"Theo, Lucas, jika tidak keberatan, boleh tak kamu berdua keluar? Kami bertiga ingin berbual bersendirian disini."
"Baiklah, tuanku." Theo memandang Lucas, menjangkakan untuk dia berdiri dan keluar bersamanya.
Mage itu merenung seketika putera mahkota sebelum mengangguk setuju dan melangkah meninggalkan bilik tersebut.
"Pertama sekali, kekan...abang gembira yang kamu pulang juga akhirnya." Louis memulakan perbualan. "Kedua, abang cuma mengusik Anne sahaja tadi." Dia tertawa kecil. "Dan, kenapa wajah kamu berdua nampak pucat? Kamu takut ke?" Dia tersenyum sambil mengenyitkan sebelah matanya.
Asher mengalihkan pandangan sementara Anastasia tersentak. Disebabkan kata-katanya benar, suara puteri itu gementar ketika bercakap. "A...abang, bilik abang nampak cantik! Abang ubah suainya ke?" Dia turut tersenyum manis bagi menyembunyikan perasaannya.
"Ah...ya." itu sahaja dibalasnya. 'Anne tak nafikannya, jadi betullah itu.' Pandangan Louis dialihkan ke dekorasi biliknya. Berdasarkan bilik ini sahaja dia tahu yang dia ini dahulu sukakan perkara yang cantik dan sekiranya dia mengingati biliknya yang sebelum ini, ia terlalu kelihatan mewah dan...merah. Belum lagi disebut tentang pakaiannya. 'Well, itu aku akan salahkan pada diri aku yang satu lagi, iaitu Melissa. Ha ha ha.'
Mereka berdua melihat Louis meletakkan kembali cawannya dan menatap mereka dengan pandangan yang lembut.
"Maafkan abang untuk semua benda yang abang lakukan pada kamu berdua dahulu walaupun kamu berdua tidak ingat..." Pintanya. 'Tapi aku pasti Anastasia tahu semua tentang hal itu disebabkan dia baca novel tersebut...ini semua salah Louis yang asal! Eh, akulah itu.' Jarinya bermain dengan hujung rambutnya dan dia pun menyambung kembali. "...waktu itu abang bukanlah berada dalam keadaan yang sedar, well, itu cuma alasan tapi abang mengaku abang bersalah. Walaupun kamu berdua tidak mahu maafkan abang..."
Anastasia terpempan untuk seketika selepas mendengar kata-kata abangnya itu. "Abang." Panggilnya.
Asher hanya mengambil nafas berat sahaja melihat mereka berdua. 'Aku tak mahu terlibat dalam drama ini. Anggaplah aku tak wujud disini. Aku berada didalam duniaku sendiri, disini.' Dia mengerling Anastasia yang seperti mahu menangis sambil bercakap dengan kekanda mereka. 'Jadi, nampaknya kami tidak perlu risau lagilah mengenai abang, kan? Tinggal masalah berkaitan dengan ayahanda sahaja lagi. Tunggu, aku dengar bakal ada peperangan dalam masa terdekat ini. Hurmm.'
"Asher!"
Panggilan itu mengejutkannya. Dia segera menjawab, "Ah, y-ya?"
"Mari sini." Lalu Anastasia segera menarik tangan Asher untuk mendekatinya.
"Apa kau buat ini?"
"Kita berpelukanlah, apa lagi."
Louis menggeleng-gelengkan kepalanya dengan senyuman sambil mendepakan tangannya. "Kamu berdua boleh peluk abang tapi jangan secara tiba-tiba seperti dahulu, okay?"
Anastasia dengan gembiranya mengangguk sementara Asher cuma mengangguk kecil.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
[ Hello, Puteri Juliana. Maafkan patik kerana tidak dapat membalas surat-surat yang tuanku hantar kepada patik beberapa minggu yang lepas. Pada masa itu patik berada jauh dari rumah. Jadi untuk menggantikan perkara tersebut, patik sendiri akan pergi ke istana dan melawat tuanku.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...