chapter 37

531 45 0
                                    

Melina merenggangkan badannya selepas sahaja selesai menyiapkan kerjanya. Dia melihat Aryan yang sedang tidur berlapitkan lengan di atas meja. Melina pun turut meletakkan kepalanya di atas meja.

'Hensem..patutlah ramai yang rebut. Last last, aku juga yang sangkut.' monolog Melina sambil tergelak kecil.

Melina menggosok lembut rambut Aryan.

"Kenapa kau naik kereta aku? Kalau kau tak naik, mesti tak jadi macam ni." Ujar Melina perlahan sambil tangannya bermain dengan rambut Aryan. Aryan terus memegang tangan Melina yang bermain di rambutnya dan dengan perlahan lahan membuka matanya. Dia tidak tidur pun sebenarnya.

Melina terkejut dengan Aryan yang tiba tiba membuka matanya.

"Kan aku dah cakap Mel. Aku tak nak kau yang kene. Aku sayang kan kau." Marah Aryan apabila Melina berkata begitu. Melina hanya mendiamkan diri. Dia tahu dia tidak patut bercakap seperti itu.

"I really really love you." Kata Aryan dengan lembut. Melina mengalirkan air matanya kerana dia terharu dengan Aryan. Aryan meletakkan tangannya di pipi Melina lalu mengelap air mata Melina

"Dah dah.." kata Aryan. Melina menganggukkan kepalanya lalu mengukirkan senyuman.

"Jom kita pergi tidur. Pukul berapa dah ni." Ajak Aryan dan terus bangun. Melina menolong Aryan untuk melangkah ke bilik.

Meanwhile...

Rifqi dan Alia masing masing menonton televisyen.

"Rifqi, aku nak tanya ni." Kata Alia sambil memandang Rifqi.

"Tanya Apa?" Pandangan Rifqi masih lagi di televisyen.

"Kenapa kau suka aku?" Tanya Alia. Rifqi terus terdiam.

"Rifqi?" Alia menghampiri Rifqi lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Rifqi. Pelik Alia apabila Rifqi hanya mendiamkan diri.

"Hello?" Alia melambai lambai tangannya di hadapan wajah Rifqi.

'kenapa pula dengan mamat ni? Nasib baiklah bakal suami aku." Monolog Alia. Alia tersentak apabila Rifqi tiba tiba sahaja memegang tangannya yang dilambai lambai tadi.

"Kau dengar tak apa yang aku tanya tadi?" Tanya Alia.

"Aku dengarlah apa yang kau cakap." Jawab Rifqi.

"Habis tu, kenapa kau diam?"

"Aku tak tahulah nak cakap apa."

"Laa...takkan sebab kau suka aku pun kau tak tahu?"

"Perlu ke aku jawab. Takkan lah bila benda yang aku suka dekat kau tu tak ada...aku dah tak nak kahwin dengan aku? Kau nak ke macam tu?" Tanya Rifqi dengan serious. Alia terus menggelengkan kepalanya.

"Uishh, takkan lah macam tu. Kau ingat senang nak dapatkan kau? Susah tau." Kata Alia dengan selamba. Rifqi terus mengeluarkan tawanya.

"Tahu pun." Kata Rifqi. Alia tersenyum dan baru dia sedar bahawa tangannya masih lagi digenggam oleh Rifqi.

"Errr, Rifqi." Alia mengangkat tangannya yang dipegang oleh Rifqi.

"Ooo, sorry." Terus Rifqi melepaskan pegangannya. Dia menggosok lehernya. Malu.

'dia malu ke?' fikir Alia dan terus dia mendapat satu idea jahat.

Alia mendekatkan wajahnya ke wajah Rifqi.

"Rifqi." Panggil Alia dengan lembut. Rifqi memandang Alia dan terus terkejut. Betapa rapat wajahnya dengan wajah Alia.

"K...kau nak apa?" Gagap Rifqi bertanya. Dia sudah mula resah.

Alia hanya tersenyum nakal dan mendekatkan lagi wajahnya. Apabila Rifqi sedar yang Alia mendekatkan lagi wajahnya, terus dia menutup matanya. 'astaghfirullah..lindungilah aku' monolog Rifqi.

"Kau ingat aku nak buat benda tu dekat kau ke?" Bisik Alia. Rifqi terus membuka kembali matanya. Alia meniup angin ke leher Rifqi.

Bukk!!

Langkah Melina terus berhenti dan dia melihat ke arah bunyi tersebut.

"Kenapa?" Tanya Aryan. Tiba tiba sahaja Melina berhenti.

"Errr, tak ada apa apalah.." Melina terus melangkah ke biliknya.

Rifqi terkejut dengan tindakan Alia itu lalu terus dia jatuh daripada sofa. Alia pula sudah ketawa terbahak bahak.

"Aduh.." Rifqi menggosok belakangnya.

"Tulah kau, gelabah sangat." Kata Alia sebelum menolong Rifqi bangun. Rifqi pula terus menjeling Alia.

"Kaulah.." kata Rifqi sambil membuat muka masamnya.

"Ala, janganlah merajuk". Rifqi melarikan pandangannya sambil berpeluk tubuh. Alia pun menghampiri Rifqi yang sedang merajuk.

"Kau nak buat apa pula ni?" Tanya Rifqi dengan gelisah. Janganlah sekali lagi.

"Aku nak pujuk kau lah.." ujar Alia.

"Ehem.." Melina berdehem sedikit.

"Nak buat, bukan dekat rumah aku." Tegur Melina.

"Ala kau ni Mel, potong moodlah." Rajuk Alia.

"Tak pelah aku masuk bilik dulu." Rifqi terus masuk ke dalam biliknya. Nasib baik. Alia menjeling Melina.

"Hem!!" Rajuk Alia dan terus masuk ke dalam biliknya.

"Haih, merajuk ke??" Melina melihat Alia yang sudah masuk ke dalam bilik kemudian dia menggelengkan kepalanya.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now