa. Anne dengan Asher suka Lucas..."
.'Bila masa aku cakap, aku suka Lucas. Pandai-pandai je. Aku bukan gay...eh, tiber.' -Asher.
"...Dan Anne lagi suka sebab dia dipilih dari papa." Sambung Anastasia sambil menayangkan wajahnya yang comel itu.
'Anne memang comel tapi...fake.' -Louis
Charles merenung mereka berdua seketika dan mengeluh. "Selagi kamu berdua gembira, itu sahaja dah cukup."
Anastasia menundukkan kepalanya. Senyuman yang ikhlas bermain dibibirnya. Dia agak tersentuh mendengar kata-kata ayahnya itu. Sementara itu bagi Asher, dia tidak pasti apa yang perlu dirasakan olehnya
***
Juliana Garcia, female lead dalam novel The Flower of The Beast. Dia dijaga oleh pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak. Mereka berdua cumalah rakyat biasa yang diamanahkan oleh ibunya iaitu Aria Garcia, dari keluarga bangsawan yang telah jatuh darjatnya, dalam erti kata lain miskin.Kisah kelahiran Juliana adalah begini, Aria melarikan diri dari Capital ke sebuah perkampungan. Terdapat sepasang suami isteri dengan baik hatinya, menumpangkan wanita itu dirumah mereka. Seminggu kemudian Juliana dilahirkan tetapi Aria meninggal dunia akibat tubuh badannya yang sudah semakin lemah. Dia sempat memberi nama dan kata-kata terakhirnya kepada anaknya iaitu, 'Sampai masanya nanti, anak ini akan bertemu dengan takdirnya.'
Sehingga ke hembusan terakhir Aria, pasangan itu langsung tidak tahu siapakah ayah kepada anak itu.
Disebabkan mereka berdua tidak mempunyai anak, mereka amat menyayangi Juliana. Tapi semakin budak itu membesar, mereka mulai mempersoalkan siapa ayah Juliana. Pada mulanya rambut Juliana sama seperti Aria, coklat terang dan matanya berwarna kelabu. Namun masa berlalu, perlahan-lahan rambutnya berubah warna, perang keemasan dan matanya berwarna ungu cair.
Ciri-ciri itu membuktikan dia bukan anak kepada rakyat biasa. Matanya menunjukkan dia adalah salah seorang Gregorios dan warna rambutnya hanya dijumpai oleh keluarga diraja sahaja. Hampir sahaja mereka berdua pengsan selepas mendapat tahu perkara itu. Orang kampung yang mengetahui hal itu hanya merahsiakan sahaja perkara tersebut.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasiaApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...