Chapter 69: Kisah lampau

131 16 0
                                    

"Hello, Duke Lopez."

"Selamat datang, Countess Hastings." Robert mengalu-alukan kedatangan Larissa dengan sopan. "Marilah masuk ke dalam. Ianya tidak sesuai untuk kita berbual disini.

"Ya, baiklah."

____________

"Oh, jadi itulah yang dibincangkan semasa mesyuarat itu." Larissa yang sedang duduk, merenung seketika kipas tangannya.

"Ya, walaupun begitu. Aku langsung tidak melihat rupa kerisauan daripada Yang Mulia dan putera mahkota. Mungkin aku boleh memahami Yang Mulia kerana dia jarang memberi reaksi tetapi ianya agak menghairankan bagi putera mahkota. Dia seperti tidak kisah dengan perkara yang bakal berlaku."

Larissa dengan tenang mendengar bicara duke itu lalu dia pun menyoal, "Duke Lopez, aku mahu bertanya. Adakah kau mempercayai dia?"

Robert yang berdiri menghadap jendela tadi, berpaling. "Maksud kau, lelaki itu?" Melihat sahaja wanita itu mengangguk, dia terus berfikir-fikir.

"Tidakkah kau berasa pelik, mengapa Teskia ingin menyerang Dukedom kamu?" Larissa bertanya sekali lagi tanpa menunggu jawapan dari Duke tersebut.

"Sudah tentu namun lelaki itu tidak pernah memberitahu jika aku menyoal."

"Itu kerana..."

Secara tiba-tiba wanita itu menghilang dari pandangan Robert.

"...dia tidak rasa kau boleh dipercayai."

Robert tersentak dan segera berpaling ke sebelah kanannya. Walaupun Larissa pernah melakukan perkara sebegini lebih dari sekali, dia masih lagi tidak dapat membiasakan diri. Separuh wajah wanita itu disembunyikan oleh kipas tangannya. Berdasarkan matanya, ianya ketara yang dia sedang tersenyum.

"Jika difikirkan kembali, kau adalah bangsawan yang berada di naungan raja. Dan Lopez adalah salah satu keluarga yang sentiasa kekal dipihak kerabat diraja Eurasia tetapi aku tidak peduli tentang hal itu. Itu masalah kamu, Duke Lopez." Larissa menutup semula kipas tangannya. "Kembali kepada persoalan aku tadi, Dukedom kamu terletak berdekatan dengan negara Adoria. Jadi, tidakkah kau berasa pelik mengapa Teskia ingin menyerang Dukedom kamu?"

*

*

*

"Sudah tentu aku rasakan ianya aneh." Viktor membalas soalan putera itu. "Lagipun Adoria dan Teskia mempunyai hubungan yang baik. Hanya orang yang duduk dibawah tempurung sahaja yang tidak tahu perkara tersebut." Sambungnya, sempat lagi dia menyindir

Louis cuma tersenyum. "Duke Fortin juga pernah memberitahu yang Teskia sengaja kalah dalam perlawanan di sempadan hari itu. Jadi serangan di Dukedom Lopez yang akan datang juga mesti akan berakhir sama seperti sebelum ini."

"Mereka akan sengaja kalah lagi? Apa yang buatkan kau begitu yakin?"

Louis tidak membalas dan jari telunjuknya hanya bermain dengan hujung rambutnya sahaja.

*

*

*

"Semakin aku fikirkan, semakin ia mengelirukan."

Larissa berjalan semula ke arah sofa yang didudukinya tadi. "Tidak perlulah kau berpura-pura Duke Lopez. Kau bukanlah dungu. Aku percaya yang kau juga berasa curiga dan sudah pun cuba menyiasat hal itu." Lalu dia pun duduk diatas sofa tersebut. Dia berkata lagi apabila dia tidak mendengar apa-apa balasan dari lelaki itu. "Aku tahu kau cuma mahu aku memberitahu kau terus apa sebabnya."

The Royal SiblingsWhere stories live. Discover now