Chapter 29: Mimpi?

237 33 0
                                    

CRASH!

Cawan kaca yang terjatuh langsung tidak dipedulikan oleh Charles. Dia berjalan terhuyung-hayang dengan tangan dikepalanya. Hujan terus-menerus membasahi bumi sejak dari tadi.

"Ugh..."

Butir-butir peluh mula keluar dari kulitnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Butir-butir peluh mula keluar dari kulitnya. Seluruh kepalanya terasa sakit dan penglihatannya semakin lama semakin kabur setiap saat. Rasanya seperti kepalanya boleh meletup sahaja. Charles sedaya upaya menahan sakit kepalanya dan membuatkan dia hilang keseimbangan. Dia secara tidak sengaja menolak pasu kaca dan mengakibatkan ia pecah dilantai.

"Juliana...!" Panggilnya, terdesak. Dia tak mampu sudah menahannya. Apa yang dia tahu dia perlu memanggil anak saudaranya untuk menghilangkan rasa sakit kepalanya itu. "JULIANA!"

Juliana segera masuk ke bilik Charles dengan tergesa-gesa. "Uncle!" Dia melutut dihadapan Charles yang sedang terduduk dilantai itu. "Sakit kepala Uncle datang balik ke?"

"Ugh..." Charles mengerang kesakitan.

"Uncle..." Juliana cuba sedaya upaya untuk memulihkannya tapi segala magik perubatan diketahuinya langsung tidak berguna.

"Apa yang berlaku?" Seorang maid yang sedang menutup langsir bertanya. Mereka berdua dapat mendengar jeritan raja memanggil puteri dari luar bilik, tetapi mereka tidak akan boleh melakukan apa-apa disebabkan mereka cuma maid biasa diistana.

"Yang mulia dalam keadaan sebegini..."

Untuk seketika cahaya kilat dari luar menerangi bilik yang suram itu dan secara tiba-tiba...

Boom!

Bunyi petir menenggelamkan suara perbualan maid itu.

"Baginda hampir tidak dapat menguruskan tugas harian, apalagi memerintah negara. Baginda nampaknya sangat terkesan dengan kemangkatan putera mahkota."

"Istana juga begitu huru-hara akhir-akhir ini. Khabar angin itu tidak benar, bukan?"

"Khabar angin apa?"

Seseorang muncul didalam bilik raja itu.

"Kau tak dengar ke?"

Shwaaaa...

Hujan semakin lebat.

"Dengar apa?"

'Apa patut aku buat? Apa patut aku buat?' Fikiran Juliana mula panik dan seluruh tubuhnya menggigil ketakutan apabila Charles masih lagi mengerang kesakitan.

"Jangan beritahu sesiapa..." Maid itu mula mendekatkan dirinya dengan maid yang satu lagi.

"Juliana." Seorang lelaki melangkah mendekati puteri itu.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now