chapter 19

578 48 0
                                    

Buk!!

Melina sempat mengelak menyebabkan pisau yang di pegang oleh lelaki itu terkena pada dinding.

Melina terkejut apabila melihat pisau itu betul betul tersangkut di dinding.
'kuatnya'

Lelaki itu terus mengeluarkan pisau yang lain dari belakang seluarnya. Melina sudah bersedia jika berlaku apa apa.

Lelaki itu mula menghayunkan pisaunya ke arah Melina tetapi Melina dapat mengelaknya. Malangnya apabila  hayunan kedua dilakukan, Melina tidak dapat mengelak menyebabkan pisau tajam itu terkena perutnya.

"Arrgh!" Adu Melina sambil memegang perutnya yang sudah tercedera.

Lelaki itu terus mengukirkan senyumannya.

Kali ini, lelaki itu tidak menghayunkan pisaunya malah terus menujukan pisau itu ke hadapan menyebabkan Melina terpaksa memegang pisau itu dengan kedua dua belah tangannya.

Tapak tangan Melina sudah mengalirkan darah.

Lelaki itu semakin kuat untuk menolak pisau itu supaya kena di wajah Melina.

Melina mengerutkan dahinya apabila tapak tangannya semakin sakit.

Buk!! Kepala lelaki itu telah dipukul kuat daripada belakang menyebabkan pisau yang di pegang lelaki itu terlepas.

Melina melihat siapa gerangan yang menolongnya.

"Lisa!" Kata Melina.

"Sorry im late." Kata Lisa dan terus menindih lelaki yang dipukulnya tadi.

"Kau pergi dulu Mel. Aku boleh selesaikan ni" kata Lisa dan beberapa lagi orang memasuki bilik itu.

Melina memandang Lisa dan beberapa orang yang berpakaian hitam silih berganti.

"Dont worry. Diorang orang aku." Kata Lisa apabila melihat reaksi Melina seperti takut.

"Just go" sambung Lisa.

"Thanks" kata Melina sebelum melangkah pergi.

" Kurung dia" kata Lisa kepada konco konconya.

Konco konconya hanya mengangguk dan terus menangkap lelaki yang baru sahaja menyerang Melina tadi.

Melina terus membasuh tangannya yang sudah berdarah. Dia mengerutkan dahinya apabila tapak tangannya terasa sangat pedih.

Bajunya pula yang sudah berdarah terus ditukarnya. Mujurlah pejabatnya ada baju lebihan.

Ring!! Telefon Melina berbunyi.

"Hello?"

"Mel, banyak lagi ke kerja kau?" Tanya Aryan.

Melina terus melihat jam tangannya menunjukkan pukul 6 petang.

"Ooo, sorry Ryan. Sekejap bagi aku 5 minit." Kata Melina.

"Its okay. Aku tunggu kau dekat basement tau." Kata Aryan.

"Okay" balas Melina.

Panggilan terus dimatikan.

"Aduhh macam mana ni?" Tanya Melina kepada dirinya sendiri.

Kalau boleh dia tidak mahu Aryan mengetahui perkara ini.

Melina terus mengambil beberapa tisu lalu di balutkan di tapak tangannya.

Aryan melihat Melina sedang menuju ke arah keretanya.

Melina terus memasuki kereta Aryan.

"Okay lets go." Kata Aryan sebelum memandu keretanya.

Sepanjang perjalanan Melina hanya diam. Aryan sedar bahawa Melina hanya memandang ke luar dan senyap.

Sampai sahaja basement rumah Melina, Aryan memberhentikan keretanya di parking yang telah disedia.

Aryan terus memegang tangan Melina tetapi pegangannya di tolak oleh Melina.

Melina terus menarik tangannya dengan pantas.

Aryan memandang Melina pelik.

"Mel, kenapa?" Tanya Aryan.

Melina hanya diam memandang Aryan sebelum keluar daripada kereta dan segera pergi meninggalkan Aryan yang sedang tertanya tanya.

Melina terus memasuki biliknya dan mengunci pintu.

Aryan ingin memasuki bilik Melina tetapi telah dikunci daripada dalam.

"Mel." Panggil Aryan.

"Ye!!" Jerit Melina daripada dalam sambil mengubat tapak tangannya. Sengaja dia mengunci pintu kerana dia ingin menyuci tapak tangannya.

"Buka lah pintu ni." Kata Aryan

"Ooo, sekejap Ryan. Kau tunggu dekat luar dulu." Kata Melina. Tangannya pantas mengubati tapak tangannya.

Tetapi satu masalahnya adalah dia lupa untuk mengubati perutnya. Perutnya tadi hanya dicuci.

Melina terus membuka pintu biliknya.

"Okay dah. Masuk lah pergi mandi" kata Melina sebelum melangkah ke ruang tamu.

Aryan sudah semakin pelik dengan Melina.

Selesai sahaja membersihkan diri, Aryan terus melangkah ke dapur dan ternampak Melina sedang mengambil segelas cawan dan di isikan susu segar.

Aryan terus melangkah menghampiri Melina.

"Oh Ryan. Kau nak something ke??" Tanya Melina.

Aryan hanya membalasnya dengan menggelengkan kepalanya.

"Okay." Melina terus mengambil cawannya. Aryan perasan bahawa terdapat plaster di kedua dua belah tapak tangan Melina.

Dia mengerutkan dahinya sebelum menarik lengan Melina.

Akibat tarikan Aryan secara tiba tiba itu, tangan Aryan tidak sengaja melanggar perut Melina yang tercedera.

"Arggh!" Jerit Melina sakit.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now