chapter 26

525 49 1
                                    

Melina mengeluh. Dia penat mengikuti Damia. Lepas satu satu kedai pergi. Tapi bukan beli pun. Belek belek.

"Wah!! Lawanya dress ni!" Kata Damia sambil mengambil baju tersebut.

"Abang Ryan. Cantik tak??" Tanya Damia sambil menunjukkan dress tersebut kepada Aryan.

Aryan pula hanya mengangguk. Dia pun turut mengeluh.

'cantik?? Dahlah tak cukup kain. Berlubang sana berlubang sini.' Bebel Melina di dalam hati.

Damia pun mengukirkan senyumannya.

Selepas Damia mengambil beberapa dress yang tidak cukup kain itu, dia pun terus bayar ni kaunter.

"How much?" Tanya Damia.

"RM 500" kata pekerja itu.

Damia pun mengeluarkan kadnya dan diberikan kepada pekerja itu.

"Err, sorry cik. Kad ni tak boleh nak guna." Kata pekerja itu dengan sopan.

"Are you serious?? Cuba try lagi sekali." Kata Damia. Aryan dan Melina yang berada di sebelah Damia hanya mendiamkan diri.

"Memang tak boleh cik."

"Err, try this card." Kata Damia sambil menghulurkan satu lagi kad.

"Tak boleh juga." Kata pekerja itu.

"Biar betul awak ni!" Marah Damia kepada pekerja itu.

Apabila melihat Damia sudah memarahi pekerja yang tidak bersalah itu, terus sahaja Melina mengeluarkan kadnya dan beri kepada pekerja itu.

"Biar aku bayar" kata Melina. Damia terus mendiamkan diri sambil menggenggam tangannya. ' kenapa mesti Melina?' marah Damia.

"Terima kasih" kata pekerja itu sambil tersenyum kepada Melina. Melina membalas senyuman itu.

"Nah" kata Melina sambil menghulurkan beg plastik yang berisikan dress Damia kepada Damia.

Damia menyambut huluran tersebut.

Selepas itu, mereka singgah pula ke kedai lain. Kali ini, Aryan pula yang mengetuai.

Mereka memasuki kedai berjenama Swarovski.

Aryan terus meneliti semua perhiasan diri di situ.

"Kau nak beli apa pula kat sini??" Tanya Melina.

"Adalah." Jawab Aryan. Melina hanya mengangkat bahunya dan mengambil duduk di kerusi berhadapan dengan semua perhiasan itu. Dia juga melihat perhiasan itu semua. ' cantik' puji Melina apabila melihat semua perhiasan diri itu.

"Ye cik?? Nak apa apa ke??" Tanya salah seorang pekerja di situ.

"Errr, i think better you tanya dia." Kata Melina sambil menunjuk kearah Aryan. Pekerja itu pun mengangguk kepalanya.

"Saya nak tanya, sini ada jual yang set kan?" Tanya Aryan.

"Ye ada."

"Boleh saya tengok tak?"

"Baik. Encik boleh tengok di sebelah sana." Tunjuk pekerja itu ke satu arah.

Aryan tersenyum melihat set set itu. Sungguh cantik.

'mak aii! Hensemnya!! Tapi sayang mesti dah ada girlfriend' monolog pekerja itu apabila melihat Aryan tersenyum. Boleh cair yukk!!

"Apa yang sesuai untuk perempuan tu??" Tanya Aryan sambil menunjuk ke arah Melina yang sedang bermain dengan telefonnya.

"Saya rasa dia sesuai dengan yang ni." Pekerja itu menunjukkan set lengkap yang mempunyai cincin, gelang dan rantai yang berwarna royal blue.

Aryan tersenyum melihat set itu.

"Okay saya nak set yang ni. And saya nak gelang yang dekat sana sekali" kata Aryan.

Pekerja itu pun menganggukkan kepalanya.

"Jom!" Kata Aryan selepas selesai membayar.

"Damia nah!" Kata Aryan sambil menghulurkan sebuah kotak.

Damia menyambut huluran tersebut dan terus membuka nya.

"Wahh!! Terima kasih abang Ryan!!" Betapa terujanya apabila Aryan membelikannya seutas gelang tangan yang diminatinya tadi. Memang dia sukakan gelang tersebut tetapi duitnya sudah habis dibelanja.

Aryan mengukirkan senyumannya. Melina pula hanya melihat dengan wajah yang kosong. Damia terus memandang Melina dengan pandangan yang sinis.

'kau ada?' monolog Damia.

"Err, abang Ryan. Damia singgah tandas sekejap. Tolong tengokkan barang Damia ye??" Terus Damia berlari ke tandas.

"Dah jom" kata Aryan sambil menarik tangan Melina.

"Haa??" Pelik Melina.

"Kita datelah." Kata Aryan dengan ringkas.

"Kalau ya pun, tak payah lah pegang tangan aku." Kata Melina sambil mencuba untuk menarik tangannya daripada pegangan Aryan.

"Nope!! Waktu ni jelah aku boleh buat." Kata Aryan dan mengeratkan lagi pegangannya di jari Melina.

Melina hanya mampu membiarkannya sahaja.

Damia kembali semula ke tempat Aryan dan Melina tadi sambil tersenyum. Dia memberhentikan langkahnya apabila melihat Aryan dan Melina sudah hilang.

Dia memusingkan badannya cuba mencari mereka berdua.

"Err, you Damia ke??" Tanya seorang lelaki sambil memegang beberapa plastik beg.

"Ye saya."

"Nah, barang awak." Kata lelaki itu sambil menghulurkan plastik beg kepada Damia. Damia menyambutnya dengan pandangan yang pelik.

"Tadi ada orang suruh bagi dekat awak and dia kata dia dengan isteri dia kene pergi dulu sebab ada emergency." Kata lelaki itu sebelum meminta diri.

Damia memandang ke lantai sambil menggenggam tangannya.
"Melina!! Ryan!!" Jerit Damia. Semua orang terkejut dengan jeritannya
"Siap korang!! Kene kan aku ann!!" Terus Damia melangkah keluar sambil menghentakkan kakinya.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now