chapter 1

3.2K 120 4
                                    

"Boss, I have something for you." ujar Tya sambil menghulurkan satu sampul surat.

Melina mengangkat keningnya dan memandang wajah Tya.

"From who??" tanya Melina.

Tya hanya mengangkat kedua dua belah bahunya menandakan dia tidak tahu.

"Okay thanks..you may go" kata Melina.

Selepas memastikan Tya sudah keluar daripada biliknya, Melina terus membuka sampul surat tersebut.

Terdapat beberapa keping gambar dan dia terkejut.

"Who are you?" Tanya Melina perlahan sambil melihat gambar tersebut.

Tok tok!

Melina melihat ke arah pintunya yang diketuk dan gambar yang dipegangnya terus terlepas.

"Hi, sis." Sapa perempuan itu dan melambai ke arahnya.

Melina dan perempuan tersebut memandang satu sama lain...

Melina makin keliru kerana...

Wajah perempuan itu sama dengannya!!

*******

Melina melihat jam tangannya yang menunjukkan waktu sekarang ialah pukul 5 petang.

Tanpa membuang masa, Melina terus mengemas mejanya untuk pulang ke rumah.

Ring!! telefonnya berbunyi.

"Hello daddy, nak apa?" kata Melina.

"Mel, esok dinner Mel datang rumah daddy ye. Daddy ada buat party sikit untuk adik kamu. Esok dia balik sini. Kamu ajaklah kawan kawan kamu sekali." kata Tengku Halim merangkap bapa kandungnya.

"Hah?? Dia dah balik?".

'aduh minah ni dah balik pula..'

Melina menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ye..Damia dah nak balik. Mel datang ye?"

"Hmm...okaylah. Nanti Mel bagitahu kawan kawan Mel yang lain. Bye daddy"

'aishh satu lagi masalah yang akan datang'

WHATSAPP:

Melina : korang esok datanglah rumah daddy aku waktu dinner. Ada party sikit. Katanya si Damia tu dah balik.

Alia: seriously!! Dia dah balik?? Kenapa dia tak duduk je sana terus.

Rifqi: okay..insyaallah aku datang.

Aryan: okay

Selepas itu, Melina terus memandu keretanya untuk pulang ke rumah.

Melina menghempaskan badannya ke katil. Dia termenung memikirkan apa yang daddynya cakap kepadanya beberapa hari yang lepas.

FLASHBACK

"Hello Mel, daddy nak tanya ni. Tadi ada orang datang rumah nak meminang Mel. Mel nak tak?" tanya Tengku Halim.

"Ish daddy ni. Macam tak tahu pula jawapan Mel. Mestilah tak nak." kata Melina terus terang.

"Kamu betul ke tak nak? Kalau tak nak bilanya kamu nak? Umur kamu sudah 28 tahun. Sesuai sangatlah nak kahwinnya." bebel Tengku Halim.

"Daddy ni membebel pula...Mel tak ready lagilah daddy. Mel tak nak lah."
kata Melina.

"Hm... yelah. Daddy nak cakap panjang-panjang pun tak guna. Tahu sangat dah kamu tu" kata Tengku Halim.

Melina hanya ketawa perlahan.

FLASHBACK END

'Kahwin? Biar betul? Ish, lambat lagi..' Melina terus bangun daripada pembaringannya dan terus membersihkan diri.

Setelah puas membersihkan diri dan mengisi perutnya, Melina terus pergi ke bilik kerjanya dan menyambung menyiapakan kerjanya yang tertangguh.

Syarikatnya sekarang mempunyai satu masalah iaitu RM 10000 dari duit syarikatnya hilang entah kemana. Masalah ini sangat merunsingkannya.

Nak kata pekerjanya yang menguruskan duit syarikat yang mengambil duit tersebut, nanti jadi fitnah pula. Yelah tak ada bukti apa apa.

'Haish..apalah nasib aku. Minah tu dah balik. Daddy pula suruh kahwin. Pastu, duit syarikat lagi.'

Setelah beberapa jam berada di dalam bilik kerjanya itu, Melina pun merancang untuk ke bilik tidurnya memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi..

Sedang dia berjalan, tiba-tiba..

BERSAMBUNG

*****

Terima kasih kerana membaca cerita saya!! Jangan lupa untuk comment and vote ye!!☺️☺️☺️

Thank you!!

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now