Louis mengangkat tangan dan dengan sekali gerakan...
KLAK!
...pintu balkoni tertutup dengan sendirinya.
Bahunya tersentak. Senyuman dibibir Joshua segera memudar. "What the... How rude." Gumamnya. "Hei! Buka!" Sekali lagi dia mengetuk pintu cermin bilik putera itu namun tiada balasan. "Tch, sekarang bila aku fikirkan balik, kenapa aku pergi ke sini? Well, apa-apa sajalah." Dia mengetuk lagi tetapi kali ini lebih kuat.
Swish..
"Ah... akhirnya." Ujar Joshua apabila pintu balkoni dihadapannya terbuka semula. Kemudian, dia mengambil langkah untuk memasuki bilik itu.
"Tunggu."
Namun suara seseorang menghentikan pergerakannya.
"Kalau tak silap aku kita pernah berjumpa, bukan?"
Joshua melihat yang Louis telah pun bangkit dari katil dan sedang berjalan ke arahnya sambil menyilangkan lengan. "Sudah tentulah." Dia membalas selamba dengan senyuman yang seperti sedang mengejek putera tersebut.
Kening Louis berkerut sedikit. "Apa kau buat disini?" Soalnya.
Joshua tidak memberikan balasan dan hanya melemparkan pandangan yang licik kepada Putera Eurasia itu. Lalu, secara tiba-tiba dia menghilang menjadi asap-asap kelabu kehitaman dan... "Kenapa salah ke?"
Louis memejamkan matanya sebentar sebelum berpaling ke belakang. "Kau katakan hari itu yang nama kau Joshua, bukan?"
"Ah, jadi kau masih ingat." Balas Joshua, mengundur setapak dan untuk seketika dia terlihat mata lelaki itu bersinar kebiruan sebelum ianya hilang.
Louis tersenyum kecil. "Jadi, apa yang buatkan Putera Adoria datang ke sini?"
Joshua terkedu tetapi selepas itu dia tertawa dan cuba menahannya. "Oh, my. Sudah tentulah kau tahu aura pengguna magik gelap."
"Putera Joshua Delaney. Biar aku tanya sekali lagi. Apa kau buat disini?" Tiada lagi senyuman yang berada dibibirnya dan yang tinggal hanya wajah tanpa ekspresi.
"Louis de Reinhold, aku tertanya-tanya. Adakah dikau pernah merasa penat dengan rupa kau sendiri...?"
"Tidak."
"Benarkah?" Joshua hampir tergelak dengan jawapan putera itu. "Hmm, kebanyakan orang yang memiliki wajah yang rupawan akan lelah dengan pujian yang diberikan. Jadi jikalau begitu, bolehkah aku mengambil dan menjadikan dikau koleksi patung peribadi aku?" Selepas melihat tiada tanda-tanda perubahan reaksi dari Louis, dia menyambung lagi. "Patung yang aku boleh pandang setiap hari dan setiap masa. Yang boleh aku gunakan pada bila-bila masa sahaja bagaikan patung boneka dengan tali dibadannya. Apa pendapat kau?"
"Jadi kau mesti meminati patung, bukan?" Dengan senyuman yang dingin, Louis bertanya tenang.
"Ya, sehingga dia tidak sedar siapa dirinya lagi dan, ugh...!" Seluruh badan Joshua tersentak dan tanpa kerelaan, kedua kakinya melangkah dengan sendiri keluar dari bilik tersebut ke ruang balkoni. "Tu, tung, tunggu. Ugh..." Dia mengerang kesakitan apabila perutnya melanggar tiang penghadang dan dia mula berasa panik selepas separuh badannya sudah berada diluar tiang penghadang itu. Air liurnya ditelan. Jarak diantara tingkat ini ke tanah mampu membuatkan dia tercedera atau mungkin lebih teruk lagi. Dia cuba untuk menyekat magik yang digunakan oleh putera itu namun ianya langsung tidak berhasil.
"You should bite your tongue when you had a chance, Prince Joshua. Tidakkah kau dapat baca ekspresi rupa aku tadi? Kau nampak macam orang bodoh." Serentak itu, Louis menghayunkan sedikit tangannya.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
خيال (فانتازيا)Apabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...