Lucas Delaney. Dia adalah seorang Putera kerajaan Adoria. Dia juga boleh menjadi Raja Adoria jika abang sepupunya, Jayden Hubert, tidak mempunyai pewaris. Namun, sudah tentulah itu tidak akan berlaku. Malah Lucas sendiri pun mengetahuinya.
Dia tidak dapat mempelajari magik gelap dengan baik, sebaliknya dia hanya mampu mengeluarkan magik yang biasa.
Walaupun begitu, semasa Lucas masih kecil, dia sudah mampu mengalahkan dua orang pakar magik menara secara serentak akan tetapi bukan itu yang atuknya mahukan.
Atuknya seorang yang 'racist' dan masih lagi berfikiran kuno. Oleh itu, dia tidak menyukai seseorang yang tidak sama dengannya serta yang tidak dapat mengikuti protokol dan tradisi diraja. Dan ketika itu, Lucas adalah seorang budak yang agak nakal malah tidak suka mendengar cakap lagi.
Mungkin itu ialah salah satu sebab dirinya dihalau. Siapa tahu? Mereka yang menghalau dirinya pun sudah meninggal dunia.
Akhirnya, Lucas tiba juga dihadapan Istana Sapphire. Semalaman dia berehat setelah menggunakan magik teleport dari Arlanta ke Eurasia. Dan kini, dia pulang.
*
*
*
*
*
Berita Duke Ghislain telah pun sedar dan suspek sudah dikenalpasti telah sampai di pengetahuan para bangsawan.
Kebanyakan para bangsawan berasa tertanya-tanya, siapakah yang cuba meracun Duke Fortin? Ianya sangat mencurigakan lagi-lagi bagi kumpulan pembangkang. Mereka ada terfikir yang ini semua mempunyai kaitan dengan Putera Mahkota lagipun ia berlaku didalam istana malah Duke Fortin juga dirawat disana. Maka, bukankah ianya memusykilkan?
Oleh sebab itu pada hari ini, Marquess Ronan mengadakan mesyuarat kecemasan serta merta apabila semua maklumat yang diperolehinya sudah mencukupi.
Ketika ini, hampir semua orang yang dia jemput telah hadir di istananya. Orang-orang bangsawan mula berhenti berbual dan duduk di kerusi yang telah disediakan apabila terlihat Marquess Hart sudah berdiri dihadapan mereka semua.
"Pertama sekali...terima kasih kerana menerima jemputan saya untuk mesyuarat yang secara tiba-tiba ini." Ronan berkata dengan penuh yakin. "Kita telah hidup bersembunyi, menunggu peluang kita. Pada ketika bintang yang angkuh bersinar terang mula malap, disitulah masa untuk perubahan kuasa. Dan masa itu ialah sekarang. Sudah tiba masanya untuk kita bangkit bersama-sama...dan biarkan bintang itu jatuh di empayar Eurasia ini!"
Orang-orang bangsawan yang hadir memberi tepukan tangan bersama selepas mendengar ucapan yang ringkas namun bertenaga itu.
"Saya telah mendapat maklumat yang penting..." Sambung Ronan sambil memegang beberapa helai kertas. "Kamu semua mesti sudah maklum mengenai letupan di kapital dan berita Duke Fortin telah pun sedar, bukan? Apa jadi jika saya katakan hal ini berkait dengan Putera Mahkota?"
Hampir kesemua yang hadir berpandangan sesama sendiri. Tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh Marquess itu. Walaupun ianya boleh menjadi kemungkinan tetapi ia masih mengejutkan mereka.
"Terima kasih kepada Countess Hastings, Tuan Yeager dan beberapa orang yang lain kerana banyak membantu didalam mengumpulkan semua maklumat ini. Ini ialah salinan dokumen 'barangan' di kasino, batu rakaman semasa kejadian letupan itu berlaku serta laporan doktor yang merawat Duke Fortin." Bibir Ronan mula membentuk senyuman. "Kamu tahu, apa yang doktor itu tulis didalam laporan ini?"
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasyApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...