chapter 7

793 69 0
                                    

" Hi, my sister. Miss you." kata Damia dengan suara manjanya dan terus memeluk Melina.

Aryan dan Alia yang melihat Damia memeluk Melina terus datang menghampiri Melina.

"Ooo... you guys pun ada." kata Damia apabila melihat kedatangan Aryan dan Alia.

"Hmm..." acuh tak acuh je Alia dan Aryan membalas.

' Ya allah cepat cepatlah betina ni balik. Mood aku nak shopping pun dah hilang' monolog Melina.

"Hmm, oklah i balik dulu. Jangan lupa tau malam ni. Okay??" pesan Damia sebelum melangkah keluar daripada kedai.

"Wey Mel. Asal dia balik harini?? Bukan ke lagi 2 tahun baru dia balik sini." tanya Alia.

" Kau ni, dia dekat US sana bukan study pun. Dia balik ni sebab kantoilah tu." kata Melina.

" Ye tak ye...habislah kau Ryan" kata Alia sambil menoleh memandang Aryan.

"Ehh, kenapa aku pula??" Tanya Aryan pelik.

"Kau lupa ke apa yang dia buat sampaikan dia kena study luar?" Kata Alia.

FLASHBACK

"Ryan, nah air" kata Damia sambil menghulurkan segelas air kepada Aryan yang sedang duduk berseorangan.

"Thanks" Aryan menyambut huluran tersebut dan terus minum tanpa teragak agak.

Damia tersenyum sinis.

Aryan bangun dan terus pergi ke tandas. Pandangannya menjadi kabur dan kepalanya menjadi pening.

"Ehh, Ryan. Are you okay??" Tanya Damia

"I'm okay" balas Aryan dalam keadaan sedar tak sedar.

"Jom I hantar you ke bilik. You rehat ye?" kata Damia. Dia sudah teruja kerana rancangannya sudah berjaya.

Damia membuka pintu bilik tidurnya dan terus menolak badan Aryan sehingga jatuh di atas katil.

Aryan cuba untuk bangun tetapi Damia sudah menindihnya. Dia pula tidak ada tenaga.

'aduh..sakitnya kepala aku. Apa perempuan ni nak buat' Aryan memicit kepalanya.

"You just stay calm okay?" kata Damia dan tangannya sudah menyelak baju Aryan.

Damia tidak sempat melakukan tindakan seterusnya kerana pintu biliknya secara tiba tiba ditolak kuat dari luar.

"Woi!! Kau buat apa dekat Ryan?" Jerit Melina sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

Alia dan Rifqi masing masing bergegas menuju kearah Aryan dan membawa Aryan keluar daripada bilik tersebut.

"Ala, Damia main-main je....akak janganlah serious sangat." Kata Damia dengan selamba.

Pang! Melina terus menampar pipi Damia. Dia geram apabila adik tirinya itu selamba sahaja kata begitu. Kalau dia tidak masuk bilik tadi, entah apa yang akan jadi kepada Aryan.

"Damia!!" Tengking Tengku Halim, daddy mereka.

"What are you doing!! Kamu dah gila ke??" Marah Tengku Halim.

"Daddy tak kira. Daddy akan hantar juga kamu ke US." Sambung Tengku Halim.

Tengku Sofea hanya mampu memandang anak daranya di marahi oleh suaminya.

Damia terus keluar daripada biliknya dalam keadaan menangis.

FLASHBACK END

"Ooo, yelah. Kenapalah aku pergi ambil air yang dia bagi tu?? Seram aku. Walaupun aku ni playboy, tapi aku tak pernah lagi bawa mana mana perempuan masuk bilik" kata Aryan.

Sungguh dia tidak pernah meniduri mana mana perempuan.

Melina dan Alia hanya mengangguk setuju.

"Lain kali hati-hati sikit. Dahlah jom sambung shopping" pesan Melina.

Selesai membeli belah, Alia dan Aryan singgah di rumah Melina terlebih dahulu.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now