Chapter 56: Sejarah

147 21 4
                                    

Pada tahun 1457, Eurasia dan Teskia telah menandatangani perjanjian keamanan serta jalinan persahabatan diantara kedua negara. Ahli Sihir Masa, Ketua Mage Menara Magik, Pemegang Utama Magik Cahaya dan Gelap juga terlibat dalam perjanjian tersebut.

Beberapa tahun kemudian, kedua-dua negara itu menjajah daerah-daerah berdekatan mereka dan membuatkan negara mereka berkembang menjadi sebuah Empayar. Disebabkan itu, Raja Eurasia menitahkan agar ketiga-tiga orang yang setia berjuang bersamanya diberikan pangkat Duke.

Lelaki bijaksana dengan sihir putih, Duke Lopez yang bermaksud, serigala. Lambang kesetiaan, kerjasama dan perlindungan.

Kesatria yang gagah perkasa dengan kemenangan yang gemilang sepanjang masa, Duke Gregorios. Dengan lambang kegemilangan serta amaran kepada musuh.

Lelaki yang memegang nama panggilan, 'The Feared Blade of Eurasia' dalam kalangan tentera kerana semua jasanya dalam ketenteraan, Duke Fortin yang bermaksud kekuatan serta melambangkan pertahanan Eurasia.

Dan orang paling berkuasa di Empayar itu, Raja Eurasia de Reinhold, dengan magik yang dipanggil sebagai bintang keemasan, ketua yang akan menunjukkan jalan ke arah kejayaan. Dengan kemurahan hatinya, baginda telah pun menganugerahkan kuasa magik atau keistimewaan kepada pengikut-pengikutnya dan menjadikan mereka orang bangsawan.

Raja juga memberikan tanah kepada ketiga-tiga Duke itu untuk menjaga dan memerintah serta menjadi pembantunya dalam memajukan Empayar Eurasia...

_______

Asher meletakkan kembali buku tebal itu diatas meja lalu mengurut-ngurut dahinya.

"Kenapa kau tiba-tiba baca buku sejarah itu?" Anastasia menyoal sambil mengeluarkan seekor burung biru dari sangkar.

"Aku ada terdengar pada masa akan datang, akan ada peperangan diantara empayar kita dan Teskia. Jadi sekarang, aku cuba mencari maklumat yang berkaitan dengan peperangan itu. Ianya agak membimbangkan buat aku walaupun ada kemungkinan besar kita tidak akan terlibat sama sekali dalam perang saudara ini. Tambahan lagi, kita langsung tidak menceburi bidang politik dan ini menjadikan kuasa kita didalam empayar ini berada dibawah pangkat Duke, jika tidak disokong oleh ayahanda atau kekanda."

"Hurmm, ya. Kau benar." Anastasia melihat kaki burung itu bertenggek diatas jarinya.

"Tuanku maafkan saya tapi bagi saya ianya lebih baik tuanku berdua tidak terlibat dalam peperangan yang akan datang. Ini untuk keselamatan tuanku juga." Kata Lydia, selepas sejak dari tadi hanya mendengar sahaja huraian dari puteranya itu.

Tap!

Tap!

Tap!

"Puteri!"

Suara jeritan seorang wanita dan bunyi orang sedang berlari, mengalihkan perhatian mereka.

"Puteri!" Maid Hannah memasuki ruang tamu peribadi kembar diraja itu. "Tuan muda kedua dari keluarga Lopez telah datang untuk berjumpa dengan tuanku!"

"Kenapa secara tiba-tiba dia meminta untuk berjumpa dengan tuan puteri? Dia langsung tidak memberikan notis kedatangannya kepada kita terlebih dahulu." Jawab Lydia.

"Kami telah beritahunya yang dia buatkan keadaan semakin janggal tetapi katanya dia mesti bercakap dengan tuan puteri." Hannah membalas. "Patutkah patik menolak saja?"

'Ah...Ezekiel.' Anastasia teringat kembali mahkota bunga yang dibuat oleh lelaki itu pada sepuluh hari yang lepas. Dia mengeluh untuk seketika. Jika dia tahu sebarang mantera magik yang dapat mengekalkan kecantikan bunga tersebut, sudah lama dia lakukan lalu dia menoleh melihat Hannah yang memandangnya dengan penuh harapan. "Tidak, beta akan memberikan dia kebenaran untuk bertemu dengan beta. Beritahu dia, beta akan tiba sebentar lagi." Katanya sambil memasukkan kembali burung biru itu ke dalam sangkarnya.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now