"Hmm~, sedapnya kek cawan ini."
Estelle cuma tersenyum melihat Cassandra sedang menikmati kek cawan yang baru sahaja dibakarnya tadi.
Didalam kawasan taman perumahannya, mereka berdua duduk di kerusi dengan air teh serta manisan diatas meja.
"Oh, kau ada bagi kek cawan dekat Louis, bukan?" Soal Cassandra, teruja.
Mata Estelle terbeliak sedikit. "Macam mana kau tahu?"
"Well, um...aku ada ambil satu semalam." Wanita itu mengalihkan matanya ke arah lain sambil menggigit kek yang berada ditangannya. "Aku pasti yang Louis tak akan kisah punya lagipun aku ada tinggalkan pesanan."
Estelle tidak tahu reaksi apa yang perlu dia berikan. Dia tidaklah marah dengan kelakuan wanita itu. Lalu dia menghirup air tehnya.
"Estelle, kau betul-betul kena berterima kasih dengan aku, kau tahu?" Cassandra menyilangkan kedua lengannya. "Aku yang buatkan Louis berjumpa dengan kau."
Cawannya diletak. "Aku tahu, itulah kenapa aku hidangkan semua ini."
Cassandra tertawa kecil. "Aww, sudahlah cantik, pandai memasak pula itu...hmm~!" Dia memuji sekali lagi sambil mengunyah kek cawannya itu. "Kalau kau jadi lelaki mesti banyak yang suka kau termasuk aku tapi aku tak rasa diri kau yang sekarang ini sesuai jadi lelaki lagipun aku tak seberapa minat dengan perempuan. Dan...ahem." Dia tersenyum sendiri. "Couple doll, ya? Hahaha! Oh, ada satu lagu yang sesuai untuk kau." Dia berdehem seketika. "Ku mulai merasakan rasa cinta~ Cinta yang tumbuh disetiap saat~ Ku lukis semua kisah yang nyata~ Agar semua tak berakhir~."
Estelle hanya diam menikmati air tehnya sambil mendengar Cassandra menyanyi. Sekurang-kurangnya suara wanita itu sedap didengari.
Jika mahu diceritakan bagaimana dia boleh mengenali ahli sihir masa itu, ianya telah hampir lima bulan berlalu selepas pertemuan pertama mereka.
Pada malam letupan magik Putera kedua dan Puteri pertama berlaku, wanita itu datang memasuki biliknya melalui tingkap. Cassandra memperkenalkan dirinya dan memberitahu Estelle jika dia mahu mengetahui apa yang benar-benar terjadi pada waktu itu. Dia agak terkesima serta takut kerana wanita yang tidak dikenali berada di biliknya secara tiba-tiba. Walaupun begitu, dia membalas persoalan tersebut dengan anggukan sahaja.
Apa yang dia tahu selepas itu hanyalah dia mula berasa mengantuk dan perlahan-lahan meninggalkan alam realiti sebelum masuk ke dalam memori waktu silamnya atau lebih tepat lagi, memorinya pada waktu sebelum diputarkan masa dan di kehidupan yang seterusnya.
Bila Estelle membuka matanya semula pada keesokkan pagi, dirinya secara automatik pergi melangkah menghampiri cermin. Dengan kulit cerah bagaikan salju, rambut berwarna merah jambu terang seperti gula-gula kapas dan warna mata hijau cair.
"Ini...aku ke? Aku baru sedar betapa cantiknya aku."
Itulah apa yang dikatakannya selepas sahaja melihat dirinya.
Estelle meletakkan jari indeksnya sambil berfikir. 'Jadi di kehidupan pertama aku, masa diputarkan kembali. Kalau tak silap aku, waktu itu suasana agak kucar-kacir dengan kehilangan Puteri Juliana selepas kemangkatan Raja. Sementara di kehidupan kedua pula, semasa memandu kereta dijalan raya, bunyi hon yang kuat kedengaran sebelum kereta aku senget ke tepi dan dengan rasa terkejut aku hilang kesedaran. Aku andaikan mungkin aku terlibat dalam kemalangan jalan raya dan berdasarkan apa yang aku lihat, lorilah yang melanggar kereta aku.' Lalu dia mengangguk-anggukkan kepalanya sendiri. 'Aku bersyukur yang aku dapat hidup lagi. Aku cantik, berasal dari keluarga yang senang dan mempunyai rakan yang baik serta aku mula perasan yang dunia ini ada ditulis menjadi sebuah novel dengan Puteri Anastasia menjadi watak utama. Iaitu The Princess Mission To Live.'
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...