Chapter 68: Delaney

108 19 0
                                    

Lucas menyelak kertas yang berada diatas meja tanpa membacanya dengan rasa bosan. Namun sekurang-kurangnya dia dapat tahu yang orang-orang di menara ini membuat kerja, lalu dia menyusunnya kembali ke dalam fail.

"Lucas Delaney."

Suara seorang lelaki yang datang dari belakangnya hanya membuatkan pergerakannya terhenti untuk seketika sebelum dia berpaling. "Menjijikkan." Dia bergumam tatkala merasakan aura-aura yang langsung tidak disukai olehnya. "Apa kau buat disini?" Soalnya, tajam.

Hubert tersenyum. "Aww, salah ke melawat keluarga sendiri, Lucas Delaney?" Dia sengaja menyebut nama Lucas dengan jelas oleh kerana dia tahu betapa bencinya lelaki itu dengan nama belakangnya.

Lucas merenung dingin sepupunya itu sambil menyilangkan lengan. Lalu dia secara tiba-tiba mengangkat tangannya dan menyerang lelaki tersebut. Apabila asap kelabu telah pun pudar, bunyi seseorang ketawa perlahan kedengaran disebelah telinganya. Dia segera menoleh dan melangkah beberapa tapak ke belakang.

"Sungguh tidak sopan." Kata Hubert masih lagi dengan senyuman yang mampu menjengkelkan Lucas.

Lucas kemudian cuma tersenyum sinis. "Pengecut. Hantar sekadar bayang-bayang ke sini, memalukan." Sindirnya.

"Bukannya seperti kau, aku ada lebih banyak kerja yang perlu diselesaikan."

"Seperti apa? Memalukan diri kau sendiri?" Ingin sahaja dia membunuh lelaki itu sekarang tetapi mahu bunuh apa jika ia hanyalah bayang-bayang? Lagipun ianya sia-sia sahaja jika menyerangnya kerana ia boleh muncul semula seperti tidak ada apa-apa terjadi sebelum ini. Jadi lebih baik dia simpan tenaga magiknya dengan perkara yang lebih berbaloi.

"Aku dengar yang kau rapat dengan keluarga diraja Eurasia lagi-lagi putera mahkota." Hubert hampir tertawa apabila terlihat riak wajah Lucas yang sedang marah. "Kenapa? Kenapa beri riak wajah itu? Bukannya aku akan melakukan apa-apa kepada mereka."

Lucas cuba sedaya-upaya untuk mendiamkan dirinya. Lebih baik dia tidak berkata apa-apa kepada lelaki itu. Semakin dia membalas, semakin lelaki itu terus kekal disini. Senyuman yang dari tadi menghiasi wajah Hubert langsung tidak menghilang dan hal itu membuatkan dia berasa sakit hati.

"Kau benar, aku seorang pengecut..." Tangannya diletakkan didada. "...siapalah aku jika dibandingkan dengan kau, Lucas Delaney."

"Diamlah."

"Jangan begitu. Kita keluarga." Lembut Hubert berkata tetapi senyuman sinis yang dipamerkan seperti berkata sebaliknya. "Lucas."

Mage itu mula memberi perhatian terhadap lelaki itu. Nampaknya baru sekarang dia mahu memberitahu tujuan sebenar dia ke sini.

"Belum terlambat untuk kau memilih pihak." Jarinya bermain-main dengan barang-barang diatas meja mage itu. "Kalau pun kau tidak mahu memilih pihak kami..." Secara tiba-tiba dia bertukar menjadi asap hitam dan hilang. "Sila jangan masuk campur. Duduk saja diam-diam di menara ini seperti ketua magik sebelum ini."

Lucas terdengar suara lelaki itu dibelakangnya. Bibirnya diketap. "Tch, duduk diam-diam?" Dia berpaling. "Aku bukan macam dia."

"Oh, macam itu. Jadi itu bermakna kau akan terus berpihak kepada orang Eurasia?"

"Ada orang lain ke perlu aku sokong?" Soal Lucas dengan rasa menyampah.

Hubert hanya tertawa kecil. "Begitu...baiklah. Jadi sila jaga baik-baik putera kesayangan kamu itu. Selamat tinggal." Kemudian dia hilang. Aura yang menjijikkan bagi Lucas itu turut pergi bersamanya.

Lucas cuma berdiam diri sahaja. 'Nasib baik aku ada ambil lebih buah pohon kehidupan. Aku tak rasa kali ini sama seperti sebelum ini. Hubert bukannya dungu. Dia mesti sudah tahu yang masa telah pun diputarkan kembali.' Fikirnya lalu dia melangkah keluar dari biliknya itu.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now