chapter 40

621 39 0
                                    

" So, now tell me what's the problem?" Tanya Alia kepada Melina dan Aryan.

"Tanyalah mamat ni." Kata Melina dengan dingin. Dia sudah berpeluk tubuh. Alia menoleh memandang Aryan supaya Aryan menjelaskan kepadanya.

"Macam ni, haritu pekerja aku yang sepatutnya pergi oversea tu tapi tiba tiba je dia ada something urgent so dia tak dapat nak pergi oversea tu. Lepas tu, aku dah tak ada masa nak cari orang lain. So, aku lah yang pergi oversea tu." Jelas Aryan.

"So, what's the problem?" Tanya Alia.

"Err, problemnya aku tak bagitahu dekat Mel yang aku pergi oversea tu." Jawab Aryan sambil memandang Melina. Melina pula masih sama seperti tadi. Muka yang dingin dan mempunyai aura yang menakutkan.
Alia menganggukkan kepalanya apabila mendengar penjelasan Arya.

"Tu jelah masalah nya?" Tanya Alia. Baginya masalah tu tidaklah besar sangat. Tapi bagi Melina, mungkin masalah besar.

"Haah. Tu je masalahnya." Kata Aryan.

"So, sekarang ni. Aku nak kau apologize kepada Mel. Memang salah kau lah. Siapa suruh tak bagitahu dia." Kata Alia. Aryan memandang Melina.

"Mel, aku minta maaf sebab tak bagitahu kau. Im so sorry. Aku janji nanti aku tak buat lagi." Kata Aryan dengan lembut. Melina pula membalas pandangan Aryan dengan dinginnya. Melina masih lagi tidak memberikan respon.

"Mel..." Tegur Alia. Melina memusingkan matanya ke atas.

"Fine! Aku maafkan." Kata Melina. Aryan sudah bersorak.

"Thank you Mel!!" Terus tubuh Melina dipeluk erat oleh Aryan.

"Dahlah. Rimaslah." Kata Melina.

"Nope! Dah lama aku tak peluk kau." Kata Aryan sebelum pipi Melina diciumnya.

"Hello! Im still here" tegur Alia. Nak bermanja pun tengok keadaanlah. Aryan mengukirkan sengihannya. Melina mengukirkan senyuman tipis.

"Ehh, kau dah bagitahu pasal esok ke belum?" Tanya Alia kepada Aryan. Aryan sudah menggaru kepalanya.
'habislah aku!!' monolog Aryan.

"Belum" kata Aryan dengan ringkas. Alia menepuk dahinya.

"Bagitahu apa ni?" Tanya Melina dengan serious.

"Sebenarnya esok..." Alia tidak dapat menyambung kata katanya apabila Aryan segera menghalangnya. Melina mengerutkan dahinya. Dia semakin pelik melihat dua orang kawannya itu.

"Cepatlah bagitahu aku!" Kata Melina dengan tidak berpuas hati.

"Okay okay. Esok kita pergi Melbourne ye?" Kata Aryan dengan lembut. Dia mencapai tangan Melina. Melina tercengang.

"What!! No!" Terus sahaja Melina menepis tangan Aryan.

"Mel, aku dah tempah semua benda dah." Kata Aryan. Melina menggelengkan kepalanya.

"No! Kau nak pergi kau pergi. Aku ada something important esok. I cant go!" Kata Melina. Esok dia ada banyak meeting. Takkan nak tangguh macam tu je?? Banyak cantik muka kau!.

"Mel, please." Rayu Aryan.

"No!! Aku tak nak pergi! Fullstop!" Terus Melina beredar masuk ke dalam biliknya. Aryan baru sahaja mahu menahan Melina tetapi dia dihalang oleh Alia. Aryan memandang Alia. Alia menggelengkan kepalanya.

"Biarlah dia. Kau kena fikir cara lain." Kata Alia. Dia tahu Aryan merancang untuk ke Melbourne esok hari tapi tidak tahu pula Aryan belum bagitahu Melina.

"So, kau nak buat macam mana sekarang ni?" Tanya Alia. Aryan meraup rambutnya kebelakang.

"Bagi aku fikir dululah..." Kata Aryan dan dia melangkah ke arah bilik Melina. Dia membuka pintu tersebut tetapi tidak boleh...'ahh sudah..'

Aryan mengetuk pintu itu.

"Mel! Bukalah. Kau nak aku tidur luar ke?" Melina hanya mendiamkan diri.
Aryan bersandar pada pintu tersebut.
Alia menghampiri Aryan.

"Kau tidurlah bilik mana mana dulu. I think i have a plan." Kata Alia sambil tersenyum sinis. Aryan mengangkat keningnya.

"Its a secret." Kata Alia dengan perlahan.

Tok! Tok! Melina melihat pintunya yang diketuk itu.

"Mel! Ni aku Alia."

Melina mendiamkan diri.

"Dont worry. Aryan tak ada. Dia dah masuk tidur" kata Alia. Melina melangkah ke arah pintu itu dan membuka pintu itu.

"Masuklah." Kata Melina. Alia masuk ke dalam bilik Melina dengan segelas air.

"Nah." Alia menghulurkan gelas itu kepada Melina. Melina menyambut huluran tersebut lalu melabuhkan punggungnya dibirai katil. Dia meneguk air tersebut.

"So, kenapa kau masuk bilik aku ni??" Tanya Melina.

"Ala kau ni...saja je." Jawab Alia. Melina menganggukkan kepalanya.

"Mel, kau betul ke tak nak pergi esok?" Tanya Alia.

"Tak boleh lah. Aku memang busy esok. Banyak benda yang aku kena uruskan." Kata Melina.

"Kerja kau tu lagi penting ke daripada Aryan?" Tanya Alia dengan wajah yang serious. Melina terdiam seketika.

"Bukan macam tu tapi..." Melina tidak dapat menyambung ayatnya. Dia mengeluh. Alia bangun daripada duduknya. Dia menepuk bahu Melina.

"Just think about it." Kata Alia sebelum berlalu pergi meninggalkan Melina yang sedang mendiamkan diri.

Akhirnya, Melina mengambil keputusan untuk melelapkan matanya. Fikirannya sudah serabut dengan macam macam perkara.

****

Melina membuka matanya dan merenggangkan badannya. Dia cuba untuk bangun tapi badannya seperti diikat oleh sesuatu. Dia mengerutkan dahinya.

Melina melihat kananya.

"Ooh, Ryan" kata Melina. Dia masih lagi mamai.

Melina melihat pula kirinya.

"Ooh, Alia." Kata Melina. Lalu memandang depannya semula. Dia diam seketika sebelum...

"What!!!" Jerit Melina.

BERSAMBUNG

--------

Thank you for read this story!!
☺️☺️

Jangan lupa vote and comment.

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now