chapter 14

614 59 0
                                    

MALAM HARI JADI MELINA,

Melina bersiap siap untuk majlis hari jadinya. Dia hanya memakai gaun labuh berwarna royal blue dan rambutnya di dandan ikut style ballerina bun.

Ring!! Telefon Melina berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

"Hello?"

"Hello Mel, aku dah ada dekat bawah ni." Kata Aryan.

Harini dia akan pergi ke hotelnya bersama dengan Aryan.

"Okay aku turun sekarang" kata Melina dan terus matikan panggilan.

Melina mengambil barang barangnya dan terus keluar selepas puas meneliti penampilannya hari ini.

Aryan yang sedang menelitinya terus memandang ke arah bunyi tapak kasut seseorang.

Aryan terpegun dengan penampilan Melina.
'wow, cantiknya dia' puji Aryan dalam diam.

"Ryan?? Ryan!" Panggil Melina sambil melambai lambai tangannya di hadapan wajah Aryan.

"Ryan!!" Jerit Melina supaya Aryan sedar daripada lamunannya.

"Haa?" Terpinga pinga Aryan selepas sedar daripada lamunannya.

"Kau ni dah kenapa??" Tanya Melina kepada Aryan.

"Ooo..tak lah kau cantik" kata Aryan perlahan sambil menggosok lehernya.

"Haa? Apa?" Melina tidak dapat mendengarnya dengan jelas.

"Cantik!!" kata Aryan dengan suara yang kuat dan terus bergegas masuk ke dalam keretanya.

'malu ke??' fikir Melina dan terus mengukirkan senyumannya.

Melina memasuki pintu utama hotelnya beriringan dengan Aryan.

Ada je mata mata yang memandangnya seperti mahu memakannya.

'tahu sangat dah..apalah nasib aku dapat kawan playboy himalaya ni.'
Melina pun mengeluarkan keluhannya.

"Kenapa kau mengeluh?" Tanya Aryan yang berada di sebelahnya.

"Mestilah. Semua perempuan yang ada dekat dalam ni, pandang aku macam nak makan aku je. Tak sedar ke diaorang ni ada kat dalam hotel aku?" Kata Melina.

Aryan mengeluarkan ketawanya.

"Mana diaorang ni?" Melina mencari kawan kawannya yang lain.

"Mel!!" Jerit Alia sambil melambai lambai ke arah Melina.

Setelah dapat mencari kawannya, terus Melina dan Aryan duduk di meja yang telah disediakan.

"Cantik" puji Rifqi yang berada di sebelah Mel.

"Haa?"

"Aku kata kau cantik" kata Rifqi.

"Ooo. Thanks" Melina mengukirkan senyumannya. Rifqi pula sudah tersimpul malu.

"Ehh ehh kau, kemain." Kata Alia kepada Rifqi

"Ala, biarlah. Memang dia cantik kan." Kata Rifqi dan terus menjeling Alia.

Melina yang melihat kedua dua kawannya itu hanya menggelengkan kepala.

Majlis bermula dengan ucapan daripada birthday girl iaitu Melina. Selesai sahaja ucapannya, maka berjalanlah sesi memotong kek. Semua bertepuk tangan.

Di satu tempat yang tersembunyi, seseorang melihat situasi tersebut. Dia pun mengukirkan senyuman.

"Happy birthday." Kata orang itu.

Melina kembali ke tempat duduknya. Datanglah daddynya dan juga Tengku Sofea dan Tengku Damia.

"Happy birthday!" Kata daddynya dan menghulurkan kotak hadiah kepada Melina.

Melina menyambut huluran tersebut dan terus memeluk daddynya.

"Im sorry about the other day." Kata Tengku Halim dan mencium pipi anak daranya.

"Its okay daddy." Kata Melina dan mengukirkan senyuman.

Mak tirinya dan Damia yang melihat situasi tersebut hanya mencebik.

'are you ready Mel?' monolog Damia.

Dia melihat sekelilingnya supaya tiada sesiapa pun yang melihat perbuatannya nanti.

Sedang Melina leka berbual mesra dengan Tengku Halim, Damia terus menghampiri meja yang di duduki Melina dan memasukkan sesuatu ke dalam minuman Melina.

Tengku Sofea tersenyum kepada anak daranya, Damia.
'good job girl'

Melina yang sedang melangkah untuk ke bilik air tiba tiba terasa kepalanya sakit. Dia terus memegang dinding.

Seseorang melihat Melina yang kelihatan tidak sihat. Dia melangkah untuk menolong Melina tetapi dia kembali ke tempat persembunyiannya memandangkan Aryan datang untuk menolong Melina.

Melina terasa seperti badannya hampir tumbang. Dia juga melihat ada seorang perempuan yang cuba menghampirinya.

Melina tiba tiba terasa ada seseorang yang memegang ke dua dua bahunya supaya dia tidak tumbang.

Dia melihat perempuan tadi yang menghampirinya sudah hilang.
'mana dia?' tanya Melina kepada dirinya sendiri.

"Wey Mel. Kau okay tak ni?" Tanya Aryan. Risau dia apabila melihat Melina seperti tiada tulang.

"Aku hantar kau dekat bilik eh?" Cadang Aryan. Melina hanya menganggukkan kepalanya.

Dalam perjalanan Aryan menghantar Melina ke bilik, tiba tiba dia terdengar ada bunyi tapak kaki dibelakangnya. Terus Aryan menolehkan kepalanya.

Tetapi, tiada sesiapa pun berada di belakangnya. Aryan pun meneruskan perjalanannyan.

Buk!! Tubuh orang upahan Damia, Ray terhempas ke dinding.

Ray mengadu sakit dan memandang seorang perempuan yang berada di hadapannya. Dia membulatkan matanya.

'Bukan dia dengan mamat tadi ke?' pelik Ray.

"Kau buat apa dekat sini? Siapa suruh kau datang sini?" Tanya perempuan itu dengan tegas.

"Aku just ikut kata boss aku je." Kata Ray. Perempuan itu sudah memandangnya tajam.

"Siapa boss kau? Cakap!" Kata perempuan itu dengan kuat.

"Aku tak akan cakap." Kata Ray. Masih lagi nak pertahankan bossnya.

"Kau tak nak cakap?" Perempuan itu terus mengeluarkan pisaunya dan diletakkan ke leher Ray.

Ray sudah takut.

" Okay, okay! Damia." Terus sahaja Ray bongkarkan siapa bossnya.

Perempuan itu terus mengukirkan senyuman jahatnya dan berkata..

"Morire (mati)" Ray memandang perempuan itu dengan wajah yang pelik. Dia tidak faham apa yang dikatakan oleh perempuan itu.

Perempuan itu terus menghayunkan pisaunya ke leher Ray dengan laju dan tubuh Ray terus tumbang.

Lehernya mengeluarkan darah yang banyak.

"Bye bye." Kata perempuan itu dan terus melangkah pergi.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now