Chapter 3: The fifth birthday

1K 80 12
                                    

Ingin sahaja Louis ketawa pada waktu ini. Hari ini adalah hari jamuan ulang tahunnya. Pagi tadi dia dikejutkan seperti seperti hari-hari biasa hanya untuk dibawa terus ke bilik mandi oleh maid dan butler. (Dalam jam 8 camtu)

Kelihatan beberapa maid sedang berlari-lari mengambil dan memilih pakaian serta barang kemas yang sesuai untuk diletakkan pada dirinya. Ini hari keputeraannya dan kali pertama dia didedahkan ke khalayak bangsawan jadi mereka mungkin sedikit cemas. Err, mungkin banyak.

'Well, okay. Aku rasa memang patut dia orang berkelakuan macam ini dan aku rasa mungkin aku perlu panik juga. Habislah...' Fikir Louis.

Setelah dua jam persiapan, akhirnya putera itu siap juga. Louis berdiri dihadapan pekerja istana itu untuk melihat reaksi mereka. Ada yang tersenyum, ada yang bangga dengan pakaian yang dipilih, ada yang ingin pengsan dan ada juga pipinya yang sudah kemerah-merahan. Ya, pelik tapi benar.

Sarah menepuk tangannya untuk mengambil perhatian maid dan butler disitu. "Baiklah, tuanku perlu pergi sekarang. Patik pasti baginda raja sedang menunggu tuanku."

Apabila Louis keluar, dia terlihat Felix yang sedang menunggunya. Dia nampak agak terkejut melihat Louis yang berpakaian rasmi putera untuk pertama kalinya. Sebelum ini, Louis cuma berpakaian ringkas sahaja seperti kemeja dan seluar pendek.

Dari kejauhan, Louis terlihat Charles sedang membetulkan kolar baju lehernya. Dia segera berjalan kearah ayahnya.

"Whoa, papa nampak kacak hari ini." Puji Louis sambil memegang tangan Charles dengan terujanya.

Charles tersenyum dan mengambil keputusan untuk mengusik anaknya. "Dan Louis nampak comel hari ini lebih dari biasa."

Louis yang mendengar pujian itu secara tidak sedar memukul-mukul perlahan tangan Charles. "Mestilah." Gumamnya sedikit malu.

Charles sudah semestinya tidak kisah dengan pukulan anaknya itu sebaliknya dia menggenggam lembut tangan Louis dan berkata, "Mari kita pergi."

Louis mengangguk dan berjalan bersama Charles menuju ke sebuah pintu yang besar.

Tatkala juruhebah terlihat putera mahkota, wajahnya terus bersinar kegembiraan, dia dengan semangatnya mengumumkan ketibaan mereka berdua. "BERI LALUAN KEPADA YANG MULIA TUANKU RAJA CHARLES DE REINHOLD DAN TUANKU PUTERA MAHKOTA LOUIS DE REINHOLD."

Charles menunduk memandang Louis, rasa sedikit bangga melihat anaknya tidak menggigil kerana gementar malah hanya perasaan teruja dan kagum saja memenuhi wajah anaknya.

Orang bangsawan bersama-sama menunduk dan mengucapkan, "Kami ucapkan salam kepada raja dan putera mahkota empayar Eurasia."

Charles mengangkat tangannya menandakan mereka boleh teruskan perkara yang mereka lakukan sebelum ini. Kemudian, Charles membawa Louis ke kerusi takhta mereka.

Terdapat ramai orang yang hadir ke jamuan ini. Tidak dilupakan juga budak-budak yang berjalan bersama ibu bapa mereka. Disebabkan jamuan ini untuk putera mahkota yang telah pun berumur lima tahun, orang bangsawan membawa anak mereka dan mengharapkan anak mereka itu mendapat perhatian dari putera tersebut.

Seorang lelaki yang mempunyai rambut dan mata berwarna ungu bersama seorang wanita berambut coklat datang menghampiri keluarga diraja itu. "Kami ucapkan selamat ulang tahun yang kelima untuk putera mahkota."

"Terima kasih, sir..." Louis segera memandang ayahnya, dia tidak pasti siapakah lelaki itu.

Melihatkan wajah keliru milik putera itu, lelaki itu berkata, "Ah, maafkan patik atas kealpaan, nama patik Samuel Gregorios dan ini adalah isteri patik, Dahlia. Kami adalah duke dan duchess Gregorios."

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now