"Jadi apa yang adinda mahu katakan ialah...Hubert adalah Raja Adoria, begitu?"
Asher membuka mulut seperti ingin bersuara namun dia cuma diam tidak menjawab. Berasa tidak yakin dengan jawapannya.
"Hmm, jangan risau. Abang pun berfikir begitu."
"Huh?"
"Asher, adinda tahu siapa diri Lucas yang sebenarnya?" Soal Louis, dan senyuman yang berada di bibirnya itu kelihatan seperti dia sedang bermain-main sahaja.
Kening Asher berkerut kehairanan. Kenapa secara tiba-tiba kekandanya bertanyakan tentang Lucas pula?
"Abang akan ambilnya sebagai tidak." Louis kemudian duduk diatas sofa bersebelahan dengan adindanya. "Dulu abang pernah bertanya kepada Lucas apa nama keluarganya kerana warna mata berwarna merah sangat jarang ditemui dan lagi abang cuma tahu terdapat beberapa keluarga bangsawan di luar negara serta kerabat diraja Teskia sahaja yang memilikinya. Ianya mengambil masa yang lama juga untuk dia beritahu. Namun ianya agak mengejutkan bila mengetahui yang Lucas sebenarnya seorang putera."
"Apa? Putera? Adoria ke?"
"Betul itu."
Tangan Asher dibawa ke mulut. Jikalau ianya benar, maka Lucas dan Hubert mempunyai pertalian darah.
"Tapi itu masih tak menjelaskan dari mana dia dapat warna matanya itu. Lucas sendiri pun tidak tahu." Louis cuba mengingati kembali perbualannya bersama mage itu dikehidupan pertama dahulu. "Dan lagi, dia tak seberapa berkenan dengan keluarganya disebabkan dia dihalau dari istana sewaktu dia dari kecil. Jadi yang menjaga dia adalah ketua mage menara sebelum dia. Jadi jangan tanya apa-apa tentang ini dekat dia. Kalau nak tanya juga, jangan cakap abang yang beritahu."
"Ba, baiklah." Asher mengangguk sahaja sambil matanya tidak lepas memandang wajah kekandanya. Terlihat beberapa helai rambut Louis terjatuh ke atas wajahnya disebabkan dia menunduk sedikit. Ditambah lagi dengan sinaran matahari yang dibiaskan ke dalam bilik kekandanya, ini membuatkan dia terfikirkan sesuatu. 'Abang memang ada nampak macam perempuan. Eh, tapi rupa aku dengan Anastasia serupa. Yang lainnya cuma jantina saja. Hurmm, macam mana agaknya diri abang kalau jadi perempuan ya? '
"Asher..."
Asher tersentak tatkala terdengar namanya dipanggil.
"Abang ada sebab tersendiri kenapa abang percaya Hubert adalah Raja Adoria..."
"Adinda faham."
Louis cuma tersenyum nipis. "Dan sekarang, abang mahu keluar."
Asher hanya membalas dengan anggukan sahaja sebelum keluar dari bilik tersebut.
Louis sebenarnya merancang mahu pergi ke kasino, oleh itu dia membawa kad pengenalan palsu serta topeng muka mewah yang boleh digunakan di pesta tarian. Mereka berdua kemudian berangkat ke sana tatkala sudah berada didalam kereta kuda.
"Jadi...ke mana kita mahu pergi?" Soal Viktor.
"Kasino. Ambil ini."
Viktor segera menangkap topeng muka yang dibaling oleh putera itu. Dia tidak tahu apakah sebab sepupunya ingin ke sana, tetapi perkara ini boleh mengisi masa lapangnya. Jadi dia langsung tidak kisah.
Kereta kuda itu tiba dihadapan kasino. Suasana disitu agak bising dengan suara orang-orang bercakap disana sini.
Selepas sahaja menukar warna rambut, memakai topeng muka dan turun dari kereta kuda itu, seorang pekerja kasino yang menunggu dihadapan pintu masuk segera mengiringi mereka ke dalam selepas sahaja Louis menunjukkan sekeping kad kepadanya. Pekerja itu serta merta mengetahui bahawa lelaki ini adalah seorang yang penting disebabkan kad itu diberikan sendiri oleh pemilik kasino ini.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...