Juliana merenung kosong Marionette yang sedang menuangkan air ke dalam beberapa biji cawan diatas meja dengan cermat.
"Oh, dear Puteri Anastasia. Tuanku membesar dengan sangat baik setelah lama kita tidak berjumpa." Ujar Carla kepada Puteri Anastasia.
Edelene memandang sekilas puteri pertama itu. "Tuanku nampak bagus dan terlihat lebih dewasa berbanding dahulu."
"Itulah yang saya katakan tadi. Tidak lama dahulu, dia sangat kecil!" Helena pula bersuara selepas itu.
Anastasia tersenyum ceria lalu memberikan respons terhadap pujian mereka, "Terima kasih, kamu semua juga apa kurangnya." Ianya balasan yang agak membosankan, baru sekarang dia perasan.
Yang lain cuma mengiyakan sahaja dengan sopan sambil menghirup air teh mereka. Tiada seorang pun diantara mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Mereka datang ke sini pun disebabkan telah dijemput oleh Putera Mahkota, namun pada ketika ini Putera itu sedang berbual bersama dengan lelaki bangsawan yang lain.
"Puteri...!"
Semua orang mengalihkan perhatian mereka pada orang yang masuk ke tempat itu dengan terburu-buru.
"Lady Alice? Kenapa?" Soal Juliana. Dia dapat rasakan sesuatu yang tidak kena berlaku apabila terlihat air muka Alice yang nampak terkejut.
Alice menunduk sedikit. "Maafkan ketaksopanan saya, tapi saya ada berita buruk. Abang saya, Duke Fortin telah pengsan."
"Ghislain?" Violette tergamam.
Ianya tidak dijangka oleh mereka semua apabila baru sekejap tadi mereka diberitahu bahawa berita yang Duke itu sudah pun sedar tadi pagi.
"Ke, kenapa? Alice, apa maksudnya ini?" Soal Violette lagi.
"Saya sebenarnya sudah menjangkakan hal itu berlaku sekarang."
"Abang?"
Viktor cuma berupa tenang sambil berjalan memasuki ruang tersebut bersama-sama dengan Putera Mahkota serta lelaki bangsawan yang lain dan juga Putera Asher.
"Viktor...! Jangan cakap macam itu. Bunyinya seperti kau yang merancangkan semua ini." Tegur Leonard. "Kamu patut..."
"Baiklah, cukup Marquess Leonard. Sila duduk semua orang." Kata Louis apabila terlihat semua orang yang berada diruang tamu itu berdiri untuk menunjukkan hormat kepadanya. "Beta ada sesuatu yang penting mahu diberitahu kepada kamu tentang Duke Ghislain."
Selepas semua orang sudah duduk dikerusi masing-masing serta menyelesakan diri, entah mengapa riak wajah mereka kelihatan sedikit gugup tapi kemudian Louis membuka mulut untuk memecahkan suasana senyap ini.
"Mari kita mulakan topik dengan keadaan Duke Fortin sekarang. Lady Alice, bolehkah kamu memberitahu kami semua?"
Alice berdehem. "Ya, boleh. Selepas saja saya tiba didalam bilik yang diduduki oleh Duke, ada beberapa orang pakar perubatan yang berada disitu dan abang pula sedang berbaring diatas katil. Tidak lama kemudian, barulah mereka beritahu saya yang abang telah pun pengsan disebabkan racun itu masih lagi belum dapat dikeluarkan dengan sepenuhnya."
"Adakah Duke dalam keadaan yang teruk?" Soal Violette.
"Well, saya disuruh agar maklumkan perkara ini pada tuan putera dan puteri jadi saya tidak tahu banyak tentangnya." Kata Alice dengan sedikit rasa bersalah. "Mereka kata, mereka akan laporkan hal ini dengan lebih terperinci pada tuan putera dan puteri sendiri."
"Hmm, bila beta berjumpa dengannya tadi pagi, dia terlihat baik-baik sahaja." Kata Asher.
Rasa risau mula menular didalam diri mereka semua dek kerana tidak menjangkakannya dan tersedar bahawa racun tersebut ialah salah satu racun yang berbahaya. Tiada lagi penawar yang benar-benar boleh merawat orang yang diracun oleh racun Red Butterfly ini. Dan lagi sebagai maklumat tambahan, doktor menggunakan bantuan magik untuk cuba mengeluarkan racun tersebut dari badan Duke Fortin. Diantara mereka semua, hanya Louis dan Viktor sahaja yang terlihat tenang.
YOU ARE READING
The Royal Siblings
FantasiApabila Melissa membuka matanya, dia terus berfikir, 'Eh, tadi bukan aku kena langgar dengan kereta ke?' Tidak lama kemudian baru dia tersedar, dia berada didalam sebuah novel yang baru sahaja dihabiskannya sebelum dia dilanggar. Mungkin itu salah d...