Aku mengetuk stereng kereta seiring dengan alunan muzik di radio. Habit yang sukar nak dibuang bila memandu berseorangan. Semakin rancak lagu maka semakin rancaklah ketukan jemari aku.
Walaupun aku sedang seronok melayan muzik, tapi kaki kanan aku tetap fokus pada pedal minyak dan brek yang ditekan lembut silih berganti. Tayar bergolek satu pusingan, berhenti. Bergolek lagi satu pusingan, kemudian berhenti lagi.
Lebuhraya Damansara-Puchong di jam 5:45 petang sangat sinonim dengan trafik padat waktu puncak. Tapi memandangkan aku sudah terima tawaran kerja di sebuah hotel berdekatan Bandar Puteri, aku cuba beradaptasi dengan situasi sekarang. Kalau nak dibanding trafik Bandar Puteri dengan Bandar Penawar, bagai langit dengan bumi sesaknya!
*
*
*
Tiga bulan berlalu sejak aku terima pelawaan Adi untuk berpindah dan menetap di sini. Mujur industri hospitaliti mulai rancak dan resume aku masih bernilai. Pengalaman kerja di Desaru memudahkan aku untuk mendapat kerja sebaik berpindah ke sini.
+ Sayang, dah sampai rumah?
Text dari Adi membuat aku hilang fokus sedetik. Memandu di LDP ni harus kekal fokus. Kereta yang beratur panjang, motor berselisihan di celahan lorong serta lori besar berselang seli dalam kesesakan menyebabkan aku terpaksa membiarkan telefon kekal di tempat duduk sebelah.
Adi sedang berada di Sarawak. Dia masih perlu outstation saban minggu demi tuntutan kerja. Seminggu harus berada di office, seminggu kemudian terbang ke Malaysia Timur, seminggu lagi ke utara tanah air dan kemudian ke Pantai Timur. Minggu akhir Adi akan turun menjenguk Selatan. Bulan bertukar, rutin mingguan Adi masih seperti itu.
Mujur aku masih ada Amy untuk meneman aku di rumah. Tapi kesibukan tugas harian membuat kami meluangkan masa bersama cuma pada hujung minggu. Pejabat Amy terletak di tengah pusat bandar dan Amy perlu bergegas keluar rumah sekitar jam 6:30 pagi. Balik pula selepas jam 8 malam. Rutin kerja di bandar...
*
*
*
+ Dah, baru je sampai. Jem teruk harini.
Dan itu lah rutin aku. Memberi update terkini keadaan lalu lintas LDP walaupun hari-hari hampir sama keadaannya.
+ Flight on time? 10:30 I pick up kat tempat biasa, okay?
Aku excited sebab Adi balik malam ni. Jumaat malam minggu kedua, sudah menjadi tugas rasmi aku untuk ke KLIA menjemput si kekasih hati. Perasaan paling bahagia adalah apabila aku melihat Adi tersenyum bila kereta aku menghampiri dia. Kata orang, pada saat itu, segala penat lelah hilang bila nampak wajah kesayangan.
+ Sayang, pack baju sikit. Malam ni tak balik rumah. Staycation KL. Love you!
Ahhh!! Makin excited aku!! Esok giliran aku cuti alternate 2 hari weekends. Aku berlari masuk ke bilik. Mahu cepat mandi dan pack luggage!!
+ LOBE U TO!
Nak cepat sangat masuk toilet bercampur excited... sampai typo teruk! Lantak lah... Adi faham lah tu!!
ANDA SEDANG MEMBACA
Adi
قصص عامةPernah korang rasa perasaan rindu pada seseorang kerana berjauhan dan jarak memisahkan? Omputih kata 'when we are far apart, I cannot even breathe. I suffocate without you' camtu.. Aku Hani. Dan ini kisah aku dengan ex-housemate. Dia, yang kini berg...
