Chapter 26: Tea party again...

255 35 0
                                    

Louis mengelap rambutnya sebelum memberikan tualanya itu kepada Theo dan berkata, "Sediakan teh."

"Baik, tuanku."

Louis menghempaskan dirinya diatas tilam. Baru sahaja petang tadi dia berbicara dengan Asher. Bila dia tahu yang musim bunga Lapliea sudah pun tiba, dia segera mengambil bukunya. Pakaian Anastasia yang diterangkan oleh Asher sama seperti apa yang ditulisnya. Seperti gaun Alice in Wonderland. Kemudian, apabila adindanya telah pergi, dia segera teleport ke perpustakaan peribadi Anastasia untuk melihat apa yang bakal berlaku. Dia yakin yang ianya berbeza dari jalan cerita asal. Sambil-sambil itu dia sempat lagi membaca novel-novel disitu. Tak sangka pula dia yang adindanya mempunyai koleksi buku genre boy love. Tapi yang mengejutkan dia, mengapa Ezekiel bertanya yang adakah dia suka Juliana. Ini mesti kerja Ethan, kan?

Louis berdiri dan membuka jubah mandinya untuk menukar kepada pakaian tidur. Selepas itu, dia kembali berbaring diatas tilam selepas mengambil surat khabar dan membacanya. Pencetakan surat khabar diantara orang bangsawan dan rakyat berlainan. Surat khabar orang bangsawan, memberitahu tentang hal politik semasa, fesyen terkini, sukan, jenayah, dan perkara-perkara yang terjadi diluar empayar manakala surat khabar rakyat banyak ditulis tentang gosip orang bangsawan, hal politik, sukan, cuaca dan beberapa hiburan.

Kemudian, terdengar bunyi seseorang mengetuk pintu biliknya sebelum pintu itu terbuka. Louis duduk dan mengambil cawan berisi air teh itu setelah Theo meletakkannya dimeja sebelah katilnya.

"Hmm, nampak seperti ada sesuatu yang terjadi di empayar Teskia baru-baru ini, ya." Kata Louis, menghirup sedikit tehnya.

"Patik ada dengar yang mereka ingin berperang dengan kita." Balas Theo.

"Tak mengejutkan. Kalau perkara itu berlaku mungkin kita patut suruh sahaja pakar magik untuk racun mereka. Bukankah lebih mudah begitu? Hapuskan komander mereka, bakar tempat berkumpul mereka dan hurmm..." Louis diam seketika. "...dan lihat apa yang akan terjadi selepas itu."

"Patik fikir kita juga perlu berhati-hati tuanku. Mereka juga ada pakar magik mereka tersendiri."

Louis tersenyum. "Itulah sebabnya kita perlu buatkan ketua mage dimenara berpihak dengan kita."

"Patik dengar agak sukar untuk buatkan ketua itu tunduk dengan kita oleh disebabkan kekuatan magiknya setaraf atau mungkin lebih dari keluarga diraja."

"Itu tak akan jadi masalah tapi disebabkan perjanjian itu, empayar kita dan mereka tak boleh memusnahkan sesama sendiri jadi kita ada hadnya. Gunakan magik sahaja tak membantu ianya mungkin memburukkan lagi keadaan."

"Patik cadangkan kita lihat balik sejarah peperangan antara empayar kita dan empayar Teskia."

"Ya, tapi kau tak rasa pelik ke, kenapa mereka mahu menyerang kita tanpa alasan yang kukuh?"

"Tak pasti, mungkin mereka tengah kebosanan." Kata Theo tanpa menunjukkan sebarang emosi.

Louis memalingkan wajahnya melihat Theo. "Kau buat lawak ke?"

"Ya, tuanku."

Louis terdiam dan segera menghabiskan air tehnya. "Aku rasa kamu boleh pergi sekarang." Dia meletakkan cawannya diatas dulang.

"Baik, tuanku." Kata Theo sambil menunduk sedikit dan berlalu pergi.

Louis termenung seketika sebelum meniup api lilin disebelahnya dan menyelimuti dirinya untuk beradu.

***


Keesokan harinya, Louis dipanggil ke mesyuarat bersama ayahnya dan orang-orang bangsawan. Membincangkan tentang perkara yang sama dia dan Theo bualkan semalam. Disebabkan perkara ini belum dirasmikan oleh raja Teskia, jadi Charles memerintahkan untuk tidak membenarkan orang luar tahu selain mereka yang berada dibilik itu.

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now